Apa Itu Sales Funnel dan Contoh Yang Berkesan?

Apa Itu Sales Funnel dan Contoh Yang Berkesan?

Sama ada anda menyedarinya atau tidak, setiap perniagaan yang dijalankan pasti mempunyai sales funnel atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai corong jualan. Jika anda sedar tentang kepentingan sales funnel ini, pasti anda tidak akan sia-siakan dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sebelum diterangkan dengan lebih jauh berkaitan sales funnel. Anda perlu mengetahui bahawa optimasi laman web merupakan hal yang penting dalam sales funnel.

Setiap tahap dalam sales funnel mempunyai pengaruh terhadap perilaku prospek, maka anda perlu memahaminya satu per satu dengan baik dan mendalam.

Bermula dengan mempunyai laman web akan memudahkan untuk memperolehi informasi dari data serta memahami audience. Konsep sales funnel akan lebih mudah difahami dengan cara audience mula membuka laman web anda dan seterusnya mencapai keputusan untuk terus membeli.

Sales Funnel

Apa Itu Sales Funnel?

Ini adalah contoh penerangan sales funnel yang mudah difahami :

Ahmad mencari berkaitan “Cara Membaiki Paip” di laman carian Google. Kemudian Ahmad terjumpa artikel bertajuk “5 Sebab Kepala Paip Rosak” di dalam laman web yang menyediakan perkhidmatan membaiki paip.

Pada akhir artikel tersebut terdapat tawaran untuk membaiki paip sekiranya pembaca artikel tersebut tinggal di kawasan berdekatan. Ahmad tertarik dengan tawaran tersebut dan terus menghubungi tukang paip itu melalui borang temujanji yang disediakan di laman web itu.

Secara tidak langsung Ahmad telah melalui proses sales funnel iaitu :

Google → Artikel (laman web) → Borang temujanji (call to action)

Proses sales funnel yang sama akan terus berjalan di laman web tersebut.

Mengapa Sales Funnel Sangat Penting?

Sales funnel menggambarkan proses pergerakan prospek di laman web sebelum meneruskan pembelian. Memahami tentang sales funnel juga akan membantu anda mengenalpasti kelemahan dalam sales funnel tersebut – di mana prospek terus tinggalkan laman web.

Jika tidak memahami sales funnel secara keseluruhannya, optimasi tidak dapat dilakukan. Umumnya, sales funnel hampir sama dengan strategi pemasaran tetapi lebih spesifik dan menyasarkan kepada prospek tertentu. Berikut adalah contoh empat tahap sales funnel.

Memahami 4 Tahap Sales Funnel

Sales Funnel

Empat tahap dalam sales funnel lebih dikenali sebagai AIDA : Awareness (kesedaran), Interest (tarikan), Decision (keputusan) dan Action (tindakan). Keempat tahap ini mewakili pola pemikiran bakal pembeli dan memerlukan pendekatan yang berbeza dengan anda bagi mengelakkan maklumat yang disampaikan salah pada waktu yang tidak sesuai.

#1 – Awareness (Kesedaran)

Ini adalah permulaan untuk menarik perhatian prospek. Cara yang paling mudah dengan berkongsi melalui media sosial, perbualan, pencarian dan sebagainya. Prospek akan tahu berkaitan perniagaan anda dan apa yang anda tawarkan. Prospek akan lebih yakin untuk terus membeli atau ke sales funnel yang seterusnya.

#2 – Interest (Tarikan)

Selepas prospek mulai tertarik dengan produk atau perkhidmatan, mereka akan mula mencari lebih banyak maklumat berkaitan anda. Namun pada tahap ini, sebaiknya jangan terlalu agresif dan tergesa-gesa untuk menjual kerana boleh menjadi kesan buruk. Perbanyakkan perkongsian kelebihan produk atau perkhidmatan anda secara tersusun dan menarik.

#3 – Decision (Keputusan)

Ini adalah tahap prospek berminat untuk membeli tetapi masih membuat pertimbangan untuk meneruskan atau membatalkan pembelian. Ini adalah masa yang sesuai untuk memberi tawaran terbaik contohnya kupon atau bonus.

#4 – Action (Tindakan)

Tahniah jika mencapai tahap terakhir ini. Ini bermakna prospek telah bersedia menjadi pelanggan anda. Tingkatkan kualiti layanan yang boleh membawa pelanggan bertambah ramai. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, dapatkan maklum balas dan tawaran sokongan selepas pembelian.

Contoh Sales Funnel Yang Berkesan

Bayangkan anda memiliki perniagaan e-dagang yang menjual tudung labuh. Anda tahu bahawa sasaran anda berada di Facebook, jantina wanita dan berusia antara 28 hingga 50 tahun.

Seterusnya, anda jalankan iklan berbayar melalui Facebook Ads yang mendorong trafik masuk ke laman web. Pada halaman utama laman web, anda meminta prospek memasukkan nama, alamat e-mel dan nombor telefon sebagai pertukaran untuk prospek dapatkan penghantaran percuma untuk pembelian kali pertama.

Dalam beberapa minggu akan datang, anda menghantar e-mel berkaitan artikel penjagaan tudung yang baik, saiz tudung yang sesuai mengikut bentuk muka dan beberapa kandungan lain yang berkaitan.

Di sini anda telah mempunyai:

1 – Awareness
Membuat iklan di Facebook ke laman web anda.

2 – Interest
Menawarkan sesuatu yang bernilai dalam pertukaran untuk dapatkan maklumat prospek.

3 – Decision
Kandungan artikel untuk prospek mempertimbangkan keputusan pembelian.

4 – Action
Tawaran kupon yang membuatkan prospek tidak akan tolak dan bersedia untuk menjadi pelanggan.

Kesimpulan

Secara asasnya, proses sales funnel ini sudah lama digunakan oleh ramai usahawan dalam proses mereka mendapatkan jualan dengan mudah. Sales funnel ibarat sebagai jurujual yang akan bertindak untuk mempengaruhi prospek anda di dunia digital untuk mereka membeli.

 


Featured Image: Din Yusoff


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen