Nota Tepi: 5 Halaman Yang Harus Ada Pada Website

Nota Tepi: 5 Halaman Yang Harus Ada Pada Website

Memulakan blog atau membuat laman web untuk perniagaan anda adalah satu perjalanan yang sangat menarik. Anda mungkin terlupa atau tidak mengetahui bahawa anda perlu mematuhi undang-undang tertentu yang diperuntukan.

Jika anda meminta pelawat untuk melayari laman web anda, yang menjual produk atau perkhidmatan dan menggunakan servis Google Analytics untuk menjejaki maklumat pelawat. Maka, anda dikehendaki menyediakan halaman tertentu bagi mematuhi undang-undang yang melindungi hak privasi pelawat laman web anda.

Melalui perkongsian oleh Tuan Nadzrin Mohd di Facebook peribadi beliau. Berikut ialah 5 halaman yang harus disediakan di laman web anda bagi mematuhi atau mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

#1 – Polisi Privasi  / Privacy Policy

Jika website anda memiliki halaman hubungi kami atau contact us, kebiasaannya akan ada contact form. Dan pastinya anda ingin mendapatkan maklumat seperti nombor telefon atau email pelawat dengan mengisi form berkenaan. Disarankan untuk menyertakan bersama halaman POLISI PRIVASI. Antara perkara yang boleh anda jelaskan adalah seperti anda tidak akan mendedahkan atau memberikan maklumat mereka kepada pihak ketiga untuk tujuan tertentu.

#2 – Penafian / Disclaimer

Jika website anda menyiarkan berita atau maklumat tertentu dan pembaca mungkin akan mempercayai maklumat yang barangkali tidak tepat atau palsu. Anda disarankan untuk menyediakan halaman PENAFIAN (DISCLAIMER). Jelaskan maklumat yang ada perolehi dari sumber-sumber yang tertentu. Ada baiknya, jika dikreditkan maklumat berkenaan dari sumber yang anda perolehi.

#3 – Terma Dan Syarat  / Term And Condition

Jika anda menjalankan bisnes online dan lebih tepat lagi e-commerce website. Anda perlu menyediakan halaman TERMA DAN SYARAT (TERMS AND CONDITIONS). Dimana anda perlu menyertakan maklumat lengkap seperti urusan refund, waranti, maklumat penghantaran (shipping) dan lain-lain yang berkenaan. Dengan cara ini juga, dapat memberi garis panduan kepada bakal pembeli sebelum sesuatu pembelian dilakukan.

#4 – Terma Pengunaan Untuk Pengiklanan / Term Of Use For Advertisers

Jika website anda menyediakan perkhidmatan periklanan seperti mudah.my atau majalah.com yang membolehkan seseorang beriklan. Anda disarankan menyediakan halaman khas untuk TERMA PENGUNAAN UNTUK PENGIKLAN. Ianya akan melindungi anda dari salahlaku pengiklan dan mengelakkan anda dari dikenakan tindakan undang-undang.

#5 – Terma Pengunaan Untuk Kontributor / Term Of Use For Contributors

Terdapat juga sesetengah website membenarkan penggunanya menjadi penulis (author) untuk menghasilkan kandungan tertentu. Jika anda merancang atau sudah memiliki platform seperti itu, disarankan untuk anda menyediakan halaman khas berkenaan TERMA PENGUNAAN UNTUK KONTRIBUTOR. Ianya akan menlindungi anda dari sebarang penyiaran maklumat yang tidak benar atau palsu. Jika ianya tetap berlaku, penulis berkenaan harus bertanggungjawab sendiri diatas tindakan mereka.

 


Sumber: Facebook Nadzrin Mohd
Featured Image: Business card photo created by freepik – www.freepik.com


Kongsikan Artikel Ini

2 Komen mengenai “Nota Tepi: 5 Halaman Yang Harus Ada Pada Website”

Tinggalkan Komen