Nota Tepi: Perniagaan, Audit dan Percukaian

Perniagaan Audit dan Percukaian

Apabila kita mempunyai perniagaan, terdapat 2 perkara yang wajib kita perlu tunaikan dan tidak boleh lari dan mengelak dengan perkara tersebut. 2 perkara tersebut adalah:

#1 – Laporan Kewangan Beraudit

Berdasarkan Akta Syarikat 2016. Ia merupakan satu kewajipan kepada syarikat yang berstatus Sdn Bhd dan laporan perlu dikeluarkan oleh firma audit yang berdaftar dengan MIA (Malaysian Institute of Accountant) dan perlu dihantar kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Laporan Kewangan Beraudit juga diperlukan untuk pengiraan cukai syarikat yang akan di isytiharkan kepada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

#2 –  Percukaian Individu dan Syarikat

Percukaian Syarikat dikenakan ke atas keuntungan syarikat iaitu hasil jualan selepas ditolak perbelanjaan syarikat. Percukaian Individu dikira berdasarkan Penggajian Pendapatan iaitu gaji, elaun dan bonus yang diterima. Kedua-dua cukai ini satu kewajiban kepada individu dan syarikat untuk diisytiharkan pendapatan dan keuntungan kepada pihak LHDN.

Dua perkara ini memberi kesan yang baik dan tidak baik terhadap perniagaan kita, antaranya:

Kesan baik

1 – Mudah untuk memantau untung rugi perniagaan

Sesebuah perniagaan perlu dipantau kesihatan kewangan bagi memastikan boleh membuat keputusan sama ada meningkatkan keuntungan atau mengurangkan kos-kos yang sedia ada. Ini bagi memastikan pernigaan mampu bertahan dan berkembang dengan sihat.

2 – Melancarkan urusan pinjaman dengan Bank

Insitut kewangan seperti Bank, memerlukan dokumen atau bukti yang menunjukkan sesebuah perniagaan itu mampu untuk membayar semula jumlah yang dipinjamkan. Dengan mempunyai rekod percukaian dan laporan audit, pihak bank dapat membuat keputusan dengan baik.

Kesan tidak baik

1 – Pihak berkuasa akan mengenakan penalti

Setiap syarikat yang berstatus Sdn Bhd perlu menghantar laporan beraudit setiap tahun. Penalti atau denda akan dikenakan jika gagal berbuat demikian. Dalam perkara ini, peranan setiausaha syarikat amat penting untuk mengingatkan pengarah-pengarah syarikat tentang perkara ini. Bagi perniagaan berstatus lain, jika hasil jualan mempunyai keuntungan, pemilik syarikat boleh dikenakan denda jika tidak membayar cukai. Dapatkan khidmat nasihat agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan percukaian atau syarikat setiausaha.

2 – Sukar untuk merancang kewangan syarikat

Perkara ini setiap pendiri syarikat sudah sedia maklum. Jika tidak mempunyai modal pusingan, perniagaan sukar untuk berkembang dan menhasilkan keuntungan yang lebih.

Konklusi

Dua perkara ini juga boleh memberi impak terhadap perniagaan kita sama ada akan terus berkembang maju atau perlu ditutup dengan begitu sahaja. Ia perlulah dipandang serius jika kita mahukan perniagaan kita berkembang maju dan menjana keuntungan.

 


Artikel ini diolah dari penulisan Tuan Sulaiman Bin Mohd Faisal, Director ASK CFO Sdn Bhd. Iaitu sebuah syarikat yang memberi khidmat nasihat kepada pemilik perniagaan.

Website: askcfo
Telefon: +60173530615
E-mel: [email protected]

Featured Image: Business photo created by pressfoto – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen