5 Geran Bisnes Untuk Perniagaan Anda

5 Geran Bisnes Untuk Perniagaan Anda

Ingin tahu 5 geran bisnes untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan anda?. Pertama sekali anda perlu tahu geran bisnes adalah sejenis daripada program bantuan oleh kerajaan untuk merancakkan dan memperkasakan agenda pembangunan keusahawanan negara.

Geran bisnes biasanya disasarkan kepada usahawan dan perniagaan SME untuk membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Lagi besar sesebuah perniagaan itu, lebih banyak kemakmuran yang dapat dijana melalui lebih banyak peluang pekerjaan.

Lebih banyak cukai korporat dan zakat dibayar dan banyak lagi kesan positif yang boleh dijana oleh kerancakan ekonomi negara.

Jadi, apakah geran bisnes yang ada? dan dimana anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan setiap geran tersebut. Di bawah ini, kami kongsikan sedikit maklumat mengenai 5 geran bisnes pilihan kami untuk rujukan anda.

#1 – SME Corp TUBE

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara. Yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 sehingga 30 tahun, yang mempunyai minat mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Khususnya buat belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web SME Corp TUBE.

#2 – Cradle Fund CIP300

CIP300 adalah satu program pre-komersialisasi yang menyediakan geran bisnes bersyarat dan bantuan tambah nilai sehingga RM300,000 untuk usahawan. Ianya bertujuan untuk meghidupkan atau merangsang syarikat permulaan (startup) teknologi yang mempunyai inovatif untuk menambahbaik dan mengkomersialkan produk dan servis mereka. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Cradle Fund CIP300.

#3 – Teraju SUPERB

SUPERB atau Skim Permulaan Usahawan Bumiputera, menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat startup dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Teraju SUPERB.

#4 – Platcom HIP2

HIP2 atau High Impact Programme 2, adalah satu platform hujung ke hujung (end-to-end) inovasi dan kemudahan komersial. Ia direka untuk membantu melancarkan proses inovasi untuk syarikat SME di Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web Platcom HIP2.

#5 – MDEC GTF

GTF atau Global Tech Fund, menyasarkan syarikat scale-up teknologi tempatan yang telah bersedia untuk memasuki pasaran global ataupun membesarkan pasaran global mereka yang telah sedia ada, melalui inovasi teknologi dan proses komersialisasi produk/servis. Ia mencari syarikat tempatan yang berpotensi menjadi Unicorn selepas ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web MDEC GTF.

Konklusi

Berdasarkan apa yang telah disenaraikan diatas, boleh dilihat terdapat banyak dana geran bisnes untuk membantu usahawan dan perniagaan bergerak kearah yang lebih maju dan berjaya. Anda perlu tahu tahap bisnes anda berada ditahap mana bagi memudahkan bisnes anda dinilai untuk geran yang sepatutnya. Kami mendoakan semoga anda semua sentiasa berjaya dalam perjalanan bisnes anda.

 


Artikel oleh SASCO Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan bantuan penyediaan strategi, perlaksanaan dan perancangan strategik perniagaan. Untuk mendapatkan khidmat perundingan perniagaan, sila WhatsApp ke +60123156916 untuk menetapkan temujanji.


 

Kongsikan Artikel Ini

Satu Komen mengenai “5 Geran Bisnes Untuk Perniagaan Anda”

Tinggalkan Komen