Dasar Privasi

SME Niaga dimiliki dan diuruskan oleh Ghostbird Media (003014298-T).

Privasi anda sangat penting buat kami. Setiap data yang diperolehi melalui laman web kami, https://smeniaga.com dan laman web lain yang kami miliki, menjadi dasar Ghostbird Media untuk menghormati dan melindungi privasi anda.

Kami hanya meminta maklumat peribadi anda apabila kami benar-benar memerlukannya, bagi tujuan menyediakan perkhidmatan kepada anda. Kami mengumpulnya dengan cara yang adil dan sah, dengan pengetahuan dan persetujuan anda. Kami juga memberitahu anda mengapa kami mengumpulnya dan bagaimana ia akan digunakan.

Kami hanya menyimpan maklumat yang dikumpul selagi perlu ketika dalam tempoh memberikan perkhidmatan kepada anda. Data yang kami simpan, kami akan melindunginya dengan cara yang boleh diterima secara komersial untuk mengelakkan kerugian dan kecurian, serta akses tanpa kebenaran, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian.

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda secara terbuka atau dengan pihak ketiga, kecuali dengan persetujuan anda dan apabila dikehendaki oleh undang-undang.

Laman web kami mungkin mempunyai pautan ke laman web yang lain, dimana ianya tidak dikendalikan oleh kami. Harap maklum, bahawa kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan dan dasar privasi laman web tersebut, dan tidak boleh dipertanggung­jawabkan.

Anda berhak untuk menolak permintaan kami untuk mendapatkan maklumat peribadi anda, dengan pemahaman bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan yang kami tawarkan.

Hak cipta Artikel, Maklumat dan Bahan

Semua hasil penulisan di laman web SME Niaga ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Ghostbird Media sekiranya ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke dalam mana-mana media termasuk blog, laman web, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian.

Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari SME Niaga dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Ghostbird Media sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman web ini. Ghostbird Media juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang diamalkan oleh pihak kami.

Penulisan Komen

Ghostbird Media berhak untuk menyunting atau memadam mana-mana komen yang ditulis kedalam laman web ini, mengikut budi bicara dan tanpa notis.

Persetujuan

Dengan melayari laman web ini, kami menganggap bahawa anda menerima dasar privasi kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami.

Dasar Privasi ini berkuat kuasa bermula dari tarikh 28 November 2019.