SOCAR dan kisah Start Up Funding terbesar di Korea Selatan

SOCAR dan kisah Start Up Funding terbesar di Korea Selatan

*Ini adalah perkongsian tentang perkhidmatan SOCAR oleh Tuan Faridzul Asyraf Mat Arifin di laman Facebook beliau.*

Hari ini, kali kedua menggunakan perkhidmatan SOCAR, rate kali ini agak mahal berbanding dulu. Mohon Nik Muhammad Amin percepatkan Moovby supaya boleh bagi persaingan sihat kepada CAR SHARING PLATFORM di Malaysia.

Car Sharing vs E-Hailing

Car Sharing menjadi popular sejak 2015 sehingga kini. Dimana data yang cukup besar diperoleh apabila kebanyakan generasi muda tidak lagi mementingkan pemilikan kereta. Mereka memilih untuk menyewa atau pun istilah baru “berkongsi”.

Konsepnya mudah, anda ada sebuah kereta. Tapi dalam 24 jam, hanya berapa kali sahaja anda gunakan kereta anda? Mungkin pergi kerja, balik kerja, weekend keluar dengan family dan tunaikan urusan lain. Mungkin masa anda gunakan kereta hanya 2 jam sehari. 22 jam lagi kereta anda berada dalam keadaan idle.

socar

Dengan teknologi, anda boleh sewakan kereta anda sewaktu kereta anda tidak digunakan atau idle. Dan boleh menjadi pendapatan tambahan sehingga boleh menampung kos sewa bulanan anda dengan institusi kewangan.

Kalau anda urus secara manual, mungkin leceh. Tapi dengan teknologi yang kian pesat membangun, hanya tekan tekan di smartphone anda sudah boleh mulakan “car sharing”.

Itulah konsep car sharing yang semakin diterima umum.

KISAH SOCAR

SOCAR berasal daripada Korea Selatan. Ditubuhkan pada March 2012, hanya mengambil masa kurang tiga tahun untuk mendapat series A funding sehingga 17 Juta USD yang mana terbesar ketika itu di Korea Selatan.

Malaysia adalah negara pertama untuk oversea expension SOCAR kerana “regulation” Malaysia yang mudah untuk pemilikan sewaan kereta. Bermula pada Januari 2018 dengan hanya 30 buah kereta kini SOCAR Malaysia sudah mempunyai lebih 1800 kereta di 1000 lokasi berbeza.

socar

SOCAR Malaysia CEO merupakan ex GM UBER di Malaysia jadi kepakaran itu digunakan sepenuhnya untuk membawa SOCAR Malaysia seperti sekarang. Dalam 2 tahun ini SOCAR Malaysia sungguh pesat membangun dan lebih banyak hot spot memudahkan pengguna.

Kereta SOCAR di Malaysia boleh disewa serendah RM8 sejam sehingga RM50 sejam bergantung kepada jenis kereta yang dipinjam.

SOCAR next big thing?

Dengan funding sekarang mencecah 174 juta USD pendapat saya SOCAR akan mampu pergi lebih jauh. Mereka mengintai peluang di negara jiran seperti Thailand, Vietnam pada tahun 2020 ini dan tak mustahil SOCAR akan dapat status UNICORN tak lama lagi.

Harapan kita sudah pasti lebih banyak local start up yang mampu memberi saingan dalam Car Sharing supaya akhirnya kita pengguna yang akan peroleh manfaatnya.

 


Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin
Featured Image: Card photo created by rawpixel.com – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen