Borak Tepi bersama Jasdy Syarman, Pentadbir JomWeb

Jasdy Syarman bin Shaari

Menjadi pentadbir atau admin sesebuah grup awam yang popular bukanlah satu kerja mudah, seperti yang disangka ramai orang. Lebih-lebih lagi ia adalah sebuah grup yang mengumpulkan pengamal IT di Malaysia. Bermula dari pelajar sekolah, universiti, pakar IT dan juga syarikat-syarikat startup dan korporat yang besar seperti Telekom dan Petronas.

Mentadbir menjadi tidak mudah apabila perlu mengimbangi antara peraturan yang perlu dipantau dan emosi setiap ahli grup.

Berikut adalah 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada Tuan Jasdy Syarman bin Mohd Saari salah seorang pentadbir grup JomWeb, iaitu salah satu grup popular yang memfokuskan pembangunan teknologi web dan juga design di Malaysia.

#1 – Siapa anda yang perlu umum ketahui?

Jasdy Syarman. Pernah dikenali dengan nickname aku_tak_tau. Peminat CakePHP. Pernah aktif di forum php.net.my sebelum wujudnya Facebook.

#2 – Sejarah JomWeb dan bagaimana anda boleh terlibat?

Tahun 2011, Syafiq Zainal mula membuat grup facebook dan mengajak beberapa ‘otai’ programming masuk. Kemudian pada tahun 2012, Hanny Ramzy dan Iszuddin mencadangkan agar grup ini ditukarkan namanya kepada JomWeb.

Tidak lama selepas itu Iszuddin melantik saya sebagai salah seorang admin di JomWEB kerana banyak menganjur kelas-kelas programming bagi ahli grup.

#2 – Dikenali sebagai admin yang tegas. Apa yang anda boleh kongsikan tentang tanggapan ini

Tanggapan orang tetaplah tanggapan orang. Pada saya, menjaga ahli grup yang mencecah 22 ribu ahli bukan mudah. Tidak mudah hendak memuaskan hati semua pihak.Ada masa-masanya, admin lain mengambil tindakan, tapi saya yang dituduh. Dah tua-tua ni, tidak ambil kisah lagi.

Pernah juga dihubungi oleh wakil kerajaan kerana ‘statement bodoh’ seorang ahli yang menjadi staff kepada vendor kerajaan. Pernah juga dihubungi peguam kerana seorang ahli-ahli beria-ria mendedahkan kepincangan syarikat yang dia berkerja.

#3 – Antara tindakan yang sukar ketika menjadi admin?

Demote (turunkan pangkat) admin lain. Dan juga ban dari grup kawan sendiri. Undang-undang tetap undang-undang. Takkan kita nak pilih bulu? Setiap amanah tu akan ditanya diakhirat nanti. Tak sanggup nak pilih kasih.

#4 – Selain JomWeb, apa aktiviti sosial lain yang anda lakukan

Saya juga aktif dengan Geng Burung Hantu. Anggap sahaja perkumpulan lepak-lepak sembang-sembang dikedai mamak. Kadang-kadang sembang teknikal, selalunya sembang kosong sambil melepaskan penat bekerja. Selain itu saya juga aktif dengan PERTUBUHAN INISIATIF NALURI KEMANUSIAAN. Sebuah badan NGO yang fokus kepada asnaf dan anak-anak asnaf.

#5 – Apa yang anda boleh lihat JomWeb untuk 5 tahun akan datang

JomWeb dalam 5 tahun akan datang? Jujur saya katakan, sekiranya JomWeb masih seperti sekarang, JomWeb akan kekal sekadar di grup facebook dan juga JomLaunch. Kurangnya pelapis menyukarkan proses merealisasikan idea. Saya berharap JomWeb akan dikenali sebagai satu perkumpulan ilmiah yang memperjuangkan aktiviti IT di negara kita.

 

Baca: Borak Tepi yang lain

 


Grup JomWeb: Programming Laman Web + UI/UX
Featured Image: ItsMe.Najoe


 

Kongsikan Artikel Ini

3 Komen mengenai “Borak Tepi bersama Jasdy Syarman, Pentadbir JomWeb”

      1. Saya mendoakan setiap urusan serta aktiviti yang dijalankan mendapat manfaat dan diberkatilah hendaknya.. Aminn yaRabb. Salute!!

Tinggalkan Komen