Borak Tepi bersama Afiq Abdullah, Business Analysts

Borak Tepi bersama Afiq Abdullah, Business Analysts

Penganalisis perniagaan atau Business Analysts adalah jawatan yang memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Dalam industri IT, Business analysts menjadi perantara antara keperluan perniagaan dan keperluan teknikal. Mereka ini, menjalankan penyelidikan dan analisis untuk menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu isu perniagaan yang melibatkan sistem, perniagaan dan membantu pelanggan memahaminya.

Sering disalah anggap keperluan jawatan ini. Kebanyakkan syarikat lebih tertumpu untuk mencari Project Manager, System Analysist dan juga Analyst Programmer. Business Analysts tidak ubah seperti Fullstack Developer, mereka akan terlibat dari proses awal sesuatu keperluan projek, sistem atau perniagaan sehingga ia diselesaikan.

Tuan Mohamad Afiq Abdullah, berpengalaman sebagai Senior Business Analyst, berpendapat jawatan ini bukan hanya sesuai untuk syarikat besar yang terlibat dengan tender sahaja. Ia juga boleh dimanfaatkan oleh syarikat kecil dan startup jika diperhalusi keperluan posisi tenaga kerja yang dirancang.

Mohamad Afiq Abdullah

Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada beliau.

#1 – Apa perbezaan Business Analysts dengan Project Manager?

Jika hendak dibandingkan, dalam bahasa mudah. Project Manager seperti Ketua Polis, manakala Business Analysts pula seperti seorang detektif.

Dalam istilah teknikal pula;

1 – Project Manager

Melihat projek dalam gambaran besar seperti; menyelesaikan permasalahan, menggerakkan pasukan, menyedia dan menguruskan struktur permasalahan kerja (Work Breakdown Structure), mengawal perubahan projek yang melibatkan masa, perubahan dan bajet.

2 – Business Analysts

Mengenal pasti permasalahan dalam perniagaan dengan terperinci seperti; memastikan dan mengesahkan projek yang dijalankan mengikut keperluan yang telah dipersetujui. Melaksanakan tugas yang berkaitan dengan Work Breakdown Structure dan terlibat membantu dalam Quality Assurance dan fasa pengujian sistem.

#2 – Dahulu, anda seorang programmer, apa yang menarik sebagai Business Analysts?

Ketika mula berkecimpung dalam sektor IT. Saya kerap ditugaskan bertemu dengan pelanggan untuk mengenalpasti keperluan mereka. Sikit demi sedikit berasa selesa dan ingin lakukannya dengan lebih lagi. Sehingga saya mula menyedari, apa yang saya lakukan itu ada jawatan yang khusus, iaitu Business Analysts.

Semenjak itu, saya fokus dan belajar bagaimana hendak menjadi mahir dan lakukan tugas dengan betul.

Mohamad Afiq Abdullah

#3 – Bagaimana anda memastikan perancangan anda diikuti?

Seperti Business Analyst yang lain. Saya perlu pastikan segala keperluan berkaitan projek atau sesuatu permintaan dari pelangaan itu dinyatakan secara formal. Sama ada melalui E-Mel, dokumen bercetak atau medium elektronik yang lain. Ini untuk memastikan apa yang diminta oleh pelanggan dapat dikaji dan memastikan sumber keperluan adalah yang sah.

Setiap solusi yang akan dicadangkan, saya perlu mendapat persetujuan tenaga kerja yang terlibat dan juga pelanggan. Ini termasuk garis masa, jumlah tenaga kerja dan kos-kos yang terlibat.

Dengan adanya persetujuan dengan semua yang terlibat seperti Account Manager, Project Manager dan Solution Architect, barulah saya mempunyai alasan kukuh untuk memastikan setiap peringkat mengikut perancangan yang dirancang.

Kerap berlaku Business Analyst lebih cenderung untuk menjaga hati pelanggan, ini akan menyebabkan kelewatan dalam sesuatu projek.

#4 – Keistimewaan anda dari pandangan syarikat?

Permikiran yang kritis, futuristik, jelas dan mudah menyesuaikan diri — pantas dalam memahami setiap keperluan pelanggan.

Sebagai seorang pengantara yang merapatkan jurang antara dua bidang; perniagaan dan teknikal. Ia bukanlah tugas yang mudah, lebih lagi untuk menyediakan penyelesaian menambah baik sesuautu keperluan yang berulang tetapi berbeza dalam banyak faktor.

Jadi untuk untuk meminimunkan kegagalan sesuatu projek membuatkan saya berfikir secara kritis. Pemikiran kritis banyak membantu saya dalam menyelesaikan permasalahan dengan memberi tumpuan untuk merangka solusi yang diperlukan oleh sesebuah syarikat.

Oleh itu saya sentiasa berfikir “apakah kegagalan yang akan berlaku jika saya menggunakan solusi sebegini” dan “apakah keburukan yang akan terjadi jika saya tidak menggunakan solusi tersebut”. Tambahan lagi berfikir secara kritis terhadap solusi datang dari diri sendiri, akan membuka ruang kepada banyak penambah baikan yang akan datang.

Sebagai Business Analysts, juga amat penting mempunyai kemahiran menyesuaikan diri dengan ragam manusia. Tanpa sifat kebolehsuaian akan membuatkan pelanggan kurang senang untuk berbincang tentang keperluan dengan lebih lanjut. Oleh itu, saya sentiasa akan memastikan saya bersedia bersifat terbuka, mengawal emosi dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Asas pada kelancaran dalam menjalankan sesuatu projek adalah memahami keperluan dengan cepat, jika lambat dalam memahami keperluan sesuatu projek maka akan memberi impak besar kepada perjalanan projek. Oleh itu untuk memastikan projek dijalankan dengan sempurna saya akan memastikan bahawa saya pantas dalam memahami keperluan projek tersebut.

#5 – Tips mudah buat mereka yang ingin menceburi bidang ini?

Untuk memuaskan hati manusia adalah mustahil, akan tetapi sebagai seorang Business Analyst anda perlu menjadikan sesuatu yang mustahil kepada kenyataan, walaupun hanya sekadar “mungkin”.

 

Baca: Borak Tepi yang lain

 


Telefon: +60199126261
Facebook: Mohamad Afiq Abdullah


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen