Pengurus Jualan, OnPay

Pengurus Jualan, OnPay

Selain Ordersini, terdapat beberapa aplikasi web untuk mengurus tempahan dan jualan. Antara yang popular di Malaysia adalah Sistem OnPay. OnPay juga dibangunkan untuk membantu usahawan atas talian menguruskan tempahan, jualan, rekod pelanggan atau peserta dan lain-lain lagi. Dengan pelbagai ciri yang menarik, anda boleh menggunakannya secara percuma selama 3 bulan.

onpay.my
Sistem OnPay

OnPay menjadikan perniagaan anda lebih mudah kerana boleh akses di mana sahaja menggunakan komputer atau telefon pintar dengan sambungan talian internet. Selain itu, anda boleh mengautomasikan perniagaan anda seperti menghantar e-mel, SMS dan follow-up prospek tanpa perlu lakukan secara manual. Perniagaan akan lebih lengkap dengan pelbagai fungsi seperti borang tempahan, kupon, pilihan kaedah pembayaran dan banyak lagi.

Antara ciri-ciri OnPay sebagai sistem pengurusan tempahan dan jualan adalah seperti berikut:

Panel Pentadbir OnPay
Panel Pentadbir OnPay

1 – Pengurusan database jualan, pelanggan dan lain-lain dengan mudah.

Sama seperti sistem pengurusan tempahan yang lain, OnPay juga mempunyai panel pentadbir bagi menguruskan rekod jualan, pelanggan dan beberapa tetapan lain.

2 – Borang tempahan yang mempunyai pelbagai pilihan.

Pengguna berdaftar sebagai pentadbir boleh mencipta borang tempahan mengikut pilihan produk percuma, jualan produk atau pendaftaran acara.

3 – Borang tempahan boleh dimasukkan ke dalam laman web sendiri menggunakan fungsi embed.

Fungsi embed membenarkan pengguna memasukkan borang yang dicipta ke halaman laman web masing-masing tanpa perlu ke halaman OnPay.

4 – Produk menyokong harga pelbagai peringkat.

Senarai harga jualan dan komisyen boleh ditetapkan mengikut kumpulan sama ada pembeli adalah secara direct atau affiliate, staf, dropship atau pengedar.

5 – Fungsi kupon dengan pelbagai pilihan.

Kupon boleh ditetapkan berdasarkan pilihan mengikut kesesuaian. Nilai kupon boleh ditetapkan mengikut harga jualan atau peratus, kuantiti, tempoh sah dan beberapa pilihan lagi.

6 – Penjanaan invois secara automatik untuk setiap tempahan.

Penting bagi setiap perniagaan memerlukan invois pembelian untuk rekod pelanggan atau peniaga. Invois pembelian akan dijana secara automatik dan dihantar terus ke e-mel pelanggan dan pentadbir boleh muat turun di panel pentadbir.

7 – Sistem Tracking.my diintegrasikan untuk penjejakan penghantaran.

Bagi peniaga yang menjual produk fizikal, anda boleh memasukkan kod penghantaran mengikut pilihan kurier yang digunakan. Ini bertujuan bagi pelanggan anda mendapatkan notifikasi status terkini penghantaran produk yang telah dibeli.

8 – Templat emel & SMS boleh diubahsuai.

OnPay juga membenarkan anda mengubahsuai tempat e-mel dan SMS mengikut kesesuaian mengikut maklumat tag yang disediakan.

9 – Mempunyai sistem hebahan e-mel & SMS.

Fungsi hebahan disediakan bagi tujuan makluman mengikut kumpulan sasaran, status jualan dan status peserta acara.

10 – Menyokong integrasi PayPal, iPay88, MOLPay, senangPay, Billplz, Paydibs, 2C2P & iBill.

Selain kaedah pembayaran menggunakan perbankan internet dan mesin deposit tunai, OnPay menyokong integrasi pelbagai pilihan payment gateway. Pastikan anda mempunyai akaun payment gateway yang mahu digunakan terlebih dahulu.

11 – Menyokong integrasi EasyParcel & MyParcelAsia.

Integrasi EasyParcel dan MyParcelAsia bagi membantu rekod jualan boleh disambung dan dicetak terus melalui platform yang digunakan.

12 – Tersedia dengan pengurusan staf.

Pengurusan staf membolehkan pentadbir menambah kumpulan staf dan memberi kebenaran mengikut kerja-kerja yang ditugaskan.

13 – Fungsi analisis seperti statistik dan laporan.

Rekod jualan akan sia-sia jika tiada analisis statistik atau laporan. OnPay menyediakan fungsi analisis statistik mengikut jualan, borang, kupon, produk selain memberi laporan jualan, peserta dan LTV pelanggan. Laporan yang disediakan juga boleh dieksport sebagai simpanan anda.

14 – Marketplace untuk membantu pemasaran produk.

Anda boleh memasukkan produk atau acara ke dalam marketplace OnPay bagi tujuan pemasaran kerana boleh dilihat oleh semua pengunjung laman web OnPay.

OnPay Marketplace
OnPay Marketplace

OnPay juga menyediakan aplikasi telefon bagi membolehkan pengguna mengurus tempahan, semak status penghantaran, analisa keuntungan jualan semasa dan banyak lagi. Dengan aplikasi ini pastinya anda akan lebih seronok bila mendengar bunyi notifikasi jualan yang diterima. Aplikasi ini telah tersedia di Google Play bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna IOS.

Aplikasi OnPay di Google Play & App Store
Aplikasi OnPay di Google Play & App Store

Setiap fungsi yang tersedia pula adalah mengikut pakej dan harga yang ditawarkan. Jadi, anda dinasihatkan untuk membaca maklumat pakej beserta harga dan pastikan memilih pakej yang ditawarkan mengikut keperluan dalam perniagaan sahaja supaya pelaburan anda berbaloi dan bukanlah menjadi bebanan.

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak aplikasi pengurusan tempahan di Malaysia, OnPay menjanjikan sistem yang mudah kerana boleh diakses di mana sahaja dengan sambungan talian internet. Anda boleh mengautomasikan perniagaan anda dengan satu sistem yang lengkap dengan pelbagai fungsi mengikut kesesuaian perniagaan anda.

 


Website: OnPay.my


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen