Borak Tepi bersama Zaki Shah, Projek Mengkayu

Borak Tepi bersama Zaki Shah, Projek Mengkayu

Pertukangan kayu adalah kerja seni yang memerlukan kemahiran dan minat yang mendalam. Sama ada membuat atau membaiki sesuatu, mereka yang terlibat dengan kerja ini dikenali sebagai tukang kayu. Sama ada sekadar hobi mengisi masa lapang, aktiviti ini boleh juga dijadikan kerjaya tetap dan memberikan pulangan yang setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan.

Projek Mengkayu, sebuah entiti perniagaan yang menawarkan pembuatan khas (custom made) dan pembaikkan produk yang berasaskan kayu. Beroperasi lebih 4 tahun, bermula dari hobi bertukang, bertukar menjadi perniagaan oleh pengasasnya.

Projek Mengkayu

Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepad Tuan Mohd Zaki Md. Shah, pengasas dan tukang kayu Projek Mengkayu.

#1 – Selain tukang kayu, apa umum perlu tahu tentang anda?

Sebelum menceburi perniagaan sepenuh masa. Saya bekerja sebagai Penguatkuasa Syarikat Air. Rutin kerja seperti memeriksa meter air, mengeluarkan bil dan melakukan pemotongan apabila diarahkan berbuat demikian. Ia adalah kerjaya yang sukar dan berat. Menahan makian dan cacian adalah rutin ruji yang perlu saya hadapi.

Ketika itu, saya mula berjinak-jinak mengambil tempahan dari mereka yang memerlukan kerja kayu seperti membuat kerusi, meja, almari dan membaiki perabot antik.

Oleh kerana minat ingin berniaga, dan apabila permintaan semakin menggalakkan, saya mengambil keputusan untuk melakukannya sepenuh masa. Dan kemudian, bersama rakan kongsi yang menguruskan hal-hal pengurusan dan pemasaran, Projek Mengkayu didaftarkan sebagai perniagaan yang sah.

#2 – Belajar bertukang dari mana?

Secara formalnya, saya dilatih dalam bidang lukisan pelan. Pernah bekerja sebagai pelukis pelan atau draughtsman selama 8 tahun dan mahir menggunakan perisian AutoCAD.

Saya mempelajari pertukangan kayu kerana minat. Mungkin kerana asas lukisan teknikal itu sudah ada, proses untuk belajar guna alatan kayu tidak menjadi masalah. Disamping dengan mencuba cuba membuat hasil pertukangan seperti sangkar burung, dan kerusi lipat, saya juga mempelajari teknik seni kayu melalui youtube.

Projek Mengkayu

#3 – Pengalaman pahit sepanjang mengusahakan Projek Mengkayu?

Pengalaman pahit banyak dari segi urusan perniagaan. Saya bukanlah pandai berniaga, bertukang memang pandai. Ada pelanggan yang ghaib, ada yang bayar tidak habis dan ada juga mempertikaikan harga upah dibanding-bandingkan dengan harga kedai perabot. Walaupun begitu, rakan kongsi saya banyak membantu dan mengatasi isu tersebut.

#4 – Tips buat mereka yang ingin jadi Tukang Kayu?

Bertukang ini, sama ada besi, kayu atau seumpamanya. Perlu ada minat dan kesabaran. Ada mereka yang memang tidak berbakat tetapi, apabila mempunyai minat dan kesungguhan apa yang ditukangkan menjadi juga. Perlu ada sifat tekun, sabar dan selalu menambah kemahiran yang ada.

#5 – Impian Projek Mengkayu 5 tahun akan datang?

Saya impikan untuk mempunyai show room atau kedai perabot yang menawarkan produk-produk yang dihasilkan oleh Projek Mengkayu. Menambah pekerja mahir supaya mampu menyiapkan tempahan dalam masa yang singkat dan berkualiti. Mampu menjadi seperti idola saya antaranya Tuan Haji Isa dari syarikat KWM CRAFT.

Projek Mengkayu

Projek Mengkayu

Projek Mengkayu

 

Baca: Borak Tepi yang lain


Facebook: Projek Mengkayu
Telefon: 0126956593


Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen