Pemilik Bisnes Kecil: Bagaimana Nak Bayar Gaji Anda?

Pemilik Bisnes Kecil: Bagaimana Nak Bayar Gaji Anda?

Sebagai pemilik perniagaan yang baru bermula, syarikat mungkin tidak mempunyai dana yang cukup untuk membayar gaji anda. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan.

#1 – Ambil Gaji Apa Yang Termampu

Semasa peringkat awal perniagaan. Anda perlu memastikan overhed perniagaan anda rendah. Berfikir secara rasional amatlah penting. Anda perlu membuat sedikit pengorbanan dan berfikir secara kreatif dalam mengimbangi keperluan syarikat dan diri anda sendiri.

Kebaikan
Ia seperti satu keputusan yang tepat buat perniagaan yang baru bermula dengan sumber yang terhad.

Tindakan yang rasional dan realistik
Kedudukan kewangan perniagaan anda amat penting. Melakukan pengorbanan kewangan peribadi ketika ini, boleh dibayar kemudian hari jika ia mampu membantu kewangan syarikat menjadi kukuh. Lebihan wang dengan mengurangkan overhed boleh memastikan syarikat mencapai keuntungan lebih awal.

Pendekatan yang Fleksibel
Pendekatan ini adalah logik dan fleksibel. Apabila kewangan syarikat kukuh, syarikat boleh dan mampu membayar lebih.

Memberikan Isyarat positif
Dengan mengambil gaji yang lebih rendah, anda menunjukkan komitmen jangka panjang kepada kejayaan syarikat. Dan ia memberikan isyarat positif kepada bakal pelabur.

Kelemahan
Anda mungkin akan mengalami masalah kewangan dan mengakibatkan syarikat berada dalam situasi yang tidak menentu dan tidak mampu berkembang.

Syarikat menjadi tidak stabil dengan matlamat yang tidak jelas
Membayar diri anda dengan gaji yang tidak menentu mungkin nampak sesuai buat masa sekarang, tetapi ia akan mengakibatkan pelarasan kewangan yang besar buat syarikat dikemudian hari.

Pengorbanan peribadi yang dilakukan mungkin terlalu besar
Beberapa perkara yang perlu difikir seperti, bagaimana jika anda tidak mempunyai sumber kewangan yang lain untuk membantu syarikat dalam fasa permulaan ini?. Bagaimana anda dapat bertahan dari segi kewangan jika anda tidak mempunyai wang yang cukup?

#2 – Ambil Gaji Ikut Standard Industri

Anda menguruskan syarikat anda mengikut corak perniagaan yang sebenar. Jadi, perlu mengambil gaji dengan jumlah yang realistik mengikut standard industri.

Kebaikan
Semakin cepat perniagaan anda beroperasi sepenuhnya mengikut piawaian industri, ia akan menjadi semakin baik.

Baik untuk anda dari segi kewangan
Dengan menerima gaji penuh atau yang hampir dengan tetapan industri, kurang pengorbanan kewangan yang perlu anda lakukan.

Menyediakan syarikat untuk menghadapi masa depan, berbanding bertahan
Syarikat anda mungkin mempunyai kewangan yang kukuh apabila mula menghasilkan keuntungan. Dan mampu membayar gaji yang lebih tinggi.

Kelemahan
Ia boleh mengakibatkan tekanan yang tidak perlu pada sumber kewangan syarikat.

Mengakibatkan wang syarikat tidak cukup
Matlamat utama syarikat anda adalah untuk terus bertahan. Selepas tahun pertama atau kedua, anda boleh memberi tumpuan untuk membina perniagaan dan berkembang. Ia tidak mampu dilaksanakan jika tidak mempunyai kewangan yang cukup.

Tindakan yang tidak realistik
Adalah tidak realistik untuk mengharapkan sebuah syarikat yang baru bermula untuk membayar gaji mengikut tetapan standard industri.

#3 – Gaji Diganti Sebagai Pinjaman Kepada Syarikat

Ini memberikan anda kredit untuk masa yang anda peruntukan untuk syarikat. Tetapi ia melambatkan penerimaan gaji anda.

Kebaikan
Ini adalah penyelesaian kompromi yang kreatif dan fleksibel.

Mengurangkan beban kewangan
Syarikat mempunyai sumber kewangan yang terhad, jadi apa yang boleh mengurangkan overhed sangat membantu.

Mengiktiraf keperluan anda untuk pampasan yang adil
Anda membuat pengorbanan dengan tidak mengambil gaji buat masa sekarang, tetapi anda akan menerimanya dikemudian hari.

Menunjukkan pengurusan pintar dan komitmen jangka panjang
Ini membantu syarikat bertahan dan menunjukkan komitmen anda terhadap kejayaan syarikat dalam jangka masa yang panjang.

Kelemahan
Ia boleh mengakibatkan kerja lebih dalam tugas pentadbiran.

Isu dalam cukai atau perakaunan
Anda perlu berbincang dengan akauntan mengenai cara terbaik untuk mengurus pinjaman jika dilakukan oleh syarikat, cara menggunakannya, dan apa-apa kesan terhadap percukaian.

#4 – Ambil Gaji Lebih Apabila Syarikat Sudah Mampu

Ini adalah ssalah satu cara untuk mengambil gaji. Daripada menjadikannya sebagai pinjaman kepada syarikat, boleh dimulakan dengan mengambil gaji yang sedikit. Anda boleh menerima gaji yang lebih banyak dikemudian hari apabila syarikat sudah berkembang dan mampu membayar lebih.

Kebaikan
Ia adalah penyelesaian yang kelihatan masuk akal dan munasabah.

Fleksibel buat syarikat
Syarikat akan membayar lebih kepada anda, tetapi bukan berdasarkan jadual pelarasan gaji atau pinjaman yang diberikan oleh anda.

Fleksibel buat anda
Anda boleh menerima gaji tanpa had.

Kelemahan
Penyelesaian ini mungkin kelihatan tidak formal dan mungkin menjejaskan imej perniagaan.

Mungkin kelihatan tidak profesional atau terlalu kasual
Jika dilakukan dengan tidak mendokumenkan pemberian gaji atau tidak melakukannya secara rasmi atau tidak mempunyai jadual waktu pemberian, ia mungkin akan kelihatan terlalu santai.

Boleh mendatangkan pertanyaan dan kecurigaan banyak pihak
Sekiranya perlaksanaan yang dilakukan kelihatan terlalu longgar, tidak profesional, atau mencurigakan, ia boleh menimbulkan keraguan kepada pelabur atau penguatkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kesimpulan

Anda boleh memilih cara yang anda rasakan sesuai dengan corak perjalanan perniagaan anda. Sebagai pendiri perniagaan, anda bertanggungjawab jatuh dan bangunnya perniagaan yang anda jalankan.

 


Featured Image: Business photo created by jcomp – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen