8 Tips Mengambil Pekerja Berkebolehan

8 Tips Mengambil Pekerja Berkebolehan

Perniagaan peringkat permulaan / startup tidak perlu menjalankan perniagaan mereka seperti syarikat-syarikat besar. Ini kerana syarikat besar boleh menggunakan jenama dan kestabilan syarikat untuk menarik pekerja yang berkebolehan dalam industri. Walaupun syarikat anda masih tidak mempunyai nama yang kukuh atau rekod prestasi yang mantap, anda boleh mengunakan cara lain untuk menarik mereka bekerja dengan syarikat anda.

Berikut adalah 7 cara bagaimana anda boleh mendapatkan pekerja berkebolehan:

#1 – Bikin Sesuatu Yang Hebat

Anda mesti menunjukkan keyakinan kepada pekerja bahawa anda sedang membina sesuatu yang hebat. Pekerja yang bekerja dengan anda lazimnya kerana mereka ingin mengatakan bahawa mereka ada bersama anda dari mula. Para pekerja inginkan kepuasan untuk membantu membina sebuah syarikat dari bawah. Menarik pekerja baharu dengan cara ini akan membolehkan mereka melihat potensi diri mereka melalui tugasan yang diberikan. Pekerja juga akan mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang dan mereka juga akan lebih suka untuk kekal bersama perniagaan anda hingga berjaya.

#2 – Persekitaran Pejabat Yang Moden

Persekitaran pejabat anda tidak semestinya perlu berada dalam suasana biasa. Syarikat besar kebiasaannya mempunyai persekitaran pejabat yang mungkin tidak berubah dalam beberapa dekad. Pekerja baharu anda akan berasa lebih selesa dengan persekitaran yang lebih moden. Boleh berpakaian kasual, waktu bekerja yang fleksibel dan pihak pengurusan yang lebih memahami akan menarik pekerja dari syarikat besar yang kebiasaanya mempunyai peraturan yang ketat.

#3 – Pilihan Saham dan Masa Hadapan

Syarikat anda mungkin tidak mempunyai nilai saham pada hari ini. Tetapi pekerja baharu anda boleh menjadi sebahagian daripada individu pertama yang menerima saham daripada syarikat anda. Pekerja ini mungkin boleh menjadi kaya raya jika pertumbuhan syarikat anda tinggi dan mereka akan cenderung untuk kekal bersama anda. Anda membina perniagaan anda bersama-sama dengan pekerja anda dan perlu menjadikan mereka berasa lebih dihargai dan bernilai untuk syarikat, bukan sekadar pekerja semata-mata.

#4 – Akses ke Peringkat Lebih Tinggi

Pekerja baru akan bekerja rapat dengan anda sebaik diambil bekerja. Mereka akan meluangkan sepenuh masa di pejabat anda dengan bekerjasama dengan individu lain yang menguruskan segalanya. Pekerja yang pernah bekerja dengan syarikat besar tahu bahawa mereka tidak berpeluang untuk berjumpa dengan eksekutif atau lembaga pengarah. Oleh itu, beri peluang kepada pekerja anda untuk menghadiri mesyuarat penting supaya mereka merasa menjadi sebahagian daripada perniagaan anda dan boleh membezakan perniagaan anda dengan perniagaan lain.

#5 – Kreativiti

Syarikat besar di dunia tidak begitu kreatif berbanding perniagaan peringkat permulaan. Ini kerana syarikat besar hanya membuat pembungkusan semula berkali-kali untuk mendapatkan jualan. Perniagaan anda perlu bermula dari bawah dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu. Pekerja anda perlu menjadi sebahagian daripada proses kreativiti ini dan seterusnya pekerja tersebut akan menimba pengalaman yang mungkin tidak akan diperoleh sekiranya mereka bekerja dalam syarikat yang lebih besar.

#6 – Pemberian Bonus

Sebahagian daripada modal teroka perniagaan anda perlu diperuntukkan untuk membayar bonus kepada pekerja anda. Anda perlu memberi mereka insentif kerana bekerja dengan anda dan anda mungkin ingin memberi bonus berdasarkan prestasi perkhidmatannya jika mampu. Syarikat lebih besar kebiasaannya memberikan bonus ini kepada pekerja peringkat pengurusan tinggi, tetapi anda boleh memberikan bonus ini kepada semua pekerja anda.

#7 – Penglibatan Semua

Anda perlu menjadikan setiap pekerja anda sebagai satu pasukan. Pekerja mahu menjadi sebahagian daripada syarikat dan mereka harus mempunyai kebebasan untuk mengambil bahagian dalam pertumbuhan syarikat. Sebagai contoh, penyambut tetamu perlu terlibat dalam mesyuarat perancangan sebagaimana jawatan penting lain seperti jurutera. Merevolusikan pejabat juga adalah perlu untuk meningkatkan moral pekerja anda. Oleh itu, pekerja akan gembira datang ke pejabat kerana mereka tahu pandangan daripada mereka juga penting untuk syarikat anda.

#8 – Tiada Jurang Generasi

Syarikat anda tidak mempunyai jurang generasi seperti yang wujud dalam perniagaan lain. Eksekutif di syarikat lain tidak memahami pekerja muda yang telah diambil bekerja dan jurang tersebut akan menyebabkan masalah di pejabat. Anda perlu menekankan bahawa pekerja muda ini difahami dalam segala cara, anda berada pada usia mereka dan anda tidak terlalu tua daripada mereka. Anda juga mempunyai pemahaman yang jelas bagaimana generasi muda ini berfikir tentang kerja yang anda lakukan dan anda harus membiarkan mereka tahu bahawa anda peduli bagaimana cara pemikiran mereka.

Kesimpulan

Tips yang disenaraikan diatas mampu membantu anda untuk mengambil pekerja yang berkebolehan. Anda memperkenalkan perniagaan anda dalam cara yang berbeza dan pekerja akan melihat perbezaan tersebut pada hari pertama mereka bekerja. Kaedah pengambilan pekerja yang bijak akan membantu anda untuk mendapatkan pekerja yang setia bekerja dengan anda.

 


Sumber: SMEInfo
Featured Image: Business photo created by yanalya – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen