Borak Tepi bersama Azlina Ina, Usahawan Kek Viral

Borak Tepi bersama Azlina Ina, Usahawan Kek Viral

Minat terhadap sesuatu aktiviti seperti memasak bukan sahaja mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang melakukannya. Ia juga mampu menjana sumber pendapatan yang memberangsangkan. Setiap masakan yang dilakukan kerana minat akan disertai keikhlasan dalam setiap adunan yang dilakukan.

Puan Azlina Ina, seorang usahawan kek, bukan sahaja menjual, beliau juga berkongsi bagaimana kek yang dijual dihasilkan.

Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada beliau.

#1 – Selain dikenali sebagai usahawan kek, siapa anda yang umum perlu tahu?

Saya seorang isteri, ibu dan juga anak kepada kedua ibu bapa saya. Suka berkongsi resepi, tips penjagaan diri, kesihatan dan motivasi kepada wanita yang mengalami masalah berat badan. Sama seperti wanita lain, sukakan kek tetapi inginkan bentuk badan ideal.

Dahulunya, saya antara mereka yang mengalami berat badan berlebihan. Itu antara salah satu sebab mengapa saya suka berkongsi, sama ada resepi, cara membuat kek dan juga tips menguruskan badan.

#2 – Bagaimana bermula, kerana minat atau terpaksa?

Ia bermula kerana minat. Mungkin kerana suka makan kek, minat itu telah tertanam dengan sendirinya. Saya minat membuat kek dan juga pastri yang lain.

Azlina Ina Kek Viral

#3 – Pengalaman pahit dalam bisnes ini? yang boleh dikongsi.

Bisnes sebegini pengalaman pahit itu sudah tentu ada. Mungkin ramai yang tahu membuat kek berasa cemburu mengapa saya boleh buat dan jual dengan jayanya.

Ada juga agen yang menjualkan kek menaikkan harga sesuka hati, menjadi viral. Sehingga memaksa saya menyaman beliau. Ini tindakan pahit kerana harga jual sudah tidak terkawal sehingga menjejaskan reputasi saya.

Pernah juga Facebook Page saya di tutup oleh Facebook kerana laporan khianat oleh mereka-mereka ini.

#4 – Tips yang boleh diberikan buat mereka yang ingin menjadi seperti anda?

Sebagai usahawan kita perlu ada semangat dan impian untuk membantu orang lain. Perlu gigih dan jangan putus asa. Rajin, isitiqamah dengan apa yang kita lakukan disamping redha dengan apa yang diluar kawalan kita.

Azlina Ina Kek Viral

#5 – Impian bisnes ini untuk 5 tahun akan datang?

Impian saya seperti usahawan yang lain. Meluaskan pemasaran produk saya. Diterima masuk dalam kedai ternama, super market dan masyarakat mudah mendapatkanya, terutamanyadi stesyen minyak ternama diseluruh Malaysia.

Azlina Ina Kek Viral

Azlina Ina Kek Viral

Baca: Borak Tepi yang lain

 


Facebook: Azlina Ina Fans


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen