Borak Tepi Bersama Muhammad Hijazi, Orderla.my

Borak Tepi Bersama Muhammad Hijazi, Orderla.my

Dua tahun kebelakangan, kesan dari pandemik covid 19 corak penempahan dan pembelian menggunakan platform atas talian telah menjadi pilihan rakyat malaysia.

Usahawan meneruskan kelangsungan perniagaan dengan menukar cara operasi dari kedai fizikal ke arah order-dan-hantar menggunakan aplikasi tempahan.

Bermula pada tahun 2020, Orderla.my sebuah platform tempahan yang dibangunakan oleh iReka Soft telah digunakan lebih dari 10 ribu peniaga.

Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada Tuan Muhammad Hijazi, pengasas iReka Soft.

#1 – Anda graduan Tokyo University of Technology, mengapa mengasaskan iReka Soft dan siapa anda yang umum perlu tahu?

Saya adalah graduan bekas tajaan YPM (Yayasan Pelajaran Mara) yang berjaya bergraduasi di sebuah universiti di Jepun iaitu Tokyo University of Technology pada tahun 2010 dalam jurusan Computer Science.

Sejak kecil, saya menaruh minat mendalam dalam bidang teknologi dan bercita-cita untuk menjadi usahawan. Dengan menjadi usahawan saya bebas untuk create benda-benda yang ada potensi untuk mengubah dunia.

Oleh itu, pada tahun 2008 ketika berada di Jepun, saya memulakan langkah dengan membuat iPhone App. Saya fokus kepada App yang sudah ada market seperti “Calc Drill” iaitu sebuah app yang berkaitan dengan pengiraan matematik. Melalui pemerhatian saya, rakyat Jepun suka buat latihan matematik secara berterusan. Ia satu percubaan yang baik kerana App tersebut berjaya mendapat perhatian dan mencapai top 3 bagi kategori Education untuk market Jepun.

Semenjak dari itu, pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Kini, saya membangunkan aplikasi untuk peniaga kecil dan sederhana untuk mengambil pesanan melalui webpage ke WhatsApp dan juga boleh diuruskan di aplikasi Orderla Admin.

Dashboard Aplikasi Orderla Admin
Dashboard Aplikasi Orderla Admin

Ia dibangunkan sebelum kita dilanda PKP, di mana ketika itu saya fikir untuk buat sistem jualan ke WhatsApp secara suka-suka sahaja. Tapi, bila sudah nampak ada pasaran ketika PKP, saya lebih serius untuk membangunkan sistem ini, dan membuat perancangan bagaimana untuk pengembangkan dan monetize daripada sistem ini.

#2 – Dalam bahasa mudah, apa bagusnya Orderla.my yang peniaga perlu guna selain dari borang tempahan?

Bagusnya Oderla ini, ia adalah satu langkah yang paling mudah buat mereka yang ingin berniaga terjun ke dalam bidang keusahawanan digital. Yang lebih bagusnya mereka ada pilihan bagaimana untuk bermula dan mengembangkan bisnes melalui apa yang ditawarkan oleh Orderla ini.

Sebab, saya perhatikan ramai yang sudah buat call-to-action untuk ambil dan hantar jualan ke WhatsApp. Jadi, kenapa tidak untuk upgrade call-to-action untuk pergi ke halaman jualan dahulu dan kemudian ke WhatsApp.

Jadi, kalau bisnes sudah semakin besar, lebih senang untuk peniaga layan prospect dan customers, membuatkan lebih mudah untuk close order.

Selain itu, Orderla juga menawarkan Directory peniaga “Orderla Directory”, dimana setiap peniaga yang menggunakan orderla akan disenaraikan borang tempahan dan maklumat perniagaan mereka. Ia boleh membantu orang ramai mencari maklumat tentang peniaga yang ada jual barangan di negeri mereka.

#3 – Orderla.my ditawarkan secara percuma dan berbayar? mengapa tidak berbayar sahaja, apa perlunya percuma?

Ya betul, ada percuma dan berbayar. Semua pengguna boleh menggunakan Orderla bermula dengan pelan basic, walaupun percuma ia tetap boleh membantu menjana jualan.

Meletakkan diri sebagai end-user, saya sendiri akan memilih sistem yang saya boleh guna dan cuba dahulu tanpa apa-apa bayaran. Ia perlu untuk memastikan sistem itu sesuai dengan saya dan boleh membantu dalam perniagaan saya.

Apabila sudah selesa dan sudah ada hasil jualan, peniaga boleh upgrade ke pelan berbayar, kerana pelan berbayar sudah tentu memberikan kelebihan dan kuasa terlindung yang mampu melancarkan lagi perniagaan mereka.

Ada banyak integrasi yang kita tawarkan apabila peniaga upgrade ke pelan berbayar. Dan sudah tentu, apabila upgrade ke pelan berbayar, peniaga seperti anda membantu Orderla dari segi kos development, maintenance dan operasi.

Integrasi tersedia dalam sistem Orderla
Integrasi tersedia dalam sistem Orderla

Sebagai contoh, apabila melanggan pelan Plus, peniaga dapat menggunakan integrasi payment gateway seperti Billplz, ToyyibPay, SenangPay, Stripe, Bizappay, SecurePay dan Gkash. Orderla bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk buat bayaran tetapi dapat mengotomasikan proses sales peniaga. Selain itu terdapat juga fungsi untuk pilihan tarikh booking, sesuai untuk perniagaan yang berasaskan pre-order.

Jika peniaga melanggan pelan Pro pula, bukan sahaja payment gateway, lebih banyak integrasi yang disediakan seperti integrasi sistem pengantaran, borang pesanan yang lebih advanced dan juga ada borang lead-gen. Lebih banyak lagi automasi yang boleh dibuat dan Ini menjadikan operasi perniagaan lebih sistematik.

Sebagai contoh, integrasi dengan sistem DelyvaNow, peniaga boleh tawarkan penghantaran melalui pelbagai third-party on-demand delivery seperti Lalamove, Mr Speedy, Bungkus It, Grab Express dan lain-lain. pelanggan dapat quotation harga penghantaran, dan seterusnya peniaga pula dapat menguruskan penghantaran dengan mudah.

#4 – Cabaran yang dihadapi pada peringkat permulaan dan penerimaan pengguna?

Cabaran utama pada permulaannya adalah macam mana hendak dapatkan atau reach pengguna tanpa kos yang tinggi. Disini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan dalam Facebook yang sudi share dan hebohkan tentang sistem Orderla ini.

Dari situ kita dapat sedikit sebanyak peniaga yang mula guna sistem Ordela ini. Saya amat gembira dengan hasilnya, selain mendapat feedback positif dan negatif ada sahaja permintaan yang mereka inginkan yang boleh membantu menambah baik Orderla.

#5 – Perancangan Orderla.my seterusnya?

Perancangan kita seterusnya, kita cuba untuk fokus kepada fungsi untuk barangan yang fast-moving consumer goods atau barangan harian. Kita hendak buat lebih banyak inovasi yang lebih memudahkan customer membeli dan peniaga menguruskan perniagaan mereka.

 

Baca: Borak Tepi yang lain

 


Website: Orderla.my


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen