Aplikasi WhatsApp Untuk Perniagaan

Aplikasi WhatsApp Untuk Perniagaan

WhatsApp adalah aplikasi mesej yang paling popular di Malaysia. Secara global, WhatsApp mempunyai 1.5 bilion pengguna aktif bulanan dan sekitar 60 bilion mesej dihantar setiap hari. Ini menjadikan WhatsApp sebagai platform yang hebat bagi sesiapa sahaja untuk menawarkan perkhidmatan perniagaan atau khidmat pelanggan melalui telefon bimbit.

Aplikasi WhatsApp Untuk Perniagaan atau dikenali sebagai WhatsApp Business sama sahaja dengan aplikasi WhatsApp biasa tetapi dilengkapi dengan beberapa ciri yang membolehkan peniaga berkomunikasi dengan pelanggan mereka secara lebih berkesan. Berikut ciri-ciri dan cara menggunakan WhatsApp Business.

Daftar WhatsApp Business

Untuk permulaan, aplikasi WhatsApp biasa boleh digunakan oleh peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan atau memberi khidmat sokongan. Walaubagaimanapun, menggunakan WhatsApp Business lebih berkredibiliti kepada perbualan anda.

1 – Perkara pertama, muat turun aplikasi WhatsApp Business dari Google Play Store.

2 – Daftar menggunakan nombor telefon bimbit anda. Sebaiknya, gunakan nombor telefon perniagaan anda untuk pengesahan yang lebih mudah.

3 – Cipta profil anda dengan memasukkan butiran perniagaan anda di ruangan Settings > Business Settings > Profile. Pastikan anda memasukkan maklumat dengan tepat seperti nama perniagaan, alamat, butiran kenalan dan lain-lain.

Tetapan WhatsApp Business
Tetapan Profil WhatsApp Business

Sebaik sahaja selesai mencipta profil perniagaan anda, seterusnya adalah tetapan aplikasi WhatsApp Business. WhatsApp Business menyediakan beberapa tetapan pintar yang boleh membantu anda menjimatkan masa dan memudahkan komunikasi seperti menetapkan mesej ucapan dan menetapkan mesej balasan yang cepat kepada pelanggan anda.

Berikut adalah tetapan pada WhatsApp Business anda:

1 – Tetapkan dan pilihan mesej di Settings > Business Settings.

2 – Anda akan melihat tiga pilihan yang tersedia: Away message, Greeting message, dan Quick replies. Anda boleh menetapkan setiap mesej ini bergantung pada keperluan.

Tetapan Lain
Tetapan WhatsApp Business

3 – Anda boleh menyediakan tetapan mesej automatik apabila anda tidak dapat membalas kepada pelanggan. Anda juga boleh menetapkan untuk menghantar mesej pada setiap masa, mengikut tempoh masa, atau di luar waktu perniagaan. Mesej ucapan dihantar secara automatik apabila pelanggan menghantar mesej pada kali pertama atau selepas 14 hari tidak aktif. Untuk menghantar mesej dengan cepat, anda boleh menetapkan mesej asas, pilihan pintasan dan pilih kata kunci. Ini berguna untuk menjawab soalan yang sering ditanya atau ingin bertukar pendapat.

Menggunakan WhatsApp Business Dengan Berkesan

Setelah semua tetapan telah selesai, kini anda boleh menggunakan WhatsApp Business dengan berkesan dengan beberapa cara sama ada untuk menawarkan khidmat pelanggan atau menghantar mesej tepat pada masanya.

1- Labelkan perbualan anda

Salah satu perkara penting menggunakan WhatsApp Business adalah penyimpanan rekod pelanggan anda. Walaupun anda perlu menambah kenalan secara manual ke senarai kenalan anda, anda juga boleh menetapkan label setiap perbualan anda. Ini berguna semasa berinteraksi dengan jumlah pelanggan yang ramai.

Sebagai contoh, anda boleh melabel perbualan sebagai ‘pelanggan baru’. Dengan cara ini apabila pelanggan membalas mesej anda, anda boleh mengetahui status pelanggan anda tersebut.

Untuk menambah label baru : Klik pada butang menu pada mesej perbualan anda dan tekan New Label. Masukkan nama label yang diingini dan klik pada butang Save.

Untuk menambah label pada mesej : Klik pada butang menu pada mesej perbualan anda dan pilih label yang ingin digunakan dan klik butang Save.

Tetapan Label
Tetapan Label
2 – Menggunakan WhatsApp Business di aplikasi komputer dan web

Sama seperti akaun WhatsApp peribadi anda, WhatsApp Business juga boleh digunakan di komputer anda. Ini menjadikannya lebih mudah untuk berkomunikasi dengan jumlah pelanggan yang ramai.

Langkah menggunakan WhatsApp Business di komputer juga sama seperti aplikasi WhatsApp biasa. Pergi ke Settings > WhatsApp Web dan imbas kod QR yang dipaparkan.

3 – Sokongan ‘one-to-one’

Salah satu kelebihan utama menggunakan WhatsApp Business adalah dapat menawarkan sokongan one-to-one kepada pelanggan anda. Sekiranya anda menjalankan perniagaan kecil, sokongan kepada pertanyaan pelanggan adalah perkara paling utama.

WhatsApp Business juga membolehkan anda menghantar gambar, video dan lampiran dokumen kepada pelanggan anda begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu pelanggan anda menerangkan isu yang dihadapi dengan lebih jelas.

4 – Menghantar info

WhatsApp Business juga boleh membantu anda menghantar info perniagaan anda tepat pada masanya. Ini membolehkan pelanggan sedia ada atau prospek mengetahui lebih awal tentang produk atau perkhidmatan baru yang akan dilancarkan.

Anda boleh mencipta dan mengumpulkan senarai hebahan untuk menghantar mesej hanya dengan sekali hantar sahaja. Ini boleh membantu anda menjimatkan masa sekiranya anda mempunyai rekod pelanggan atau prospek yang ramai walaupun senarai hebahan hanya dihadkan seramai 256 kenalan sahaja.

 


Featured Image: Business photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen