TPtoc: Platform Untuk Jurulatih Bebas dan Syarikat Latihan

Anda mahir dalam bidang akaun, pemasaran digital atau keselamatan pekerjaan, dan sering diminta berkongsi ilmu di tempat kerja? Pernah terfikir untuk menjadikan kepakaran itu sebagai sumber pendapatan?
Ramai profesional di Malaysia menjadi jurulatih bebas, sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Cabarannya, bagaimana mahu kelihatan profesional dan ditemui oleh syarikat latihan yang mencari jurulatih.
Di sinilah TPtoc cuba membantu. Platform tempatan ini dibangunkan oleh Taming Tech Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur, khusus untuk industri latihan. Berikut adalah beberapa perkara yang ditawarkannya.
#1 – Profil Jurulatih Yang Kemas
Jurulatih boleh membina profil yang memaparkan kepakaran, pensijilan dan pengalaman. Menurut laman webnya, pembina profil ini mempunyai pratonton A4 secara langsung dan beberapa tema reka bentuk.
Profil itu kemudian boleh dimuat turun sebagai PDF atau dikongsi melalui pautan. Senang cerita, tidak perlu lagi menyusun profil di dalam Word setiap kali ada permintaan.
#2 – Disenaraikan Dalam Direktori
Profil yang siap akan disenaraikan di dalam direktori awam TPtoc. Syarikat latihan boleh mencari jurulatih mengikut kepakaran dan lokasi, kemudian menghubungi mereka terus.
Ketika artikel ini ditulis, direktori tersebut sudah memaparkan jurulatih dari beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
#3 – Rangka Kursus Dengan Bantuan AI
Ini yang menarik. Jurulatih hanya perlu menerangkan topik latihan, dan pembina rangka kursus AI akan menjana modul, objektif pembelajaran dan aktiviti. Rangka itu boleh diperhalusi sebelum dimuat turun sebagai dokumen.
Ia berguna ketika perlu menyediakan cadangan latihan dengan cepat untuk bakal pelanggan.
#4 – Kemudahan Untuk Syarikat Latihan
Bagi syarikat latihan, TPtoc berfungsi sebagai pejabat belakang. Mereka boleh mencari jurulatih, menguruskan senarai jurulatih dan menyediakan profil jurulatih dengan logo serta warna syarikat sendiri untuk dihantar kepada pelanggan.
#5 – Berapa Kosnya?
Untuk jurulatih, ia percuma. Pendaftaran baharu menerima 50 kredit, yang menurut TPtoc cukup untuk menjana lima rangka kursus AI.
Syarikat latihan pula melanggan bermula RM99 sebulan, RM270 untuk tiga bulan atau RM960 untuk 12 bulan, dengan tempoh percubaan percuma selama 14 hari. Harga ini adalah seperti yang dipaparkan ketika artikel ini ditulis.
#6 – Apa Kaitannya Dengan PKS?
Ada dua. Pertama, pemilik bisnes yang mahu melatih pekerja boleh melayari direktori ini untuk mencari jurulatih yang sesuai dengan keperluan syarikat.
Kedua, jurulatih bebas itu sendiri adalah seorang usahawan. Yuran latihan yang diterima adalah pendapatan perniagaan yang perlu direkod dan diisytiharkan dalam Borang B. Kalau baru bermula, baca juga 6 kesilapan usahawan baru pada tahun pertama.
Kesimpulan
Kepakaran yang anda ada boleh menjadi bisnes, tetapi ia perlu dipersembahkan dengan kemas dan mudah ditemui. Platform seperti TPtoc memudahkan dua perkara itu tanpa kos permulaan untuk jurulatih.
Seperti mana-mana perisian, cuba dahulu versi percuma dan nilai sendiri sama ada ia sesuai dengan cara anda bekerja.
Sumber: tptoc.com


