7 Tips Buka Kedai Runcit

7 Tips Buka Kedai Runcit

Perniagaan runcit adalah perniagaan yang popular dikalangan rakyat Malaysia. Disamping berurusan terus dengan pelanggan, ia juga salah satu cabang perniagaan yang mudah difahami. Pemahaman perniagaan ini amat mudah, dimana ada barang hendak dijual, disitu ada pelanggan yang hendak membeli. Diantara contoh perniagaan runcit ialah penjaja yang menjual gorengan dilokasi seperti tepi jalan dan pasar malam. Dan juga peniaga yang mempunyai kedai atau disebut peruncit atau kedai runcit.

Disini, memfokuskan perniagaan runcit. Kebanyakan perniagaan runcit meliputi pembelian barangan atau perkhidmatan. Pembelian dilakukan dengan pengeluar, pemborong, agen, pengimport atau peruncit yang lain dan menjualnya kepada pelanggan.

Berikut adalah 7 tips yang boleh dipertimbangkan ketika hendak membuka kedai runcit.

#1 – Pengurusan Kedai

Dua elemen utama adalah reka bentuk dan susun atur kedai. Reka bentuk kedai perlu menitikberatkan suasana, imej, hiasan dalaman dan hiasan luaran yang mampu memberikan suasana positif kepada pelanggan. Susun atur kedai pula melibatkan susunan barangan di dalam kedai.

#2 – Pengurusan Stok

Pengurusan stock barangan amatlah penting demi melancarkan operasi perniagaan. Ia boleh dilancarkan dengan kaedah seperti:

1- Membina jaringan pembekal (Operasi satu pembekal utama atau banyak pembekal) dengan mengambil kira penghantaran “tepat pada waktu”.

2 – Mempertimbangkan perjanjian pembekalan jangka masa panjang dengan pengeluar barangan.

3 – Membuat jadual penghantaran bekalan berdasarkan masa dan aliran wang tunai.

4 – Menggunakan sistem berkomputer untuk menerima dan memeriksa stok. Perisian pengurusan runcit boleh digunakan untuk mengesan rekod pembelian, penerimaan, jualan, inventori dan laporan stok.

5 – Simpan stok secara sistematik contohnya bilik stor dengan rak, mudah dicapai dan lain-lain.
Mempunyai inventori yang mencukupi berdasarkan trend dan musim.

#3 – Syarat Pembekalan

Ketika melanggan atau mengambil stok dari pembekal. Perlu diteliti kaedah atau terma yang boleh dipersetujui bersama pembekal. Ini untuk mengelakkan pembekal menunggu bayaran terlebih dahulu sebelum menghantar bekalan dan mengelakkan kedai runcit anda terputus bekalan. Walaupun seketika, pelanggan akan beralih ke kedai lain jika tiada stok. Antara terma yang boleh dipersetujui:

1 – Kaedah pembayaran tunai atau kredit. Jika kredit, syarat yang ditetapkan sama ada 30 atau 60 hari.

2 – Syarat penghantaran stok. Penghantaran stock secara berkala, pembekal hanya tambah stok yang kurang atau dihantar apabila diminta.

#4 – Kaedah Menerima Bayaran

Beberapa kaedah menerima bayaran yang boleh digunakan. Kebanyakkan peruncit kecil menggunakan cara manual menerima wang tunai dan tiada resit dikeluarkan. Ada juga menggunakan kaedah credit-term, pelanggan ambil dahulu barang dan bayar kemudian. Digalakkan menggunakan mesin tunai atau Point Of sale yang mempunyai:

1 – Kod produk.

2 – Mengeluarkan resit pelanggan.

3 – Menerima pembayaran tunai atau menggunakan kad kredit.

Menggunakan kaedah credit-term adalah tidak digalakkan melainkan anda mempunyai sistem kerja yang mampu mengutip semula pembayaran.

#5 – Menarik Pelanggan

Pelanggan yang berulang dan ramai adalah kunci kejayaan perniagaan runcit. Anda sebagai peruncit perlu meletakkan kepuasan pelanggan sebagai perkara yang amat perlu diberi keutamaan. Beberapa kaedah yang perlu diikuti

1 – Mempunyai pernyataan dasar perniagaan yang boleh dilihat termasuk kaedah pembayaran, syarat pemulangan barang dan sebagainya.

2 – Menawarkan insentif yang menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian seterusnya dengan cara berkongsi maklumat perhubungan mereka dengan peniaga.

3 – Mengutamakan suasana mesra dan khidmat pelanggan yang berkualiti.

4 – Memaksimakan waktu operasi perniagaan untuk memenuhi keperluan pelanggan dan mengimbanginya dengan kos tetap seperti sewa dan utiliti.

#6 – Urus Pekerja

Pekerja adalah nadi kepada perniagaan runcit. Pengguna sering membentuk tanggapan terhadap sesuatu perniagaan dengan menilai tenaga jualannya.

Jika kedai runcit yang kecil, hanya perlu memikirkan gaji dan cuti yang hendak ditawarkan. Jika anda bercita-cita membesarkan kedai runcit anda. Beberapa perkara perlu dilihat dalam pengurusan pekerja. Seperti, menumpukan perhatian kepada urusan pengambilan pekerja. Dengan menyediakan maklumat terperinci berkaitan kontrak pekerjaan bagi jawatan-jawatan utama dan juga membuat pelaburan bagi latihan pekerja.

#7 – Aspek Keselamatan

Aspek keselamatan amat dititik beratkan dalam menjalankan perniagaan runcit. Kedai runcit selalu terdedah dengan kes kecurian dan rompakan. Menyediakan ciri-ciri keselamatan di premis perniagaan supaya pelanggan berasa selamat dan juga untuk menggelakkan kes kecurian.

 

Pautan gembira: System UrusNiaga, Sistem Pengurusan Perniagaan Kecil Sederhana


Featured Image: Business card photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen