5 Cara Mendapatkan Modal Perniagaan Runcit

modal kedai runcit

Perniagaan runcit merupakan antara cara berniaga yang sudah lama dipraktikkan dalam dunia. Perniagaan runcit adalah lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan perniagaan borong yang kebiasaannya memerlukan modal yang besar. Kewujudan perniagaan runcit juga adalah untuk melengkapi sistem perniagaan borong yang mana ianya adalah untuk memudahkan pengguna mendapatkan barangan secara cepat. Oleh sebab itu, perniagaan runcit biasanya dilakukan di kawasan yang berpenduduk ramai. Walaupun perniagaan runcit sinonim dengan kedai runcit, yang sebenarnya ianya juga boleh dilakukan tanpa kedai fizikal.

Berbanding perniagaan borong, perniagaan runcit memerlukan modal yang lebih sedikit. Walaupun begitu, usaha untuk mendapatkan modal juga ada kala menjadi cabaran utama bagi usahawan untuk memulakan perniagaan ini.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan runcit. Antaranya adalah seperti berikut:

#1 Ahli keluarga dan rakan-rakan

Sudah semestinya jika ingin melakukan perniagaan, persetujuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan adalah amat diperlukan. Keluarga yang mempunyai kelebihan wang ringgit mempunyai keupayaan untuk menyuntik modal dalam perniagaan runcit. Lebih-lebih lagi jika yang memerlukan modal adalah dari kalangan anak-anak, sudah tentu ibu bapa akan menolong dengan senang hati. Yang paling penting, sokongan sebegini bukan sahaja dari segi modal, secara tidak langsung ianya menyuntik semangat dan motivasi untuk terus melangkah ke arah kejayaan dengan restu dari keluarga dan rakan-rakan.

#2 – Pelaburan dari pihak ketiga

Pelaburan dari pihak ketiga boleh juga daripada individu ataupun syarikat lain. Dalam sudut pelaburan, sudah tentu pelabur inginkan pulangan. Bergantung kepada pelabur, ada yang inginkan pulangan mengikut bulanan dan ada juga yang inginkan mengikut tahunan. Bagaimana pula dengan jumlah keuntungan?. Kebiasaannya jika keuntungan melebihi dividen yang ditawarkan, pelabur akan berminat. Jadi, fokus kepada usahawan adalah bagaimana untuk mendapatkan pelabur sebegini dan meyakinkan mereka untuk melabur dalam perniagaan kita.

#3 – Pinjaman Bank

Pinjaman bank juga boleh dibuat untuk memulakan perniagaan runcit. Antara pinjaman yang lazim dimohon adalah pembiayaan peribadi untuk mendapatan tunai. Ada kebaikan dan kekurangan jika membuat penjaman bank untuk memulakan perniagaan runcit. Kebaikannya adalah senang untuk mendapatkan tunai jika semua syarat dilepasi manakala kekurangannya adalah peminjam terikat dengan komitmen bulanan. Oleh itu, untuk membuat pinjaman bank, perlulah membuat kajian yang mendalam berkenaan perniagaan yang akan dilakukan nanti.

#4 – Mencari rakan kongsi

Dalam perniagaan, kehadiran rakan kongsi juga dapat membantu dalam banyak perkara. Baik dari sudut perkembangan idea perniagaan dan juga operasi harian, kehadiran rakan kongsi membesarkan lagi potensi yang ada pada perniagaan. Dalam memulakan perniagaan, pencarian rakan kongsi untuk mendapatkan modal permulaan juga banyak diamalkan oleh usahawan terkemuka. Rakan kongsi sebegini kebiasaannya sudah lama melakukan perniagaan dan mempunyai lebihan tunai untuk digunakan pada perniagaan lain. Selain daripada pemberian modal, pengalaman daripada rakan kongsi juga amat berguna pada masa hadapan.

#5 – Dana Kerajaan

Terdapat juga dana kerajaan yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan. Terdapat beberapa agensi yang memberikan dana untuk perniagaan runcit antaranya ialah SME Corporation dan Mara. Antara kelebihan menggunakan dana kerajaan dalam memulakan perniagaan runcit ialah, usahawan akan dibimbing oleh pakar-pakar industri dan semestinya agensi-agensi sebegini sudah mengenal pasti para mentor yang boleh membimbing usahawan mereka.

 


Featured Image: Tree photo created by jcomp – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen