SME Bank Terbit IMTN 600 Juta Ringgit

SME Bank Logo

SME Bank berjaya menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana dengan Jaminan Kerajaan (IMTN) berjumlah RM600 juta.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank. Aria Putera Ismail berkata, IMTN tersebut diterbitkan di bawah prinsip Wakalah. Dengan komoditi sebagai aset dasar dan merupakan terbitan kelima daripada Program IMTN bernilai RM3 billion.

Katanya, hasil daripada terbitan sukuk tersebut akan digunakan untuk membiayai modal kerja, berlandaskan syariah untuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Pihak bank telah berjaya mengukuhkan harga rundingan seiring dengan permintaan yang menggalakkan daripada institusi kewangan dan syarikat pengurusan aset. Ini membuktikan sokongan padu oleh kerajaan yang berlandaskan penekanan untuk memudahkan agenda sosioekonomi SME Bank dalam membangunkan sektor PKS. Selain itu, RAM Ratings juga telah mengesahkan semula Penarafan Institusi Kewangan AAA/Stabil/P1 ke atas SME Bank dan ini menunjukkan keyakinan penuh kerajaan terhadap SME Bank dalam memainkan peranan memupuk dan membangunkan PKS” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 


Sumber: Utusan Online


 

Kongsikan Artikel Ini