Nota Tepi: Laman Web dan Trend Pembelian

Nota Tepi: Lamanweb dan Trend Pembelian

Dalam era digital ini, melakukan perniagaan atas talian adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi. Internet bukan lagi hanya sekadar mendapatkan maklumat atau melakukan aktiviti sosial. Pelbagai medium berjual beli telah diwujudkan. Antara medium yang terpenting adalah Laman web. Kerana ia ibarat sumber maklumat yang mewakili anda sebagai sebuah entiti perniagaan yang boleh dipercayai.

Berikut adalah pekongsian oleh Tuan Izzudin Fauzi, iaitu seorang konsultan dalam teknologi web yang telah membantu ramai syarikat dan individu dalam merealisasikan laman web yang berkesan.

Pengaruh Laman Web Dalam Trend Pembelian

Tak kiralah sama ada, anda mempunyai produk fizikal atau mempunyai kedai fizikal, anda tetap perlu mempunyai laman web. Kerana ia mempengaruhi keputusan pembelian oleh pelanggan. Berikut ialah 3 sebab yang meningkatkan pengaruh pembelian.

1 – Kajian

67% daripada pengguna membeli apabila mereka tahu maklumat peniaga dan maklumat produk yang mereka mahukan.

2 – Social Proof

Tidak cukup hanya mempunyai produk yang baik. Pelanggan tetap mencari dan membaca review online, cadangan orang lain, media sosial untuk mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.

3 – Identiti dan Keutamaan

Pelanggan juga akan membeli produk yang bersesuai dengan identiti mereka, contoh seperti mereka yang menggunakan iPhone dan Honda. Mereka merasakan ia sesuai dengan identit mereka, yang inginkan nampak mahal dan trendy.

Daripada 3 sebab di atas, saya boleh katakan bahawa laman web mampu membantu anda memenuhi keperluan pelanggan dan mempengaruhi pembelian. Berikut adalah 3 sebab mengapa anda wajib mempunyai laman web.

1 – Laman web membantu memberikan maklumat yang diperlukan kepada pelanggan anda.

2 – Laman web membolehkan anda menunjukkan lebih bukti dan social proof dan mampu mempengaruhi pelanggan.

3 – Laman web akan menguatkan lagi identiti dan meyakinkan pelanggan tentang nilai dan kelangsungan produk anda.

Berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan, jika anda masih belum mempunyai laman web, anda seharusnya bertindak pantas untuk mewujudkannya.  Jika anda sudah ada laman web, ia perlulah memenuhi kriteria sebab-sebab yang telah dinyatakan.

 


Izzuddin Fauzi

Tuan Izzuddin Fauzi adalah seorang konsultan web dan Director Decoweb Technologies (M) Sdn. Bhd, sebuah syarikat tempatan yang mahir dalam teknologi web.

Featured Image: Business photo created by rawpixel.com – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen