Laman Web Sebagai Alat Pemasaran

Laman Web Sebagai Alat Pemasaran

Dalam dunia digital pada hari ini, pemasaran bagi syarikat perlu menuju kearah online. Terdapat banyak platform yang boleh digunakan dalam pemasaran online antaranya ialah platform e-dagang, marketplace, media sosial , blog dan juga laman web. Bergantung kepada usahawan dan perniagaan, pemasaran online boleh menggunakan yang percuma mahupun yang berbayar jika ada keperluan. Antara platform yang paling mesra pengguna ialah platform laman web. Pada hari ini, taip apa sahaja pada enjin carian, mesti ia akan mancadangkan beberapa laman web untuk dilayari kerana semua perkara pada hari boleh didapati di hujung jari sahaja. Oleh sebab itu, untuk selari dengan peredaran semasa, laman web merupakan sesuatu yang sangat penting dalam perniagaan.

Laman web merupakan suatu kemestian dalam perniagaan pada hari ini. Dalam perniagaan, laman web diibaratkan pintu kedai di alam maya untuk pelanggan mengetahui berkenaan produk ataupun servis yang ditawarkan. Jika pelanggan belum jumpa pintu kedai, mana mungkin pelanggan dapat untuk membeli produk atau servis yang diingini. Jadi, laman web merupakan sesuatu yang penting dan pendiri perniagaan perlu mengusahakan agar laman web itu sampai kepada golongan sasar. Jadi, bagaimanakah untuk mengoptimumkan penggunaan laman web supaya kempen pemasaran kita berkesan?.

Landing Page

Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan dalam mengendalikan laman web. Pelbagai laman web pada hari ini menggunakan konsep landing page dalam memperkenalkan produk atau servis. Konsep landing page adalah agak mudah berbanding laman web interaktif seperti e-dagang dan laman web syarikat. Banyak landing page adalah dibina dengan menggunakan subdomain kepada domain utama di internet seperti blogspot dan wordpress. Selain itu, ada juga landing page yang menggunakan domain berbayar. Untuk konsep landing page, paparan adalah statik dan tidak banyak interaksi yang boleh dilakukan. Peniaga boleh meletakkan video jualan, video pemasaran dan juga copywriting jualan untuk menggalakkan pembaca mebeli produk atau servis yang ditawarkan.

Laman Web Korporat

Selain itu, jika perniagaan mempunyai beberapa jenis produk, lebih elok diwujudkan laman web berasaskan syarikat dan didalamnya ditawarkan produk dan servis yang ditawarkan. Untuk Konsep pemasaran begini, kepercayaan adalah dibentuk di atas penjenamaan syarikat dan juga jenama utama. Kehebatan laman web ini ialah, ada diantara syarikat yang tidak terkenal tetapi di laman web, tetapi diketenggahkan jenama utama di laman web sehinggakan jenama itu menjadi jenama antarabangsa, Hebat bukan!. Jadi, usahawan perlu berevolusi pengikut peredaran semasa dan langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memiliki laman web sendiri pada hari ini.

Kesimpulan

Untuk perniagaan kecil yang mempunyai beberapa produk sahaja, bolehlah dipertimbangkan penggunaan laman web percuma seperti wordpress dan blogspot. Walaupun percuma, ianya membantu dalam membina jenama dan mendigitalkan perniagaan yang sedia ada. Jika merancang untuk jangka masa panjang, bolehlah menggunakan domain dan hosting berbayar dan boleh mula mengetengahkan jenama utama perniagaan anda.

 


Featured Image: Sale photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen