Mouthgasm Ingin Tembusi Pasaran Asia

Mouthgasm Ingin Tembusi Asia

JENAMA chocojar terkenal, Mouthgasm Crunchy semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang memberangsangkan meskipun negara dan dunia berdepan pandemik Covid-19.

Pengeluar jenama kudapan terkenal itu, Mouthgasm Sdn Bhd (Mouthgasm) yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2019 tidak menyangka produk keluarannya mendapat permintaan tinggi dan berjaya meluaskan pasaran dengan begitu pantas dalam masa setahun.

Pada tahun 2020, ketika kebanyakan industri terkesan dengan penularan Covid-19, Mouthgasm berjaya meraih jualan sehingga 3 juta balang produk Mouthgasm Crunchy Mocha.

Menurut Pengarah Urusan Mouthgasm, Shahrul Shafiq Rosni, kejayaan itu didorong oleh usaha syarikat untuk memberikan kelainan terhadap produk miliknya.

Beliau berkata, kelainan itu bukan sahaja melibatkan kandungan produk tetapi penampilan fizikal balang dan bungkusan produk yang elegan serta menarik.

“Apa yang membezakan produk chocojar sedia ada di pasaran dengan produk kami ialah dari segi pemilihan rasanya yang unik. Mouthgasm Crunchy menggunakan perisa kopi seperti mocha dan macchiato, menjadikannya chocojar premium.

“Selain itu, strategi pemasaran yang berkesan juga menjadikan produk kami pantas berkembang di pasaran dan mempunyai 4,000 ejen di seluruh negara ketika ini,” katanya.

Bercerita mengenai detik bermulanya perniagaan tersebut, Shahrul hanya bermodalkan RM2,500 dengan sebuah pusat operasi di Seri Iskandar Business Centre (SIBC) di Bandar Seri Iskandar, Perak.

 


Sumber: Sinar Harian

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen