Bukan semua akaun atau laporan kewangan mempunyai kualiti yang sama. Laporan kewangan yang berkualiti dapat memberikan maklumat yang tepat dan berguna bagi penganalisa. Bagi tujuan untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat dan potensi perniagaan. Manakala laporan kewangan tidak berkualiti atau berkualiti rendah mempunyai maklumat yang tidak tepat, menyesatkan dan tidak lengkap.
Implikasi bagi laporan kewangan yang tidak berkualiti selain tidak mengetahui kedudukan kewangan yang tepat adalah cukai. Cukai yang dikenakan tidak setimpal dengan kedudukan kewangan syarikat.
Umumnya, pembaca laporan kewangan tidak dapat mengesan laporan kewangan yang tidak berkualiti. Kecuali terdapat tanda-tanda nyata seperti kewujudan suspense akaun atau angka-angka (-) negatif pada tempat yang tidak sepatutnya. Kebanyakan tanda-tanda lain akan di abaikan kerana tidak jelas.
Yang paling bahaya adalah laporan kewangan yang nampak “OK”. Akaun untung-ruginya nampak kemas ada sales, nampak ada gross profit yang sihat dan net profit. Usahawan pun senyum lebar. Bila tengok kunci kira-kira (balance sheet) pun nampak ok belah debit dan kredit nampak balance. Kebanyakan usahawan tidak tahu sama ada penyata kewangan yang disediakan itu betul atau pun tidak. Mungkin kalau usahawan yang aliran tunainya agak tidak lancar akan bertanya, “eh! untung tapi duit takda”, tetapi mungkin banyak hutang yang tak collect lagi kut. Biasanya, bagi perniagaan atau syarikat yang aliran tunainya lancar soalan begini mungkin tidak timbul.
Laporan kewangan disediakan berdasarkan dokumen sokongan yang disediakan. Dokumen sokongan yang paling penting adalah Penyata Bank. Seorang akauntan atau penyedia akaun boleh menyediakan laporan kewangan hanya menggunakan penyata bank. Namun begitu, bukan semua transaksi perniagaan akan melalui akaun bank. Transaksi perniagaan yang tidak melalui akaun bank adalah seperti jualan secara kredit atau hutang dan perbelanjaan secara kredit.
Biasa usahawan akan menyimpan rekod jualan tetapi yang selalu tidak dijaga adalah rekod perbelanjaan. Rekod perbelanjaan adalah termasuk antaranya, gaji yang belum dibayar, bil utiliti yang belum dibayar, pembelian keperluan syarikat oleh usahawan menggunakan wang mereka sendiri. Rekod perbelanjaan yang tidak lengkap akan mengakibatkan laporan keuntungan yang lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akan mengakibatkan cukai yang lebih tinggi dari sepatutnya. Usahawan yang tidak mengambil peduli tentang kualiti akaun biasanya terperangkap dalam situasi ini.
Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan / Business Plan.
Artikel oleh Tuan Ahmad Rizal Abd Razak, Director SASCO Sdn Bhd.
SASCO Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bantuan penyediaan strategi, perlaksanaan dan perancangan strategik perniagaan. Untuk mendapatkan khidmat perundingan perniagaan, sila WhatsApp ke +60123156916 untuk menetapkan temujanji.
Featured Image: https://www.freepik.com/free-photos-vectors/business