Biztory Perkenal Tax Estimator untuk Perisian Perakaunan Awannya

Biztory Perkenal Tax Estimator untuk Perisian Perakaunan Awannya

4 Mac 2020, Puchong, Selangor — Perisian perakaunan awan Biztory, jenama milik Vectory Innovation Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan pengenalan Tax Estimator (Penganggar Cukai), modul baru yang menyediakan pemilik perniagaan anggaran jumlah cukai perlu bayar yang dikira berasaskan maklumat kewangan mereka. Di samping memaparkan anggaran jumlah cukai pada papan pemuka pengguna, modul baru itu turut mengandungi peringatan tentang tarikh habis tempoh penyerahan anggaran cukai melalui borang CP204 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia. Modul Tax Estimator boleh didapati bermula 1 Mac.

Selepas mengetahui anggaran jumlah cukai mereka, pemilik perniagaan yang berminat mendapatkan perkhidmatan perundingan profesional tentang perkara cukai perniagaan akan dirujuk kepada rakan kongsi Biztory, RW William PLT.

Bryan Soong, Pengasas Bersama dan CEO Biztory berkata, “Pengeluaran modul Tax Estimator sangat ditunggu-tunggu. Pemilik perniagaan mempunyai tanggung jawab mematuhi peraturan cukai. Sekarang dengan perisian kami akan memaparkan anggaran cukai pada papan pemuka, semua pengguna kami akan menjadi sedar akan tanggungjawab yang perlu mereka penuhi.”

Carol Cheong, Vice President of Products and Bryan Soong, CEO
Carol Cheong, Vice President of Products and Bryan Soong, CEO

“Dalam hal membuat anggaran cukai, pemilik perniagaan tidak boleh mengharapkan gerak hati atau maklumat yang tidak berasas. Dengan Tax Estimator, pengiraan dibuat secara automatik dan pengguna dapat melihat anggaran jumlah cukai mereka sebaik sahaja mereka mengelog masuk ke dalam perisian Biztory. Ini membantu pemilik perniagaan mengurus perniagaan mereka dengan lebih cekap.”

Bagi memahami keadaan cukai dengan lebih baik, Biztory akan merujuk pelanggannya kepada RW William PLT dan semua perundingan akan dikendalikan secara berasingan oleh jururunding cukai firma tersebut. RW William PLT, yang juga pelabur dalam Biztory, telah bekerjasama dengan Biztory untuk membangunkan perisian perakaunan awan yang memenuhi keperluan PKS.

Biztory berharap dapat menyediakan penyelesaian cukai yang mendalam dalam perisiannya pada masa hadapan. Ini termasuk penyerahan cukai sekali tekan yang akan dapat mengambil alih beban menghadapi perkiraan cukai yang rumit daripada pemilik perniagaan, dan membolehkan mereka menumpukan kepada mengendalikan perniagaan.

Biztory telah membantu PKS mendigitkan kerja perakaunan sejak 2015. Baru-baru ini pada Januari 2020 syarikat pemula niaga ini mengutip sejumlah AS$255,294 (RM1,039,860), menjadikannya projek pendanaan awam yang pertama berjaya di platform Mystartr. Pada 2018, syarikat menerima RM300,00 daripada CIP300 Cradle Fund untuk pengkomersialan. Biztory ialah peserta Global Accelerator Program (Kumpulan 2) MaGIC.

Tentang Biztory

Diasaskan pada 2015, Biztory ialah perisian perakaunan awam yang selamat dan mudah digunakan direka bentuk untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dengan Biztory, pemilik perniagaan dapat memerhati aliran tunai dan metrik perniagaan pada bila-bila masa selagi mereka terhubung dengan Internet. Perisian awan ini juga membolehkan pengguna mencatat invois, pembelian, dan perbelanjaan di samping membuat penyesuaian bank bulanan mereka. Biztory jenama milik Vectory Innovation Sdn Bhd berpangkalan di Puchong, Selangor. Lawati kami di www.biztory.com.my.

Hubungi

Untuk perhubungan awam, boleh dihubungi seperti yang tertera dibawah.

Kam Hashim
Hashim Communications
[email protected]
017-387-3281

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen