Meniaga dan Delyva Bekerjasama untuk Penghantaran Batuan Terakhir

Delyva akan aktifkan lebih daripada 20 rakan penghantaran dalam meniaga bermula Ramadan.

Petaling Jaya, 13 April 2022 – Delyva Sdn. Bhd. (“Delyva”) hari ini mengumumkan platform e-dagang meniaga yang dibangunkan oleh Invoke Solutions Sdn. Bhd. telah memilih sistem tempahan penghantarannya yang mempunyai lebih daripada 20 perkhidmatan penghantaran termasuk perkhidmatan kurier biasa dan atas permintaan. Kerja integrasi sedang dijalankan dan dijangka siap tidak lama lagi supaya semua pedagang dalam meniaga dapat mula menggunakan sistem tempahan penghantaran baharu Ramadan ini.

Hanif Wahid, CEO Delyva berkata, “Kami membantu meniaga dengan menghubungkannya dengan kurier atas permintaan, kurier domestik, dan kurier antarabangsa yang tidak dapat mereka capai sebelum ini. Dengan menggunakan hanya satu antara muka, meniaga akan kini mempunyai capaian kepada berbilang perkhidmatan penghantaran. Kami bersyukur mereka memilih sistem kami.”

Affendy Hasni, Ketua Produk meniaga berkata, “Kerjasama dengan Delyva memberi meniaga capaian kepada lebih banyak rakan kurier dan penghantaran di seluruh negara, membolehkan kami berkembang ke bandar-bandar di luar Kuala Lumpur. Dengan memperkenalkan perkhidmatan kurier dalam meniaga, kami juga dapat menarik pedagang dengan perniagaan selain makanan dan minuman (F&B) yang sekarang merupakan sebahagian besar penawaran platform kami.”

Beliau sambung, “Sebagai contoh, seorang penjual bunga dari Cameron Highlands kini dapat membuka kedai digital dalam meniaga dan mula menghantar bunga ke Lembah Klang dan selanjutnya.

Peniaga memang sentiasa menikmati pendekatan komisen sifar dan pendaftaran percuma meniaga.

Platform tempahan penghantaran Delyva dibangunkan untuk membantu perniagaan q-dagang dan e-dagang menjimatkan wang dan masa dalam penghantaran, mengekalkan lebih banyak pelanggan, dan berkembang dengan lebih pantas.

Tentang Meniaga

meniaga ialah platform e-dagang yang dimiliki dan dibangunkan sepenuhnya oleh INVOKE Solutions Sdn Bhd. Dilancarkan pada Oktober 2020, meniaga memperkasa perniagaan menjual produk secara percuma dengan komisen dan fi sifar dikenakan terhadap pedagang. Bermula dengan platform Bayar Waktu Terima (COD) pada permulaan pandemik COVID-19, meniaga sekarang menawarkan pembayaran dalam talian dan penghantaran melalui kerjasama dengan rakan penghantaran yang mantap. meniaga percaya bahawa ekonomi yang lebih teguh bagi masyarakat tempatan bermula apabila lebih ramai orang berniaga, dan salah satu cara untuk bermula adalah dengan menjual secara dalam talian. meniaga tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Tentang Delyva

Delyva ialah penyedia penyelesaian penghantaran sehenti bagi sebarang saiz perniagaan. DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran dalam talian yang membantu perniagaan q-dagang dan e-dagang menjimatkan wang dan masa dalam penghantaran, mengekalkan lebih ramai pelanggan, dan membesarkan perniagaan mereka dengan lebih pantas. DelyvaNow menghubungkan perniagaan q-dagang dan e-dagang dengan kurier ekspres dan atas permintaan dengan lancar, memilih kurier terbaik bagi setiap pesanan, di samping menyediakan komunikasi lebih baik dengan penerima. Sementara itu, DelyvaX, yang diperkenal pada lewat 2020, ialah sistem pengurusan penghantaran berasaskan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) bagi mana-mana syarikat yang mahukan fleksibiliti mengurus penghantaran menggunakan penunggang atau pemandu mereka sendiri atau berintegrasi dengan penyedia kurier pilihan atau kedua-duanya. Delyva Sdn. Bhd. berpangkalan di Selangor. Lawati www.delyva.com.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen