Delyva Melancarkan Perkhidmatan Penghantaran Antarabangsa Baharu untuk Bantu PKS Tingkat Jualan Di Rantau Asia

Menyasarkan 100,000 PKS untuk mendaftar menjelang akhir tahun.

Petaling Jaya, 16 Jun 2022 – Delyva Sdn. Bhd. (Delyva) hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa baharu yang menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di Malaysia. Perkhidmatan baharu, yang tersedia sekarang, mempunyai pelbagai penyedia perkhidmatan kurier antarabangsa yang meliputi lebih daripada 100 negara di seluruh dunia dan boleh diakses dengan platform tempahan penghantaran DelyvaNow.

Perkhidmatan baru ini membolehkan penjual PKS mendapatkan kadar yang lebih menjimatkan untuk perkhidmatan kurier antarabangsa dan menjual ke lebih banyak pasaran tanpa mengira jumlah penghantaran atau jumlah perkhidmatan kurier antarabangsa yang digunakan. Mereka juga mendapat akses ciri penjejakan bersatu (unified tracking) di mana mereka dapat mengesan semua penghantaran antarabangsa mereka hanya di satu tempat dan memberikan kemaskini penjejakan masa nyata kepada pelanggan mereka.

Hanif Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Delyva berkata, “Kami perkenalkan perkhidmatan ini setelah menyedari bahawa banyak PKS tempatan menghadapi masalah kerana  tidak mampu membayar kos tinggi perkhidmatan  penghantaran antarabangsa dan kekurangan sumber untuk uruskan logistik.  Kami juga mendapati bahawa beberapa penjual tidak tahu bagaimana untuk melakukan penghantaran antarabangsa.  Delyva menyelesaikan masalah-masalah ini dengan platform tempahan penghantaran kami yang menyelaraskan aliran kerja.  Peniaga PKS dapat jimat masa dan kos dan memberi tumpuan mengembangkan perniagaan!”

Sistem tempahan penghantaran Delyva dapat diintegrasikan dengan mana-mana platform termasuk platform-platform jualbeli dalam talian yang popular, menjadikannya mudah dan cepat bagi penjual untuk menggunakan perkhidmatan baharu terebut untuk penghantaran antarabangsa.

Kadar penghantaran dikemaskini secara automatik ke dalam sistem, membebaskan penjual daripada perlu mengemaskini secara manual. Pembeli, sementara itu, dapat melihat pilihan perkhidmatan kurier semasa ingin membuat pembayaran dan boleh pilih perkhidmatan yang mereka lebih suka gunakan.

“Menguruskan penghantaran antarabangsa tidak lagi membebankan kerana teknologi kami memperkemaskan proses kerja.  Pendigitalan seperti ini boleh mendorong perniagaan menjadi lebih berdaya saing,” jelas Hanif.

Delyva sudah mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membantu PKS menguruskan penghantaran domestik. Dengan perkhidmatan baru ini, ia berharap dapat membantu menggalakkan lebih ramai penjual untuk mempertimbangkan untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka di luar Malaysia.

“Kami berharap dapat menarik sekurang-kurangnya 100,000 PKS untuk mendaftar ke perkhidmatan baharu ini menjelang akhir 2022,” kata Hanif.

Mengenai Delyva

Delyva adalah penyedia penyelesaian penghantaran sehenti untuk perniagaan dari sebarang saiz. DelyvaNow adalah platform tempahan penghantaran dalam talian yang membantu perniagaan e-dagang dan q-dagang menjimatkan masa dan wang untuk penghantaran, mengekalkan lebih banyak pelanggan, dan meningkatkan perniagaan mereka dengan lebih cepat. DelyvaNow menghubungkan perniagaan e-dagang dan q-dagang dengan lancar dengan 20+ rakan kurier (penghantaran segera, penghantaran pada hari yang sama, penghantaran domestik, dan penghantaran antarabangsa) sehingga penjual dapat memilih kurier berprestasi terbaik untuk setiap pesanan, menjangkau lebih banyak pelanggan berpotensi, serta memberikan pengalaman penghantaran yang lebih baik untuk pelanggan.

Sementara itu, DelyvaX, yang diperkenalkan pada akhir 2020, adalah sistem pengurusan penghantaran berasaskan SaaS untuk mana-mana syarikat yang ingin mempunyai fleksibiliti menguruskan penghantaran menggunakan penunggang mereka sendiri atau mengintegrasikan dengan penyedia kurier pihak ketiga pilihan atau kedua-duanya. Delyva Sdn. Bhd. berpusat di Selangor. Lawati www.delyva.com.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen