Delyva Sedia Sistem Penghantaran Untuk Maynuu Bantu Peniaga F&B Kecil Berkembang

Petaling Jaya, 8 Jun 2021 – Delyva Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan bahawa Maynuu Commerce Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mula menggunakan sistem penghantaran yang dibangunkan oleh syarikatnya. Maynuu telah mengintegrasikan platform e-dagangnya yang digunakan oleh peniaga F&B untuk memasarkan produk, dengan sistem pengurusan penghantaran DelyvaX dibangunkan Delyva. Ini bagi membantu para peniaga dalam platform Maynuu mengurus penghantaran segera dengan cekap. Para peniaga tersebut kini boleh menubuhkan pasukan penghantaran sendiri, menambah atau mengeluarkan staf penghantaran daripada pasukan, mengira komisen penghantar, dan memantau aktiviti pengambilan dan penghantaran. Selain itu, para peniaga juga kini boleh guna lebih banyak lagi perkhidmatan penghantaran segera yang ditawarkan melalui sistem Delyva.

Hanif Wahid, CEO of Delyva

Hanif Wahid, CEO Delyva berkata, “Kami seronok dapat bekerjasama dengan Maynuu membantu perniagaan F&B kecil berkembang. Kami nampak ramai peniaga menghadapi kesukaran mengurus penghantaran kerana tidak mempunyai sistem yang betul. Contohnya, banyak yang menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp tetapi kaedah ini tidak cekap bagi mengurus penghantar atau pesanan yang banyak secara serentak. Masalah ini kini selesai, dan peniaga dapat memberi tumpuan kepada kepandaian mereka – membuat makanan dan minuman yang enak dan jual!”

Wafiq Rodzuan, CEO of Maynuu

Wafiq Rodzuan, CEO Maynuu mengulas, “Delyva membantu meringankan beban mengurus penghantaran pesanan dalam kalangan peniaga F&B kami. Lebih daripada 50 peniaga telah sedia mengaktifkan Delyva dalam akaun mereka. Integrasi dengan Delyva membolehkan para peniaga kami mengoptimumkan kos dan menjalankan perniagaan mereka dengan cekap. Kami bangga menjadi sebahagian komuniti Delyva. Pemilik perniagaan kecil En. Mok Chan Heng yang mengusahakan Nono’s Homemade yang menjual makanan seperti kek pandan, melihat integrasi tersebut sebagai berita baik. En. Mok berkata, “Maynuu banyak membantu perniagaan kami. Integrasi dengan Delyva menguntungkan kami kerana pelanggan dapat memilih servis penghantaran yang mereka suka. Pada masa wabak sekarang kami kekurangan pekerja. Jadi, bagus kami boleh mengakses pelbagai perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai daripada satu sumber sahaja. ” Antara peralatan yang disediakan oleh Delyva untuk peniaga F&B yang mempunyai pasukan penghantaran sendiri ialah aplikasi pemandu yang menjadikan pengurusan penghantaran lebih cekap bagi kedua-dua peniaga dan penghantar. Wafiq menambah, “Peniaga tidak perlu risau tentang berbelanja lebih banyak wang untuk IT kerana aplikasi pemandu adalah sebahagian daripada pakej perkhidmatan untuk mereka, apabila mendaftar dengan Maynuu. ”

Maynuu membantu orang ramai mencari kedai makanan dan minuman dengan mudah

Sementara itu, pelanggan yang membuat pesanan menggunakan Maynuu pula boleh mula menggunakan ciri baru menjejak lokasi penghantar, yang disediakan oleh Delyva.

Tentang Delyva

Diasaskan pada 2019, Delyva ialah penyedia penyelesaian penghantaran sehenti bagi pelbagai saiz perniagaan. Aplikasinya DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran yang menyediakan pelanggan dengan berbilang pilihan perkhidmatan supaya mereka dapat memilih perkhidmatan yang memenuhi keperluan mereka. Sementara itu, DelyvaX, yang diperkenalkan pada lewat 2020, ialah sistem pengurusan penghantaran berasaskan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) bagi syarikat e- dagang dan penyedia perkhidmatan penghantaran. Dengan DelyvaX, pelanggan mempunyai kebebasan mengurus penghantaran menggunakan pemandu atau penunggang penghantaran sendiri dan/atau berintegrasi dengan penyedia perkhidmatan kiriman cepat pihak ketiga pilihan mereka. Delyva Sdn. Bhd. berpangkalan di Selangor. Lawati www.delyva.com.

Tentang Maynuu

Maynuu lahir hasil keperluan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, ketiadaan integrasi ringkas antara perkhidmatan penghantaran dan gerbang pembayaran dalam penyelesaian sedia ada, dan proses membuat pesanan yang rumit dalam platform e-dagang tipikal. Dengan Maynuu, mana- mana peniaga F&B dapat memiliki platform pesanan yang mereka kawal dan senggara sendiri, sambil mengurangkan kos daripada sehingga 42% langsung sehingga 0%. Maynuu telah menjimatkan lebih RM500,000 bagi 600 peniaga F&B dan pelanggan. Lawati maynuu.com untuk maklumat lanjut.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen