Sebelum itu siapakah yang layak digelar sebagai seorang akauntan?. Di Malaysia, seorang akauntan perlu mendapat pengiktirafan dari Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountant) yang membawa gelaran Chartered Accountant. Seorang akauntan perlulah mempunyai pengetahuan dalam merekod data kewangan. Berupaya untuk menyiapkan laporan kewangan penuh termasuk laporan untung-rugi, kunci kira-kira dan aliran tunai dengan betul. Seorang akauntan juga perlu mempunyai kemahiran untuk melapor aktiviti kewangan sesebuah organisasi. Serta membantu pihak pengurusan untuk membuat keputusan dengan pengetahuan kewangan yang lengkap.
Kebanyakan syarikat yang gagal dalam perniagaan mereka adalah disebabkan kegagalan dalam mengurus syarikat dengan baik. Pengurusan syarikat yang baik berkait rapat dengan pengurusan kewangan. Adakah ia punca utama kegagalan? Mungkin tidak, punca utama kegagalan syarikat adalah bilamana syarikat atau perniagaan gagal dalam menjual produk atau servis yang mereka tawarkan.
Bagaimana anda tahu sama ada anda perlukan seorang akauntan atau tidak?
#1 – Tidak mempunyai laporan kewangan atau laporan tidak lengkap
Sebenarnya ramai saja peniaga atau usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa laporan kewangan atau dengan laporan kewangan yang tidak lengkap. Tetapi masih mampu beroperasi dan kadang kala perniagaan masih lagi maju tanpa ada masalah aliran tunai. Tetapi, jika mempunyai laporan kewangan yang lengkap. Peniaga atau usahawan dapat mengetahui jumlah sebenar untung-rugi, hutang yang perlu di bayar dan jumlah hutang yang perlu dikutip.
#2 – Tidak tahu sama ada laporan kewangan menggambarkan prestasi sebenar perniagaan
Keadaan ini biasanya berlaku dalam suatu organisasi yang mempunyai pegawai akaun atau book-keeper. Dan mempunyai perisian perakaunan tetapi kurang pengalaman atau kemahiran dalam penyediaan dan analisa laporan kewangan. Dalam keadaan begini, laporan kewangan tidak memberi sebarang makna dalam perniagaan anda dan tidak dapat membantu anda dalam mengurus perniagaan dengan lebih baik. Rekod kewangan yang tidak betul boleh mengakibatkan masaalah dikemudian hari seperti perkara nombor 3.
#3 – Cukai yang perlu dibayar tidak selari dengan kedudukan kewangan perniagaan
Kadang-kadang dalam bisnes usahawan atau peniaga tidak begitu mengambil berat tentang apa yang direkodkan dalam akaun. Invois dikeluarkan sesuka hati dan perbelanjaan yang tidak direkodkan. Usahawan juga perlu tahu perbelanjaan apa yang boleh ditolak untuk mengurangkan cukai dan perbelanjaan apa yang tidak dikira dalam pengiraan keuntungan perniagaan atau syarikat.
#4 – Tidak mampu membuat keputusan dengan jelas
Ada juga usahawan yang berjumpa saya kerana tidak dapat membuat keputusan jelas berkenaan masa hadapan syarikat. Mereka merasa ragu-ragu sama ada boleh membelanjakan wang mereka di bank. Perasaan ini biasanya timbul kerana tidak cukup maklumat kewangan yang boleh mereka gunakan untuk membuat keputusan.
#5 – Tidak tahu untuk membuat unjuran kewangan atau merancang masa depan syarikat atau perniagaan
Kadangkala usahawan merasakan membuat unjuran kewangan atau bajet atau belanjawan adalah sesuatu yang sia-sia. Ini mungkin disebabkan unjuran yang di buat berdasarkan agak-agak. Tidak mempunyai rekod kewangan terdahulu, atau rekod kewangan yang boleh diguna pakai boleh mengakibatkan keadaan tersebut. Unjurang kewangan menggunakan rekod yang salah akan mengakibatkan unjuran yang salah. Selain rekod kewangan lampau, pengetahuan tentang transaksi kewangan juga penting untuk membuat unjuran yang lebih tepat.
Konklusi
Menggajikan seorang akauntan bukanlah murah, lebih-lebih lagi yang berpengalaman untuk membantu anda didalam perkara-perkara di atas. Selain dari menggaji seorang akauntan, anda juga boleh outsource perkhidmatan seorang akauntan dengan kadar yang lebih murah bagi membantu anda dalam menganalisa akaun dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai akaun anda supaya menjadi lebih cekap.
Bacaan lanjut: Rancangan Perniagaan / Business Plan.
Artikel oleh Tuan Ahmad Rizal Abd Razak, Director SASCO Sdn Bhd dan mantan Vice President Cradle Fund Sdn Bhd.
SASCO Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bantuan penyediaan strategi, perlaksanaan dan perancangan strategik perniagaan. Untuk mendapatkan khidmat perundingan perniagaan, sila WhatsApp ke +60123156916 untuk menetapkan temujanji.
Featured Image: https://www.freepik.com/free-photos-vectors/business