Nota Tepi: Belajar Tentang Konten

Nota Tepi: Belajar Tentang Konten

Sebagai usahawan, memasarkan produk dan idea anda adalah satu perkara yang penting. Di zaman sosial media ini, proses tersebut menjadi lebih mudah. Tetapi, anda perlu faham dan tahu
cara yang berkesan supaya konten yang ingin anda ketengahkan menjadi lebih mudah difahami, serta sampai kepada bakal pelanggan.

Berikut adalah tips-tips yang bermanfaat untuk diikuti. Tips ini telah dikongsikan oleh Datuk Roslan Abdul Hamid di halaman Facebook beliau, disusun semula untuk mempermudahkan pembacaan.

Perihal Konten

Ada empat jenis konten. Teks, gambar, audio dan video. Tiga hal utama apabila mahu buat konten dalam dunia internet sekarang iaitu nilai. Apa untungnya untuk audiens dan menggunakan media yang tepat.

#1 – Nilai

Apa tujuan kita buat konten. Apakah ia sejajar dengan nilai yang kita kumandangkan ataupun apakah ia sama dengan nilai produk dan khidmat yang kita tawarkan ini.

#2 – Apa Untungnya Untuk Audiens

Mereka akan tanya “What is it for me?” Setiap orang ada ego. Mereka tidak datang hanya untuk baca ego besar kita. Mereka mahu ego mereka dihargai. Mula tawarkan tiga acuan dalam konten konten kita.

1) Acuan how to.
2) Acuan menjelaskan.
3) Acuan menghiburkan.

#3 – Pilih Media Yang Tepat

Dunia masa kini mahukan gambar dan video. Mulakan youtube dan instagram. Garisbawahi berkata, “Jangan buat konten sampah penuh sumpah seranah” dan Neil Patel berpesan, “Create content that teaches. You can’t give up. You need to be consistently awesome.”

 


Datuk Roslan Abdul Hamid adalah seorang Pakar Pengucapan Awam, Guru Bisnes dan Komunikasi.

Featured Image: Background photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen