Pemasaran boleh menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh setiap perniagaan, dan ia boleh melibatkan kos yang mahal. Tiada siapa yang mahu menghabiskan ribuan ringgit dalam taktik pemasaran, hanya untuk melihat hasil yang mengecewakan apabila kempen pemasaran berakhir. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari terdapat taktik yang mereka boleh bereksperimen dengan kos yang rendah.
Berikut adalah empat taktik pemasaran kos rendah yang mungkin berfungsi untuk mewujudkan kesedaran, dan menetapkan hala tuju perniagaan anda.
#1 – Bekerjasama Dengan Perniagaan Lain
Bekerjasama dengan perniagaan yang lain boleh menjadi cara terbaik untuk memperlihatkan perniagaan anda wujud. Cari perniagaan yang sesuai dengan perniagaan anda, dan mempunyai sasaran pelanggan yang sama. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual tudung, anda boleh bekerjasama dengan butik atau kedai jahit yang berdekatan.
Anda boleh bekerjasama dalam pelbagai cara yang berbeza. Sama ada dengan cara meletakkan maklumat perniagaan yang ringkas dalam laman web, media sosial seperti facebook atau di premis perniagaan satu sama lain.
Anda juga boleh menjalinkan kerjasama dengan perniagaan lain yang di luar aktiviti perniagaan. Lagi ramai yang boleh anda bekerjasama, lebih luas peluang untuk mempromosikan aktiviti perniagaan anda.
#2 – Jalankan Promosi Bertema
Promosi bertema yang diadakan pada hari tertentu, atau masa tertentu dalam setiap tahun boleh menjadi sangat berkesan untuk membuatkan pelanggan mengejar dan ternanti nantikan jualan anda.
Ini amat berkesan apabila dijalankan secara konsisten dan teratur supaya corak promosi tertanam dalam fikiran pelanggan. Sebagai contoh, anda boleh mengadakan jualan promosi pada musim cuti sekolah atau promosi setiap hari ahad dengan potongan harga yang menguntungkan pelanggan.
#3 – Memperkenalkan Program Rujukan/Referral
Pelanggan baru sangat bernilai buat anda, dan pelanggan sedia ada boleh menjadi jentera mendapatkannya untuk anda. Fikirkan tentang mewujudkan program rujukan yang memberi ganjaran kepada para pelanggan yang terlibat dan aktif dalam mempromosikan perniagaan anda kepada rakan dan keluarga mereka untuk melanggan jualan anda.
Sebagai contoh, butik tudung boleh memberi ganjaran kepada pelanggan yang sedia ada, satu tudung percuma atau diskaun istimewa apabila mereka membawa rakan mereka untuk membeli di premis anda. Oleh kerana anda hanya akan mengeluarkan kos apabila benar-benar mendapat pelanggan baru, ia tidak merugikan dibandingkan dengan mengeluarkan kos wang yang banyak untuk pengiklanan yang belum pasti ada pulangan.
#4 – Melibatkan Diri Dalam Perbualan Dalam Talian
Anda mungkin sudah mempunyai platform media sosial untuk perniagaan anda dan selalu menulis tentang apa yang telah anda lakukan. Walau bagaimanapun, dengan meluangkan masa untuk meneroka penulisan orang lain yang bukan sekitar aktiviti dan industri perniagaan anda boleh mendatangkan manfaat. Antaranya,
1 – Sertai sembang Twitter sebagai seorang pakar.
2 – Cari individu yang suka dengan apa yang anda lakukan.
3 – Mengikuti mereka.
4 – Melibatkan diri dengan mereka.
Sebagai contoh, jika anda adalah seorang penjual jus buah, cari orang di media sosial yang menulis tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya, ikuti mereka dan menjadi sebahagian daripada pengikut mereka. Dengan cara ini, anda mudah untuk mempromosikan perniagaan anda tanpa melakukan kesilapan penulisan kerana anda tahu apa yang diperlukan oleh bakal pelanggan.
Featured Image: Designed by mindandi / Freepik