NEXEA Bekerjasama dengan MDEC Lancar Entrepreneurs Programme untuk Usahawan Teknologi Tempatan

NEXEA Bekerjasama dengan MDEC Lancar Entrepreneurs Programme untuk Usahawan Teknologi Tempatan

Kuala Lumpur, 19 Mei 2020 – NEXEA Angels Sdn. Bhd. (“NEXEA”) bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan Entrepreneurs Programme, forum persendirian eksklusif bagi para CEO syarikat pemula niaga tempatan belajar dan berkembang bersama. Program baharu ini menawarkan pembelajaran antara sebaya bagi membantu para CEO syarikat pemula niaga mencari penyelesaian terhadap isu-isu perniagaan mereka. Selain itu, ia juga menyediakan mentor-mentor berpengalaman serta perjumpaan sehari penuh bulanan eksklusif. 20 CEO syarikat pemula niaga tempatan sedang berdaftar dalam program yang bermula bulan ini. MDEC ialah sebahagian daripada inisiatif sebagai penaja program.

Entrepreneurs Programme NEXEA dilancarkan secara rasmi oleh Gopi Ganesalingam, Naib Presiden Bahagian Pemecut Pertumbuhan Global MDEC, pada acara maya yang diadakan hari ini.

Ben Lim, Rakan Pengurusan NEXEA berkata, “Konsep kumpulan CEO antara sebaya yang diperkenalkan dalam Entrepreneurs Programme kami berfaedah bagi para peserta. Kami mengumpulkan CEO dalam forum eksklusif supaya mereka dapat memperoleh secara langsung perspektif rakan sebaya yang mungkin telah mempunyai pengalaman menyelesaikan masalah yang serupa. Ini penting kerana membuat keputusan eksekutif mungkin sukar bagi usahawan baru, terutamanya apabila menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku dahulu seperti wabak Covid-19.

Entrepreneurs Programme NEXEA melengkapi pergerakan #DIGITALvsCOVID MDEC yang bertujuan memanfaatkan teknologi digital bagi menyokong orang ramai, usahawan, dan perniagaan menghadapi cabaran ekonomi yang disebabkan wabak tersebut. “Kami memuji inisiatif ini, yang membolehkan syarikat pemula niaga meneroka peluang kerjasama, pembelajaran, dan perniagaan yang terlindung di sebalik kacau bilau sekarang. Di samping perkongsian amalan keusahawanan terbaik, platform ini juga berpotensi menjana penyelesaian teknologi baharu bagi memenuhi kehendak kelaziman baharu yang tidak pernah berlaku dahulu.,” kata Gopi.

“Kami nampak usahawan sekarang bersusah-payah memastikan perniagaan terus bertahan. Pada masa yang sama, mereka juga perlu bersedia untuk kesan jangka panjang yang bakal disebabkan oleh wabak. Jadi, dalam Entrepreneurs Programme kami mempunyai usahawan berpengalaman yang mempunyai rekod prestasi perniagaan yang berjaya sebagai mentor untuk memberi panduan dan sokongan lain kepada peserta program,” komen Lim selanjutnya.

“Kami gembira mempunyai MDEC turut serta bekerjasama dengan kami dalam usaha ini. Penglibatan mendalam mereka dalam ekosistem syarikat pemula niaga di Malaysia memainkan peranan penting menjadikan Entrepreneurs Programme NEXEA kenyataan,” tambah Lim.

Low Ziwei, CEO dan pengasas ZCOVA, yang baru sahaja menyertai program baharu ini berkata, “Kami menanti-nantikan Entrepreneurs Programme ini. Kami percaya program ini dapat mengumpulkan para pembuat keputusan dalam ekosistem keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke mercu lebih tinggi melalui perkongsian idea, pandangan berguna, dan sumber daripada mentor yang berpengalaman dan berkaitan.”

“Syarikat pemula niaga boleh memohon untuk menyertai program melalui laman web kami, dan kami akan meneliti setiap permohonan. Program berjalan secara berterusan dan tiada tarikh tamat untuk memohon,” jelas Lim.

Entrepreneurs Programme NEXEA ialah forum persendirian eksklusif Malaysia bagi usahawan teknologi tempatan belajar dan berkembang bersama. Ia terbuka kepada syarikat pemula niaga dari peringkat idea ke pertumbuhan, dalam mana-mana industri. Program membantu pengasas syarikat pemula niaga menyelesaikan masalah-masalah tahap CEO secara sistematik dan berkembang dengan lebih pantas secara peribadi, berkembang sebagai ketua, dan membangunkan perniagaan mereka. Program ialah inisiatif NEXEA Academy, cabang pendidikan NEXEA. Maklumat lebih lanjut terdapat di https://academy.nexea.co/entrepreneurs-programme.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen