4 Cara Berurusan Dengan Sikap Buruk Pekerja

4 Cara Berurusan Dengan Sikap Buruk Pekerja

Mempunyai pekerja yang mempunyai masalah sikap, jika tidak ditangani akan meninggalkan kesan yang tidak baik. Secara tidak langsung mereka ini akan membawa sikap negatif yang mendatangkan kesan dan penurunan produktif kepada pekerja yang lain. Pelanggan akan mudah tersinggung dan tidak berpuas hati jika berurusan dengan pekerja sebegini.

Sebagai pemilik perniagaan kecil, anda seharusnya mengambil pendekatan proaktif dan cari penyelesaian bagaimana hendak menghalang mereka daripada menimbulkan kekacauan kepada organisasi, pekerja dan pelanggan anda.

Berikut 4 cara yang dicadangkan untuk mengatasi isu ini.

#1 – Memantau

Perhatikan dan buat catatan sikap buruk pekerja supaya anda boleh merujuknya kemudian. Bercakap secara peribadi dan beritahu pekerja bermasalah bahawa anda sedang memerhatikan mereka. Beri contoh jika diperlukan, minta pekerja untuk menjelaskan sebab-sebabnya.

#2 – Menilai

Sedia mendengar mengapa mereka bersikap sedemikian. Jika mereka kecewa dengan keadaan di tempat kerja, cuba bantu dan selesaikan jika boleh. Jika mereka tidak dapat memberikan sebab mengapa mereka berkelakuan sedemikian, terus terang sahaja bahawa anda tidak boleh menerima dan bertolak ansur dengan sikap negatif tersebut.

Terangkan bagaimana sikap buruk mereka boleh mempengaruhi anda, rakan sekerja dan tahap produktiviti organisasi. Jelaskan akibatnya; amaran lisan, amaran bertulis dan penggantungan akan dilaksanakan, jika tiada perubahan dan meneruskan sikap negatif tersebut.

#3 – Menjelaskan

Jika mereka tidak mahu mengakui bahawa sikap negatif mereka menimbulkan suasana kerja yang tidak produktif. Minta mereka untuk menjadi diri anda, dan minta apa yang mereka akan lakukan jika berhadapan dengan pekerja yang mempunyai sikap negatif sepertinya.

Gunakan bahan dari catatan yang lalu untuk menggambarkan sikap negatif tersebut. Ini sedikit sebanyak boleh membantu menyedarkan mereka kesan kelakukan tersebut kepada orang lain.

#4 – Melaksanakan

Laksanakan tindakan disiplin atau memberi sokongan kepada pekerja yang diperlukan. Puji mereka jika berjaya mengubah sikap tersebut.

Kesimpulan

Sesetengah pekerja mungkin mempunyai masalah di luar kerja yang mempengaruhi sikap buruk mereka. Sekiranya ini berlaku, dorong mereka untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah ini. Bersabar apabila menghadapi pekerja dengan sikap sebegini. Sentiasa buat penilaian sikap dan prestasi setiap pekerja.

Sesetengah pekerja mungkin cuba untuk menafikan masalah sikap mereka. Jangan abaikan tingkah laku buruk ini, kerana ia boleh menjadikan ia sebagai satu kebiasaan kepada pekerja lain.

 


Featured Image: Business photo created by senivpetro – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen