Nota Tepi: Selamatkan Syarikat Kita

Nota Tepi: Selamatkan Syarikat Kita

Sepanjang hampir 30 tahun dalam perjalanan keusahawanan. Saya lihat banyak syarikat tumbang. Dari syarikat yang jualannya beratus juta sampai syarikat yang jualannya puluhan juta.

Strategi Selamatkan Syarikat

Apabila ini berlaku, buat 3 perkara ini dahulu. Apakah sebab jualan merundum? Bercermin muka sebelum berkaca mata.

#1 – Punca utama pada pendiri syarikat yang suka bolot kuasa. Mereka “kedekut” untuk bawa pengurus profesional. Ada dua punca, internal dan external. Dalaman dan luaran. Kenal pasti segera.

#2 – Kemudian buat analisa, Apakah simptomnya? Internal atau external. Jujur. Selalunya juga internal.

#3 – Seterusnya, langkah ketiga, buat feasibility analysis. Ini akan libatkan strategic audit. Dan kena segera outline new plan.

Apabila 3 langkah pertama selesai, lantik Chief Executive baru. Tiga ciri yang perlu dicari iaitu :

#1 – strategist
#2 – Master tactician
#3 – First class leader

Panjang pencerahan untuk tiga ciri ini. Demikian lah 4 perkara awal pengarah syarikat perlu buat apabila berdepan dengan cabaran jualan merundum. Cash Flow yang tersekat dan tersumbat dan bisnes hampir hilang pengkalan.

Selesaikan 4 perkara ini kemudian baru masuk kepada fasa ke 5 sampai fasa ke 10, untuk turn-round a company.

Langkah Akhir

Apabila syarikat kita bermasalah, inilah cabaran bagi Leadership in Company rescues.

Sayangnya banyak pendiri syarikat lebih rela syarikat mereka mati berkubur dari melangkah ke tepi membiarkan orang berkelayakan menghidupkan syarikat mereka.

Ada empat perkara yang akan tentukan hidup mati syarikat.

#1- Buat perkara paling teruk dahulu

Metaforanya tiga perkata, “cuci tandas tersumbat, bakar sampah sarap keliling rumah dan pancung kepala panglima perang yang tidak hasilkan keputusan” faham ini bahasa tersirat. Jangan pergi cuci tandas pula. Dengan buat “tiga perkara” ini, ahli pasukan akan faham CEO bersungguh. Besi sama besi, sampai perlu hanyut ke tepi. Berlaku adil. Usah ada kroni, korupsi dan nepotisme.

#2 –Turun ke medan 

Bercakap dengan pasukan. Fahami apa yang berlaku. Kumpulkan informasi, terangkan taktik dari minda strategist. 5 hari di medan lebih menjelas terangkan duduk perkara dari berbulan meeting dalam bangunan pejabat.

#3 – CEO adalah contoh

Satu dari punca kejatuhan apabila orang nombor satu atau nombor dua, masuk kerja lewat. Jam 10 pagi baru mula masuk. Pembaziran pada peringkat atasan. Dan banyak lagi. Kepimpinan melalui teladan adalah kunci kejayaan. Ia adalah satu dari ratusan kunci yang lain.

#4 – Galakkan keterujaan dalam pasukan

Triple seronok, Tronok. Miskin tapi gembira kata Jack Ma. Hargai idea. Benarkan pasukan untuk berlapang dada. Beri hadiah dan insentif kepada prestasi pencapaian.

 


Nota tepi ini disusun semula dari penulisan asal di blog Datuk Roslan Abdul Hamid.
Datuk Roslan Abdul Hamid adalah seorang Pakar Pengucapan Awam, Guru Bisnes dan Komunikasi.

Featured Image: pixabay.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen