Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian. Pastinya kita mahu mengautomasikan perniagaan yang dijalankan. Jika sebelum ini kita banyak menghabiskan masa untuk mengurus tempahan melalui WhatsApp, kini banyak aplikasi web yang diwujudkan untuk memudah dan menjimatkan masa bagi tujuan mengurus tempahan tersebut. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah Sistem Ordersini.
Ordersini merupakan sistem pengurusan perniagaan yang memudahkan penjual mengurus produk dan tempahan pembeli. Ordersini dibangunkan khas dilengkapi ciri-ciri yang menarik dan sesuai dengan konsep jual beli di Malaysia.
3 Langkah Mudah Untuk Menguruskan Tempahan
1 – Masukkan produk anda
Masukkan produk anda ke Ordersini mengikut kategori yang disediakan sama ada produk digital, variasi, tidak variasi, tiket atau perkhidmatan.
2 – Hantar pautan produk kepada pelanggan
Beri pelanggan anda pautan produk supaya pelanggan boleh membeli terus dengan semudah mengisi maklumat tempahan yang diperlukan.
3 – Menerima dan urus tempahan
Tempahan yang diterima boleh disemak di halaman pentadbir iaitu halaman penjual. Anda boleh menguruskan tempahan dan menghantar tempahan.
Ordersini menawarkan produk tanpa had untuk dimasukkan ke dalam sistem tanpa caj tambahan lain. Selain memudahkan tempahan, anda juga boleh mendapatkan laporan pembelian dengan hanya beberapa klik mengikut laporan yang diperlukan seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan.
Anda juga menguruskan ejen affiliate, ejen jualan ataupun ejen dropship? Ya, Ordersini dilengkapi juga sistem ejen bagi memudakan pengurusan ejen dan anda boleh teruskan mengurus jualan seperti biasa tanpa perlu memeningkan kepala mengurus pembelian ejen melalui WhatsApp atau sebagainya.
Apa lagi kelebihan Ordersini?
Ordersini telah dibangunkan sejak 2016 dan sentiasa dinaiktaraf dari semasa ke semasa dengan penambahan ciri-ciri baharu. Berikut adalah kelebihan lain menggunakan Ordersini :
1 – Panel pentadbir yang mesra pengguna
Ordersini dibangunkan dengan teknologi terkini yang memberi paparan halaman yang menarik serta mesra pengguna.
2 – Pilihan cara pembayaran
Perbankan dalam talian secara manual dan CDM adalah antara fungsi awal. Kini telah ditambahbaik dengan integrasi pembayaran menggunakan FPX seperti Billplz dan Toyyibpay.
3 – Pilihan kurier penghantaran dan logistik
Penjual boleh menetapkan pilihan kurier penghantaran yang digunakan mengikut perniagaan masing-masing.
4 – Cipta kupon tanpa had
Penjual boleh memberi kupon tanpa had kepada bakal pembeli dengan menawarkan tawaran-tawaran yang sesuai.
5 – Pakej upsell & bundle
Tingkatkan jualan anda dan jana lebih banyak pendapatan dengan menggunakan kaedah upsell dan cross-sell yang telah disediakan di Ordersini.
6 – Integrasi FB Pixel dan Google Retargeting
Mengikut perkembangan pemasaran terkini, Ordersini menyediakan fungsi integrasi FB Pixel dan Google Retargeting dengan mudah.
7 – Meta Tag untuk SEO
Setiap pautan produk akan merangkumi nama produk dan keterangan ringkas untuk membolehkan produk anda rank di enjin carian seperti Google.
8 – Notifikasi jualan di e-mel dan Telegram
Notifikasi jualan akan dihantar terus melalui e-mel dan Telegram supaya anda tahu ada jualan berlaku.
9 – Social proof
Pop-up jualan akan ditunjukkan di halaman landing page produk. Pelawat akan lebih yakin dan percaya dengan urusniaga yang berlaku dan mampu menarik lebih ramai pembeli.
Antara fungsi yang banyak membantu mengautomasikan jualan adalah integrasi payment gateway menggunakan Billplz atau Toyyibpay kerana tidak perlu menyemak sama ada pembayaran telah dilakukan ke akaun bank atau belum.
Selain itu, aplikasi telefon bagi pengguna Android boleh dimuat-turun di Play Store. Tetapi, aplikasi ini berkonsepkan webview dari web sahaja dan bukanlah betul-betul aplikasi telefon seperti aplikasi yang lain. Bagi penulis, jika anda tidak menggunakan aplikasi telefon ini pun tidak mengapa kerana anda boleh mengakses menggunakan pelayan web seperti Chrome, Firefox atau Safari seperti biasa.
Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan mengikut ciri-ciri yang disediakan. Pengguna boleh melanggan dengan pilihan sebulan, 6 bulan atau setahun. Sekiranya langganan telah tamat atau tidak diteruskan, panel pentadbir akan dihadkan sahaja dan tiada caj tambahan untuk meneruskan kembali langganan. Ini adalah pilihan yang tepat dan baik bagi pengguna yang memfokuskan penggunaan hanya pada bulan-bulan tertentu seperti pengguna yang menjalankan perniagaan kelas atau seminar.
Kesimpulan
Ordersini membantu ramai penjual mengautomasikan perniagaan dari urusan pembelian, stok, laporan jualan dan sebagainya. Ordersini juga menyediakan akaun demo untuk anda mencuba dan memahami fungsi-fungsi yang ada sebelum anda membuat keputusan untuk melanggan sistem ini.
Website: OrderSini.com
Featured Image: Business photo created by freepik – www.freepik.com