SimpanKira: Tentang Kita Atur Bisnes

SimpanKira: Tentang Kita Atur Bisnes

Penggunaan teknologi dalam perniagaan adalah satu keputusan yang tepat dan menjadi keperluan buat masa kini. Sebagai usahawan yang berfikiran up-to-date. Mengambil tahu dan cuba-suai dengan perisian terkini, telah menjadi satu rutin dalam melancarkan operasi perniagaan. Sama ada, anda seorang usahawan pakar runding, kontraktor kelas F atau cuba-cuba berniaga sambil bekerja. Menjadi satu kewajipan, setiap transaksi dan aturan projek mesti dikemaskini dan dipantau.

Tentang SimpanKira

Produk keluaran syarikat Global Digital Technologies Sdn Bhd yang diasaskan oleh Tuan Mohd Farid Mohd Nor. SimpanKira adalah sebuah perisian online yang ditawarkan sebagai servis. Berfungsi untuk merekodkan transaksi perniagaan, dengan menghasilkan dokumen yang berkaitan dengan kewangan seperti Invois, Sebutharga, Expenses dan lain lagi. Disamping itu tersedia juga fungsi Pengurusan Projek. Dibangunkan khusus untuk usahawan perniagaan servis, seperti freelancers atau project consultant.

Walaupun direka khusus untuk perniagaan servis. Pemilik perniagaan konvesional seperti menjual karpet, masih perlu menggunakan perisian ini bagi tujuan merekodkan transaksi perniagaan.

Fungsi Pengurusan Projek membolehkan freelancers, menetapkan upah servis mengikut tempoh masa, atau bayaran tetap. Dalam pada masa yang sama, freelancers boleh menetapkan bajet bagi sesuatu projek. Sama ada mengikut jumlah masa yang diperuntukkan atau jenis tugasan yang perlu dilakukan bagi projek tersebut. Fungsi ini memberikan keselesaan dan fleksibiliti buat freelancers dalam kaedah meminta bayaran kepada pelanggan mereka.

Menerusi fungsi yang sama, freelancers juga boleh mengisikan rekod masa ke dalam timesheet. Bertujuan mengawasi jumlah masa yang telah digunakan dalam menyempurnakan satu-satu projek. Disamping itu, ia juga untuk memantau jumlah kos dalaman yang telah dikeluarkan. Freelancer juga boleh menuntut segala perbelanjaan yang ditanggung dengan menggunakan fungsi invois yang tersedia didalam sistem.

Pengasas SimpanKira Tuan Mohd Farid Mohd Nor
Pengasas SimpanKira Tuan Mohd Farid Mohd Nor
Perisian SimpanKira
Antaramuka Perisian SimpanKira

Berikut adalah fungsi-fungsi yang terdapat dalam SimpanKira.

Rekod Tunai

1 – Pengguna boleh mencipta akaun Bank dan menguruskan transaksi tunai samada jualan atau belian.

2 – Pengguna juga boleh menghasilkan Voucher Pembayaran dan Resit Jualan secara automatik selepas merekodkan transaksi tunai. Dokumen Voucher Pembayaran atau Resit Jualan boleh dihantar secara terus menerusi software ini.

Sebutharga

1 – Boleh menghasilkan sebutharga secara online.

2 – Pengguna boleh menghantar sebutharga terus kepada prospek menerusi software ini. Prospek boleh membuat keputusan samada setuju atau pun tidak dan terus berinteraksi dengan sebutharga ini.

3 – Pengguna juga boleh mendapat tahu status sebutharga ini samada telah dilihat oleh prospek atau pun tidak.

Invois Pelanggan

1 – Boleh dihasilkan menerusi sebutharga yang telah dipersetujui oleh pihak pelanggan.

2 – Invois boleh dihantar terus kepada pelanggan melalui perisian ini.

3 – Terima bayaran secara online melalui perbankan internet. Sedia digunakan jika pengguna mempunyai akaun BillPlz.

4 – Pengguna juga boleh mencetak invois dalam format PDF.

5 – Pengguna boleh merekodkan bayaran yang diterima bagi invois ini dan secara automatik menghantar Resit Bayaran yang diterima kepada Pelanggan.

Invois Pembekal

1 – Pengguna boleh merekodkan invois Pembekal.

2 – Pengguna boleh merekodkan juga bayaran kepada Pembekal.

3 – Pengguna boleh secara automatik menghantarkan Voucher Pembayaran secara terus kepada Pembekal melalui software ini.

Pesanan Belian

Pengguna boleh mencipta pesanan belian atau Purchase Order dan hantar terus kepada Pembekal. Di dalam dokument tersebut, pengguna boleh meletakkan alamat penghantaran dan pegawai yang bertanggungjawab.

Pengurusan Projek

1 – Timesheet.

2 – Rekod Kewangan Projek.

3 – Invois Projek.

4 – Tuntutan Belanja.

Rekod Kewangan

1 – Rekod Penghutang..

2 – Rekod Pemiutang.

3 – Rekod Buku Lejer.

4 – Rekod Transaksi.

5 – Rekod Imbangan Duga.

6 – Rekod Penyata Untung Rugi.

7 – Rekod Aliran Tunai.

Jika anda ingin mencuba atau mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan sistem ini, informasi tentang SimpanKira boleh dicapai seperti dibawah:

Dikemaskini: 16 Feb 2021
Global Digital Technologies Sdn Bhd
Tuan Mohd Farid Mohd Nor
Lama Web: SimpanKira.com
Telefon: 019-382 4406
E-mel: [email protected]
Facebook Page: SimpanKira
 

Featured Image: Travel photo created by zirconicusso – www.freepik.com


Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen