Perbezaan Usahawan dan Peniaga

Perbezaan Usahawan dan Peniaga

Seorang ahli perniagaan atau peniaga melakukan rutin dan menjalankan perniagaan yang sudah sedia ada. Tetapi, seorang usahawan akan melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan, seperti menampilkan produk dan idea yang baharu. Ramai yang salah faham tentang maksud peniaga dan usahawan, dan selalu menggunakan istilah peniaga dan usahawan secara berganti-ganti.

Seorang peniaga adalah orang yang melakukan perniagaan yang sudah sedia ada, seperti menjalankan perniagaan kedai kek. Sebaliknya, seorang usahawan adalah orang yang memulakan sesuatu perniagaan, idea atau inovasi yang baharu dan belum wujud lagi, sebagai contoh twitter. Dan melalui perniagaan yang baharu ini, akan meletakkan perniagaan mereka sebagai market-leader.

Dalam jangka masa panjang, seorang usahawan akan bertukar menjadi peniaga. Tetapi, ia tetap akan ada perbezaan. Dalam bahasa mudah, seorang usahawan adalah pemimpin pasaran manakala peniaga adalah pemain pasaran. Usahawan mencipta sesuatu, Peniaga menjalankan apa yang dicipta. Dalam artikel ini, akan diterangkan sehabis baik perbezaan antara peniaga dan usahawan.

Definisi Peniaga

Seseorang yang terlibat dalam menjalankan apa-apa aktiviti, yang berkaitan dengan tujuan komersial dan perindustrian dikenali sebagai Peniaga. Dan menubuhkan perniagaannya sebagai peserta baru di pasaran untuk perniagaan yang sedia ada. Kebanyakan peniaga akan menjalankan perniagaan yang mempunyai permintaan tinggi atau yang boleh membuat keuntungan besar tanpa perlu mengambil kira keunikan perniagaan tersebut.

Walaupun faktor risiko dan peluang untuk gagal rendah. Seorang peniaga akan menghadapi persaingan yang kuat, kerana terdapat ratusan peniaga yang sudah ada di pasaran dan menjalankan perniagaan yang sama.

Objektif utama peniaga menyertai aktiviti ekonomi adalah untuk menjana pendapatan dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan intelektual. Oleh itu, pelanggan akan dianggap seperti raja dalam perniagaan oleh peniaga.

Definisi Usahawan

Seorang usahawan adalah orang yang menampilkan idea atau konsep yang unik untuk memulakan sebuah perniagaan dan menjadikannya realiti. Dan seorang yang sanggup menanggung risiko dan ketidakpastian  dalam perniagaan. Perniagaan yang diusahakan oleh usahawan ini dikenali sebagai Syarikat Permulaan atau Startup Company, yang dibentuk buat kali pertama memfokuskan mengenai idea, inovasi dan proses perniagaan. Usahawan ini tidak akan memperdulikan pesaing yang akan datang, kerana kedudukan mereka tidak tergugat.

Dalam bidang ekonomi, usahawan dianggap sebagai faktor utama pengeluaran, yang mengumpulkan dan menggerakkan tiga faktor pengeluaran lain seperti tanah, tenaga kerja dan modal. Dalam jangka masa panjang, usahawan ini akan menjadi peniaga.

Usahawan terkenal dengan pendekatan kreatif mereka. Mereka memperkenalkan inovasi dan menyelaraskan sumber. Mereka menawarkan produk dan perkhidmatan yang membawa perubahan di dunia.

Perbezaan Utama Antara Peniaga dan Usahawan

Berikut adalah perbezaan antara peniaga dan usahawan:

  1. Orang yang membawa idea uniknya untuk menjalankan syarikat permulaan dikenali sebagai usahawan. Seorang peniaga adalah orang yang memulakan perniagaan menggunakan konsep atau cara lama.
  2. Seorang peniaga menempatkan perniagaannya dalam pasaran dengan usaha dan dedikasinya, sedangkan seorang usahawan mewujudkan pasaran untuk perniagaannya sendiri.
  3. Peniaga adalah pemain pasaran manakala Usahawan adalah pemimpin pasaran, kerana mereka adalah orang pertama yang memulakan sesuatu konsep perniagaan itu.
  4. Sifat peniaga adalah kalkulasi, tetapi seorang usahawan adalah intuitif.
  5. Seorang peniaga akan mengikuti jejak langkah peniaga yang lain, kemungkinan untuk gagal sangat kurang berbanding dengan usahawan.
  6. Seorang peniaga menggunakan kaedah tradisional untuk menjalankan perniagaan. Sebaliknya, seorang usahawan menggunakan kaedah yang tidak konvensional untuk perkara yang sama.
  7. Seorang peniaga berorientasikan ke arah keuntungan, manakala seorang usahawan adalah orang yang lebih fokus memberi kepentingan kepada pekerja, pelanggan, dan orang awam.
  8. Peniaga akan menghadapi persaingan yang melampau kerana sangat sukar untuk mendapatkan kedudukan yang kompetitif dalam pasaran yang sudah ada, ini tidak terjadi kepada seorang usahawan.

Kesimpulannya

Seorang peniaga adalah peniaga, tetapi seorang usahawan selain menjadi usahawan, mereka adalah penganjur, pengambil risiko dan pengurus pada masa yang sama. Peniaga memberi tumpuan kepada persaingan, tetapi  usahawan akan memberi penekanan kepada koordinasi dan kerjasama semua sumber.

 


Featured Image: Background photo created by luis_molinero – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen