Kota Tinggi: Mutiara Ajar Urus Makanan

Kota Tinggi: Mutiara Ajar Urus Makanan

Menjalankan perniagaan dalam industri makanan mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan cara yang teratur. Sama ada anda mengusahakan perniagaan kedai makan, menghasilkan produk atau servis penyediaan makanan seperti katering, perniagaan anda perlu mempunyai kelayakan teruji atau sijil yang diktiraf bagi memenuhi kriteria tertentu dalam industri, yang mampu membenarkan perniagaan anda melangkah lebih jauh.

Keyakinan pelanggan dan pematuhan undang-undang adalah faktor utama. Bukanlah perkara yang mudah jika semua hendak dilakukan dengan sendiri. Sebagai seorang peniaga, mendapatkan khidmat yang mahir dalam selok belok pengujian dalam industri ini adalah satu kemestian.

Mutiara Yang Mahir Dalam Industri Makanan

Mutiara Training and Services PLT (MTS) adalah sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi sepenuhnya di Kota Tinggi Johor. Merupakan penjenamaan semula daripada perniagaan Mutiara Food Consultancy (MFC) yang berstatus syarikat milikan tunggal. Dimiliki sepenuhnya oleh Puan Roslina binti Jamian yang dibantu oleh suaminya, En. Muhd Muhaimin bin Zakaria selaku rakan kongsi.

MTS menyediakan perkhidmatan latihan dan rundingan mengenai keselamatan dan kualiti makanan. Ini termasuk pensijilan keselamatan makanan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP.

MTS juga bertindak selaku penyedia latihan serta perkhidmatan rundingan halal kepada industri makanan yang berminat. Selain itu, MTS juga diiktiraf sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang mengeluarkan Sijil wajib kursus latihan pengendali makanan kepada semua industri makanan.

Kursus yang ditawarkan adalah sesuai untuk semua yang terlibat dalam industri makanan dan minuman. Dan sangat digalakkan kepada mereka yang fokus dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Perkhidmatan

Sebagai sebuah syarikat yang berdedikasi, berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan:

1 – Kursus Latihan Pengendali Makanan.
– Kursus wajib untuk setiap pengendali makanan seluruh Malaysia.

2 – Kursus Kesedaran Halal.

3 – Bengkel My e-halal.

4 – Bengkel Sistem Jaminan Halal.

5 – Kursus Pensijilan Keselamatan Makanan.
– Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
– Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
– Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).

6 – Rundingan tatacara permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

7 – Sewaan bilik latihan dan seminar di Kota Tinggi.

Kursus Latihan Pengendali Makanan
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Kursus Latihan Pengendali Makanan
Kursus Halal Awareness
Kursus Halal Awareness

Jika anda sebagai sebuah syarikat atau individu yang berminat dengan kursus yang ditawarkan, Mutiara Training and Services boleh dihubungi seperti yang tertera di bawah:

Mutiara Training and Services PLT
Puan Roslina Binti Jamian
No. 3, Jalan Kota Kecil 2
81900 Kota Tinggi Johor Darul Takzim.
Telefon: 019-730 7153
E-mel: [email protected] / [email protected]
Website: http://mutiarats.com
Facebook Page: Mutiara Food Consultancy 
 

Featured Image: Food photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen