Kota Tinggi: Alira Bikin Majlis

Alira Bikin Majlis

Merancang dan mengadakan majlis sesuatu acara, sama ada besar atau kecil memerlukan fokus dan perancangan masa yang baik. Bukan sahaja perlu memikirkan lokasi dimana majlis akan diadakan, segala keperluan yang berkaitan juga perlu ditentukan.

Bertemu pembekal dan mengadakan perbincangan yang teliti bagi memastikan sesebuah acara berjalan dengan lancar adalah tugas yang memerlukan dedikasi. Sebagai sebuah syarikat yang menjaga imej, anda perlukan pengurus dan perancang acara untuk melakukannya. Disini, sebuah syarikat Pengurusan dan Penganjuran Acara diperlukan.

Alira Management & Resources

Beroperasi di Kota Tinggi Johor, Alira Management & Resources adalah sebuah syarikat Pengurusan dan Penganjuran Acara. Mula beroperasi sekitar Februari 2017 , berstatus milikan tunggal milik Puan Nur Farhana Zakaria. Bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan acara yang cemerlang dalam perkhidmatan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Sebagai seorang ahli perniagaan, Puan Farhana telah menetapkan misi perjalanan Alira, antaranya:

1 – Mampu mencipta inovasi dan kreativiti dalam penganjuran sesebuah acara.
2 – Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sebagai penganjur acara.
3 – idea-idea kreatif dan inovasi kepada pelanggan.
4 – Menyediakan proses pembelajaran untuk bekalan borong dan runcit.
5 – Membina rangkaian perdagangan antara usahawan dalam bidang yang berbeza.

Perkhidmatan

Alira menawarkan perkhidmatan menyeluruh dalam pengurusan acara. Perkhidmatan yang ditawarkan:

1 – Program Korporat
Merancang dan mengurus Majlis Makan Malam, Karnival Kerjaya dan Majlis Graduasi.

2 – Program Keusahawanan
Menganjurkan Taklimat keusahawanan dan Kursus Asas Borong China.

3 – Khidmat Latihan dan Motivasi
Mengurus dan merancang Lawatan Sambil Belajar, Kelas Komputer, Team Building, Program Motivasi, Kembara Adik ke Kebun Rahsia.

4 – Program Santai
Menganjurkan Hari Keluarga, Program kesukanan, Jualan dari bonet kereta atau Car Boot Sale dan Jualan Bazar.

Kembara Kebun Rahsia
Program Kembara Kebun Rahsia
Alira Kembara Home Schooling JB
Program Kembara Home Schooling JB
Alira Kelas Pavlova
Kelas Pavlova

Dalam memenuhi permintaan penganjuran acara, sebagai sebuah syarikat industri kecil dan sederhana. Alira telah berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat, persatuan dan orang perseorangan bagi memastikan kelancaran sesebuah acara yang diuruskan.

Jika anda sebagai sebuah syarikat, persatuan, individu yang memerlukan pengendali pengurusan dan penganjuran acara, Alira Management & Resources boleh dihubungi seperti yang tertera dibawah:

 

Alira Management & Resources

Alira Management & Resources
Puan Nur Farhana Zakaria
No 6, Gerai Rakyat 1malaysia Kg Sri Jaya
81900 Kota Tinggi Johor Darul Takzim.
Telefon: 017-761 5481
E-mel: [email protected]
Facebook Page: Alira Management 

Featured Image: Image by Free-Photos from Pixabay


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen