5 Tips Jaga Duit Ketika Bisnes Maju

5 Tips Jaga Duit Ketika Bisnes Maju

Ramai yang akan mula kalut dan cuak sekiranya kewangan mereka melimpah ketika bisnes sudah semakin maju. Bisnes sudah semakin maju tetapi tidak tahu hendak jaga kewangan. Adakah wang yang ada digunakan di tempat yang betul dan tepat? Bagaimana pula hendak menjaga kewangan yang sudah banyak tidak terkawal ini?

Pengurusan wang yang berkesan adalah faktor penting dalam menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Sebagai pemilik perniagaan, anda harus memerhatikan kedudukan kewangan perniagaan anda. Mengambil tahu berapa banyak wang yang diperolehi dan berapa banyak yang dibelanjakan. Yang paling utama adalah menguruskan aliran tunai dengan cekap, ia penting untuk memastikan perniagaan anda berjalan lancar.

Jika anda tidak merancang sekarang, bermakna anda sedang merancang untuk gagal. Kewangan sangat penting untuk diuruskan, terutamanya ketika perniagaan anda semakin berkembang.

Berikut adalah tips-tips yang anda boleh gunakan dalam menguruskan kewangan dengan lebih efisyen.

#1 – Anggaran Belanjawan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat anggaran. Anggaran pendapatan perniagaan berbanding perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Belanjawan adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana, belanjawan mampu menolong anda merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik.

#2 – Asingkan Duit

Tidak kira apa juga perniagaan yang dilakukan. Adalah lebih baik untuk asingkan duit peribadi dan duit perniagaan. kerana dengan cara ini akan membantu untuk majukan bisnes yang dilakukan.

Untuk menjejak aliran pendapatan dengan betul. Sangat penting untuk memastikan kewangan peribadi berasingan daripada perniagaan anda. Menggunakan akaun bank atau kad kredit yang sama untuk kewangan peribadi dan perniagaan boleh menimbulkan masalah besar kepada perniagaan anda.

#3 – Strategi Yang Berkesan

Bagi memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja untuk perniagaan. Setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak, impian anda akan tidak kesampaian.

#4 – Jaga Duit Tunai Syarikat

Sama ada anda sedar atau tidak. Banyak syarikat ditutup disebabkan duit tunai tidak ada dalam tangan atau akaun bank syarikat. Banyak syarikat secara atas kertasnya menguntungkan, tetap bungkus-juga-akhirnya apabila tidak ada tunai hendak membayar bil-bil yang menggunung.

Apabila syarikat anda sudah berkembang. Jagalah duit tunai syarikat sebaiknya. Kerana duit tunai adalah penentu hidup dan mati syarikat. Apabila tidak ada duit hendak bayar gaji, bayar pembekal, bil-bil, hutang dan sebagainya, syarikat akan mati dengan cepat. Bukan itu saja, reputasi anda juga akan menjadi buruk. Potensi hendk bangun semula menjadi lebih sukar apabila tidak ada orang yang mahu berurusan dengan anda.

#5 – Buat Simpanan

Duit sudah banyak, apa-lagi-mau? takkan hendak belanja sahaja? Buatlah simpanan untuk masa hadapan. Kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Ekonomi yang kurang menentu boleh mendatangkan bahaya kepada syarikat, sekiranya anda tidak ada simpanan di masa hadapan.

Sebagai kesimpulannya, anda sebagai usahawan harus bijak dan pandai dalam menguruskan kewangan syarikat anda. Tidak semestinya anda boleh menarik nafas lega. Sekiranya bisnes anda sudah berkembang dan duit masuk melimpah ruah.  Jika anda tidak pandai uruskan kewangan sebaiknya, tidak mustahil perniagaan anda akan tutup.

 


Featured Image: Image by Wokandapix from Pixabay


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen