4 Kunci Bisnes Berjaya

4 Kunci Bisnes Berjaya

Seorang usahawan yang berjaya akan mempunyai matlamat yang sama iaitu mempunyai perniagaan yang menguntungkan. Terdapat banyak teori yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dan mereka yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan yang boleh dijadikan panduan.

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman dalam bacaan, disini boleh dirumuskan kesemua teori tersebut kepada 4 kunci untuk berjaya dalam perniagaan.

#1 – Modal

Modal ialah sumber kewangan untuk memulakan sesuatu perniagaan. Ada yang berpendapat mengatakan hendak berniaga tidak perlu modal dahulu. Ya, betul, jika anda mempunyai nilai kemahiran diri yang boleh disandarkan. Seperti kemahiran bercakap, kemahiran menjual dan kemahiran yang boleh digunakan mengambil upah dalam tempoh masa yang sekejap seperti membaiki alatan.

Walau bagaimanapun ia akan seperti pusing-modal-cari-modal. Dalam tempoh yang lama anda akan berasa penat jika tidak mengembangkan perniagaan anda ke satu tahap yang lain. Usahakan modal dahulu, cukup untuk satu tempoh iaitu selama 6 bulan. Ini akan membolehkan anda fokus untuk menjalankan perniagaan.

#2 – Ilmu

Ilmu atau kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan dan teknikal perniagaan yang ingin diceburi. Terdapat banyak kelas yang dianjurkan sama ada percuma atau berbayar. Rajinkan diri untuk menghadiri kelas-kelas tersebut dan dapatkan pengalaman dari tenaga pengajar atau orang perseorangan yang menghadiri kelas tersebut.

Anda tidak perlu bersendirian dalam perjalanan menjadi usahawan ini. Ramai orang yang sama keadaannya dengan anda akan berada dalam kelas tersebut.

#3 – Masa

Masa adalah apa yang anda perlukan sebagai seorang usahawan. Anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dalam perjalanan perniagaan dan bersedia untuk menerima kejayaan atau kegagalan. Setiap usahawan mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Apa yang membezakan antara usahawan adalah penggunaan masa yang efisyen.

Jangan terlalu membuang masa menunggu sesuatu perkara yang tidak pasti. Jangan terlalu ego untuk berhenti dan mengubah haluan perniagaan apabila sudah ada tanda yang perlu berbuat demikian. Berhenti sekejap, bukan bermakna gagal.

#4 – Rezeki

Setiap perniagaan selain berjaya dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Ia juga kerana rezeki yang diberikan kepada kita. Berbuat baik dan selalu menderma adalah amalan yang mulia, kerana rezeki bukan ketentuan yang kita boleh kawal. Ia adalah pemberian dari yang maha esa.

 


Featured Image: People photo created by bearfotos – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen