19 Nota Tepi Untuk Usahawan

19 Nota Tepi Untuk Usahawan

Sebagai usahawan, ia adalah perjalanan yang sunyi. Anda akan berdepan dengan pelbagai isu dan cuba menghadapinya dengan sebaik mungkin. Berikut adalah tips-tips yang bermanfaat untuk diikuti. Tips ini telah dikongsikan oleh Datuk Roslan Abdul Hamid di halaman Facebook beliau, disusun semula untuk mempermudahkan pembacaan.

Datuk Roslan Abdul Hamid
Datuk Roslan Abdul Hamid

#1 –  Arah Pasaran

Di Pasaran: Jangan ikuti orang ramai. Fahami formula 5 : 95. Ketika 95% manusia bergerak kesatu arah. Pilih arah yang berbeza dan jadi lah manusia 5%. Mereka yang melalui jalan sempit dan berbukit. Tanggalkan ego besar dan bergerak laju. Ada kemanisan tidak terperi pada ikutan jalan yang berbeza itu.

#2 – Kelilingi Diri Dengan Pemenang

Duduk dengan orang yang lebih bijak daripada kita dan sentiasa boleh belajar dari mereka. Bangunkan kemahiran untuk mendengar. Mendengar lebih penting daripada bercakap. Jangan selalu berdebat dan berfikir dengan mulut . Tanya soalan, ambil pengetahuan sebanyak mungkin dari orang lain.

#3 –  Berkata Yang Baik

Kata-kata “Saya tidak mampu” menutup otak dari berfikir cari jalan. Gunakan kata kata “Bagaimana saya boleh mendapatkannya?” akan membuka otak kita untuk cari jalan dan memadamkan alasan.

#4 – Kawal Emosi

Jangan biarkan rasa takut atau pendapat masyarakat umum menentukan tindakan kita. Kita menjadi apa yang kita belajar. Pilihlah bahan pelajaran dengan teliti dan baca banyak banyak. Ilmu apabila diaplikasikan akan jadi kuasa yang luar biasa.

#5 – Pilih Aliran Bisnes

Ada dua aliran dalam bisnes. Volume game atau margin game. Kita boleh pilih mana yang sesuai. Saya sukakan margin game pada kalangan yang value sensitive. Jika aliran ini dipilih, bina watak berkeyakinan tinggi. Keuntungan dibuat apabila kita mula membeli peringkat COGS lagi, bukan masa kita menjual. COGS bermaksud Cost of Goods Sold atau Kos barangan yang dijual

#6 – Branding / Penjenamaan

Kebanyakan penjual meminta terlalu banyak. Adalah jarang bahawa harga yang diminta adalah lebih rendah daripada sesuatu. Bina kekuatan pada pelanggan yang mementingkan nilai. Bukan mereka yang sensitif pada harga. Berbisnes dengan pelanggan T20. Ia ruang cepat bina kekayaan. Kata kuncinya : kuasai ilmu Brand.

#7 – Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, profesion mereka adalah hasil pendapatan mereka. Mereka hidup “makan gaji” melalui kerja mereka setiap bulan. Bagi orang kaya, aset yang mereka simpan, dan cara mereka melabur menentukan pendapatan mereka.

#8 – Syarikat Bermatlamat

Bangunkan sebuah syarikat untuk melindungi aset dan untuk mengurangkan perbelanjaan cukai. Seorang pekerja akan dikenakan cukai pada pendapatan, dan kemudian mereka hanya terpaksa membelanjakan apa yang tersisa.

#9 – Jana Aliran Tunai

Pegang prinsip ini. Sekiranya kita ingin membeli sesuatu, kita mesti menjana aliran tunai yang mencukupi daripada aset untuk menampung perbelanjaan ini. Beli kemewahan sebagai perkara terakhir. Bina kekayaan sebagai usaha pertama. Aliran tunai berlebihan yang dihasilkan oleh aset perlu dilaburkan semula ke aset lain. Pusingan aset sebegini akan tambah kekayaan.

#10 – Bayar Diri Sendiri Dulu

Bayar diri anda terlebih dahulu. Setiap bulan, mula-mula melaburkan sejumlah wang ke dalam aset penjanaan pendapatan sebelum anda membayar bil anda.

#11 – Kumpul Aset

Jangan hanya bertujuan mendapatkan lebih banyak pendapatan dalam kerja. Matlamat utama, kumpul aset yang lebih berharga, dan ulangi perbuatan sebegini. Kata kuncinya adalah mengurangkan perbelanjaan pada kadar rendah dan kurangkan liabiliti.

#12 – Fahami Percukaian

Bangunkan sebuah atau rangkaian syarikat untuk melindungi aset dan untuk mengurangkan perbelanjaan cukai. Sekali lagi diulangi, fahami percukaian. Ia pintu pada kekayaan atau lembah pada perkara yang menyukarkan pada masa depan. Satu syarikat untuk satu bisnes. pada setiap syarikat buka beberapa akaun dari bank yang berbeza.

#13 – Tahu Sedikit Tentang Banyak Perkara

Belajar tentang perakaunan, pelaburan, pasaran, undang-undang, jualan, pemasaran, kepimpinan, penulisan, percakapan, dan komunikasi. Sekarang “sedikit yang berharga” tentang semua yang boleh. Kemudian kuasai satu perkara sehingga kita dapat menguasai semua perkar.

#14 – Bekerja Untuk Belajar

Jangan bekerja untuk memburu wang semata mata. Cari kerja di mana anda boleh mempelajari satu atau lebih kemahiran yang disebutkan di atas.

#15 – Jangan Sekadar Membeli Pelaburan

Mula belajar bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham, emas dan yang lain. Kerana tidak ada orang lain yang boleh melakukannya lebih baik daripada diri kita sendiri.

#16 – Menghasilkan Wang

Setiap orang kaya telah kehilangan wang pada satu ketika. Ttetapi ramai orang miskin tidak pernah kehilangan apa apa pun. Bermain untuk tidak kehilangan wang bermakna kita tidak akan menghasilkan wang.

#17 – Gagal Untuk Menang

Mahu menang , ingat kata-kata ini “Memenangi bermakna tidak takut untuk kalah”. Kalah pada 100 pertempuran, tidak mengapa, asalkan kita dapat menang peperangan akhirnya. Kegagalan memberi inspirasi kepada pemenanguntuk bangkit saat sakit. Jangan takut kehilangan. Mesti cukup berani untuk mengakui dan belajar dari kegagalan. Tiada siapa yang lahir sempurna melainkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

#18 – Bina Mimpi besar

Sentiasa ada rancangan permainan yang jelas dalam fikiran . Sentiasa cari jawapan kepada soalan-soalan penting seperti “Mengapa saya ingin memperoleh lebih pendapatan pasif?”

#19 – Kebebasan Masa

Bagi saya, kerana tidak mahu bekerja sepanjang hayat . Apa yang penting dalam hidup ini adalah kebebasan masa. Saya ingin menyokong keluarga dan sanak saudara secara kewangan kerana mereka telah membantu saya sepanjang awal hayat umur dahulu. Juga untuk bersedekah pada jalan kebaikan. InshaAllah.

 


Datuk Roslan Abdul Hamid adalah seorang Pakar Pengucapan Awam, Guru Bisnes dan Komunikasi.

Sumber: Facebook: Roslan Ab Hamid
Featured Image: Designed by Jcomp / Freepik


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen