Pemasaran ialah fungsi sosial yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti perniagaan. Dengan kata lain, pemasaran adalah cara kita berkomunikasi dengan bakal pelanggan.
Startuptshirt, sebuah agensi yang menawarkan servis konsultasi, rekaan dan pembuatan material berkaitan dengan pemasaran yang berterusan. Mempunyai senarai pelanggan yang diyakini status korporatnya, menjadikan mereka pilihan nombor wahid.
Berikut, 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada Tuan Hasrimy Hasan, pemilik dan peneraju Startuptshirt.
#1 – Siapa anda yang umum perlu tahu?
Saya adalah seorang “designer”. Jiwa saya jiwa seni. Kalau hendak diikutkan, kemahiran design saya lebih kepada rekabentuk laman web dan mobile app. Hasil tangan saya pernah diterima oleh syarikat-syarikat besar antaranya Petronas, Agro Bank, Securities Commission dan beberapa lagi. Dan yang kedua, saya juga seorang “Businessman”. Setiap masalah adalah peluang bagi saya.
#2 – Objektif Startuptshirt dibikin dan mengapa startup?
Objektif utama penubuhan Startuptshirt adalah kerana saya ingin sentiasa berkarya. Saya suka design. Kalau tidak design saya rasa tak puas. Sebab itu saya rasa salah satu medium yang saya boleh berkarya secara berterusan ialah melalui rekabentuk t-shirt. Disamping itu saya rasa puas apabila melihat design t-shirt rekaan di pakai oleh orang lain.
Perkara kedua yang mendorong saya untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai bidang perniagaan t-shirt ini adalah hasil dari masalah yang saya hadapi apabila menjalankan startup saya sebelum ini. Rata-rata bila saya ingin mendapatkan sebutharga untuk cetak t-shirt, ia memerlukan minimum kuantiti dan komited yang terlalu tinggi.
Ditambah pula kualiti cetakan yang amat teruk dan fabrik yang digunakan juga tidak berkualiti. Jadi saya tahu disini adalah masalah yang sama dihadapai oleh beratus-ratus startup yang ada di negara kita. Dan ini adalah peluang bagi saya.
Kenapa Startup? Kerana saya lahir di dalam komuniti startup. Kebanyakan pemilik startup adalah kenalan saya. Dan benda utama bila selepas sesebuah startup ditubuhkan adalah – “kena print t-shirt!”. Kalau startup anda tiada t-shirt, seolah-olah macam tak lengkap. Startup dan t-shirt mempunyai satu jalinan yang amat rapat dan saling memerlukan.
“Tanpa t-shirt, siapalah yang akan kenal startup anda.”
#3 – Adakah terhad pada t-shirt sahaja?
Startuptshirt pada awalnya hanya fokus kepada beberapa produk sahaja iaitu t-shirt, hoodies dan polo. Kemudian apabila permintaan sudah meningkat, pelanggan sedia ada kami mula meminta produk-produk sampingan yang merangkumi skala bajet dan sasaran pelanggan mereka dengan lebih menyeluruh.
Semenjak itu, sedikit demi sedikit kami memperkenalkan produk-produk baru yang tertentu dan sesuai dengan gaya promosi startup dan segmen pelanggan mereka. Lama kelamaan kami telah mempunya hampir 50 produk sampingan selain dari t-shirt.
#4 – Ada kata, ini cara marketing murahan, pada pendapat anda?
Bagi saya harga sesuatu marketing itu bukan terletak kepada item yang digunakan, tetapi lebih kepada capaian sasaran sesebuah strategi pemasaran. Marketing ada banyak lapis. T-shirt mungkin bukan cara marketing yang utama, tetapi ia adalah salah satu pilihan marketing sampingan yang mampu membantu mempromosikan jenama anda dan yang paling penting ia kos efektif.
T-shirt juga mudah diterima oleh orang ramai, tidak kira tua atau muda. Jika rekabentuk t-shirt anda cantik – maka ia akan menjadi t-shirt kegemaran yang akan selalu dipakai dan apabila kualiti kainnya bagus dan selesa – saya yakin jangka hanyatnya boleh mencapai 2 hingga ke 3 tahun.
“T-shirt seumpana papan tanda bergerak anda.” Yang sentiasa mempamerkan jenama anda di lokasi-lokasi yang diluar jangkaan anda sendiri. Sebarannya jauh lebih luas dari billboard yang berharga puluhan ribu setahun.
#5 – Sedikit tips buat mereka yang masih ragu-ragu dengan cara pemasaran begini.
Saya sebenarnya agak kecewa dengan kesedaran sesetengah pemilik perniagaan yang meletakkan “Branding” mereka di senarai yang paling bawah. Jenama anda adalah anda. Marketing itu bukanlah kos. Ia bukan beban kepada syarikat. Ia adalah satu bahagian yang amat penting bagi perniagaan anda.
Dan bagi membina jenama, ia memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Oleh sebab itu kami di Startuptshirt lebih ingin dikenali sebagai “Marketing Agency” dari “T-shirt printing company”. Kami mempromosikan jenama anda melalui rekabentuk t-shirt kami yang unik dan mencerminkan imej syarikat anda yang sepatutnya difahami oleh orang ramai.
Biar t-shirt yang bercakap bagi pihak anda.
Dan akhir sekali, mari renungkan madah dari Dr. Ralf Speth, CEO Jaguar Land Rover. Beliau berkata:
If you think good design is expensive, you should look at the cost of bad design.
Renungkan dan terima kasih 🙂
Baca: Borak Tepi yang lain
Website: Startuptshirt.my