Perangkap Duit dalam Perniagaan

Perniagaan Audit dan Percukaian

Dalam zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) ini. Analisa laporan kewangan yang paling penting sekali adalah berkenaan kedudukan kecairan (liquidity). Apa maksud kecairan (liquidity) ini?. Kecairan dalam konteks kewangan adalah, kebolehan meleburkan aset menjadi duit yang boleh digunakan untuk membeli barang atau membayar hutang.

Laporan Kewangan

Jika kita lihat laporan kewangan, ada beberapa jenis laporan. Satu laporan untung rugi (profit & loss), satu lagi kunci kira-kira (balance sheet) dan aliran tunai (cashflow). Untuk menganalisa kedudukan kecairan syarikat, kita perlu lihat pada kunci kira-kira (balance sheet). Secara kasar kita boleh lihat kedudukan asset berbanding liability. Jika jumlah asset lebih tinggi dari liabiliti, kedudukan kewangan syarikat berada pada kedudukan yang baik.

Tapi jika kita ingin mengukur kadar kecairan syarikat kita perlu melihat kedudukan aset semasa, iaitu aset yang boleh dicairkan dalam tempoh satu tahun. Maknanya aset tetap, seperti bangunan, kenderaan dan kelengkapan pejabat tidak termasuk dalam kategori aset semasa. Tergolong dalam aset semasa termasuk, tunai, tunai di bank, stock, penghutang (debtors), deposit dan seangkatan dengannya.

Liabiliti Semasa

Bagaimana kita hendak tahu kedudukan kecairan syarikat berada dalam keadaaan baik? kita ambil jumlah current asset bahagi dengan jumlah liabiliti semasa. Apa itu liabiliti semasa?. Liabiliti semasa adalah hutang yang perlu kita bayar dalam tempoh setahun dan kebawah. Apa contoh liabiliti semasa? pemiutang (creditors) atau hutang kepada supplier, bill-bill yang belum di bayar, gaji belum di bayar dan seangakatan dengannya.

Jika jumlah aset semasa dibahagi dengan liabiliti semasa lebih dari satu (1.0) maknanya jumlah aset mencukupi untuk membayar kesemua liabiliti semasa. Betul ke? sekurang-kurangnya dari segi teori cukup. Kebiasaannya tak cukup. Satu lagi kira-kira yang kita boleh gunakan adalah Quick Ratio atau juga di panggil Acid Test ratio. Dalam pengiraan quick ratio ni pengiraannya sama dengan pengiraan tadi cuma jumlah jumlah stock perlu di tolak dari pengiraan jumlah aset semasa.

Kenapa stock dikeluarkan dari pengiraan quick ratio atau acid test ratio? kerana, dalam keadaan syarikat mempunyai masaalah kecairan, besar kemungkinan masalahnya berpunca dari kegagalan syarikat menjual stok yang ada. Walaupun stock dikategorikan sebagai aset dalam syarikat dalam beberapa situasi stock tidak dapat membantu syarikat dan menjadi perangkap duit.

Dalam tempoh PKP ini adalah masa yang sesuai untuk menilai berapakah jumlah current ratio dan quick ratio yang sesuai untuk perniagaan anda. Anda boleh menilai sama ada nilai jumlah current ratio dan quick ratio syarikat anda mencukupi bagi tempoh PKP ini.

Seringkali dan perniagaan retail, kita cuba mengurangkan kos dengan membeli stock secara pukal untuk mendapat harga yang menarik dari supplier. Stock ini mungkin memerangkap duit kita dan menjerumuskan kita dalam masalah kecairan. Percaya tak percaya ada perniagaan yang terpaksa ditutup disebabkan perkara ini. Walaupun laporan untung rugi menunjukkan keuntungan.

Perangkap Duit

Apa lagi benda yang boleh memerangkap duit kita? Penghutang, debtors, dengan memberikan tempoh kredit yang terlalu lama. Sering kali perkara ini terjadi kerana kita terlebih teruja dalam menjual dan inginkan sales yang tinggi sehingga sanggup memberikan kredit yang tinggi dan terlalu lama. Contoh bila kita memberikan kredit sehingga 12 bulan, hanya kerana jumlah pembelian yang tinggi. Dalam masa yang sama kita membenarkan pembeli untuk terus membeli dalam tempoh 3 bulan tersebut. Dalam masa yang sama juga.. kita supplier hanya memberikan kredit selama 1 bulan. Dalam situasi kritikal seperti PKP duit kita terperangkap dalam bentuk penghutang.

Satu lagi perangkap adalah Pinjaman Berjangka (Term-Loan) yang digunakan untuk pusingan modal dan komitmen jangka masa panjang seperti sewa, gaji, pembelian aset tetap dan banyak lagi. Satu lagi aset yang boleh menjadi perangkap duit adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang.

Laporan Kewangan
Laporan Kewangan

Selalunya perkara-perkara ini, dalam situasi perniagaan dalam keadaan baik, tidak begitu di berikan perhatian. Kerana, perkara-perkara diatas ditunjukkan sebagai aset dalam laporan kewangan.

Dalam tempoh PKP ini adalah masa yang baik untuk memeriksa kembali kedudukan kewangan syarikat dan mula membuat penambah-baikkan dalam rekod kewangan dan perancangan masa hadapan. Bagi yang tidak mempunyai penyata kewangan secara online dan on-time perkiraan di atas tidak mungkin dapat di hasilkan. Mungkin sudah sampai masanya anda melabur sikit untuk mendapatkan laporan kewangan yang dapat mebantu anda mengurskan syarikat dengan lebih baik.

 


Sumber: my-sas.com

SASCO Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan bantuan penyediaan strategi, perlaksanaan dan perancangan strategik perniagaan. Untuk mendapatkan khidmat perundingan perniagaan, sila WhatsApp ke +60123156916 untuk menetapkan temujanji.


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen