1 Jun 2020, Puchong, Selangor – Biztory hari ini melancarkan versi pertama aplikasi perakaunan mudah alihnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna membuat dan berkongsi invois jualan sambil bergerak sama ada menggunakan telefon pintar atau komputer tablet. Selain menghasilkan invois, ia juga membolehkan pemilik perniagaan dan pengguna menyemak inventori. Aplikasi akan mengemas kini inventori setiap kali stok disenarai dalam invois baru. Aplikasi mudah alih Biztory boleh didapati sekarang bagi pelanggan pakej perkhidmatan L Biztory. Ia boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.
Bryan Soong, Pengasas dan CEO Biztory berkata, “Perisian perakaunan Biztory dahulu hanya terdapat dalam versi web. Kami sedar akan peningkatan jumlah pengguna dan purata masa yang diluangkan dengan menggunakan peranti mudah alih di negara ini. Mobiliti sudah menjadi komponen penting dalam menjalankan perniagaan. Jadi, kami sangat teruja aplikasi mudah alih kami akhirnya sedia sekarang untuk berkhidmat kepada komuniti PKS.”
Ada banyak kelebihan menggunakan aplikasi mudah alih Biztory. Antaranya, ia membolehkan pengguna berkongsi invois melalui e-mel atau WhatsApp. Kelebihan lain ialah semua data yang dimasukkan ke dalam invois disimpan secara automatik dalam awan, jadi pengguna tidak perlu memasukkan semula data sebaik sampai di pejabat.
Aplikasi juga tempat pengguna boleh mendapatkan maklumat pelanggan termasuk sejarah pembilan mereka.
“Banyak urus niaga jualan dilakukan di luar pejabat, jadi menggunakan aplikasi mudah alih Biztory memberi kemudahan kepada pekerja jualan dengan membantu mereka membuat dan berkongsi invois jualan dengan mudah di mana-mana sahaja menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar,” komen Bryan.
Beliau meneruskan, “Perakaunan fungsi teras mana-mana perniagaan tidak kira saiznya. Dengan mendigitkan proses tersebut, ia membantu perniagaan menjadi lebih cekap dan mengurangkan pergantungan mereka pada kertas.
Pemilik perniagaan kecil, Tony Chua, yang menjalankan platform kreatif dalam talian dipanggil Rtist berkata, “Kami menggunakan Biztory sejak 2018. Aplikasi mudah alih Biztory memang idea yang baik. Kami suka aplikasi membolehkan pengguna membuat dan berkongsi invois, alat yang berguna, terutamanya apabila kami bekerja secara berjauhan. Ia suatu kemudahan tambahan.”
Aplikasi perakaunan mudah alih Biztory boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Sementara itu, pelanggan pakej perkhidmatan S dan M akan perlu menaik taraf ke pakej L bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi perakaunan mudah alih Biztory.
“Biztory merancang untuk menambah lebih banyak ciri dalam aplikasi mudah alihnya pada bulan-bulan akan datang. Ciri penting seterusnya yang kami rancang untuk tambah termasuk membuat sebut harga dan sasaran jualan. Kami berharap dapat mengeluarkan ciri-ciri ini pada suku ketiga 2020,” Bryan menyimpulkan.
Tentang Biztory
Ditubuhkan pada 2015, Biztory ialah perisian perakaunan awan yang selamat dan mudah digunakan yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dengan Biztory, pemilik perniagaan dapat memantau metrik perniagaan dan aliran tunai pada bila-bila masa selagi mereka terhubung dengan Internet. Perisian awan ini membolehkan pengguna mencatat invois, jualan, dan perbelanjaan di samping membuat penyesuaian bank bulanan mereka. Biztory jenama Vectory Innovation Sdn. Bhd. berpangkalan di Puchong, Selangor. Lawati kami di www.biztory.com.my.