Sanggup Tinggalkan Gaji 5 angka untuk membina empayar perniagaan Food Delivery, ini kisah mengenai Syawfaz Food Delivery

Sanggup Tinggalkan Gaji 5 angka untuk membina empayar perniagaan Food Delivery, ini kisah mengenai Syawfaz Food Delivery

5 Tahun bekerja di sebuah syarikat makanan barat yang memiliki rantaian franchise yang menyeluruh di seluruh negara. Fazida menyedari akan potensi penghantaran makanan ke rumah di Malaysia cukup besar. Data yang berada di depannya sendiri menunjukkan semakin kurang pelanggan yang ‘dine in’ di restoran dan semakin banyak yang hanya menempah di atas talian sahaja

Syawfaz Food Delivery Enterprise merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan yang ditubuhkan pada 7 September 2016. Nama syarikat yang telah beroperasi selama 3 tahun ini diambil sempena nama gabungan suami isteri pemilik syarikat ini, iaitu Syawal dan Fazida.

Kami berpeluang menemuramah pemilik syarikat ini untuk memberi inspirasi kepada pembaca di SME Niaga.

#1 – Berapa banyak menu yang telah dihasilkan?

Okay, kami beroperasi di kediaman yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Syawfaz Food Delivery telah berjaya mengeluaran sebanyak 28 jenis menu yang terdiri daripada masakan barat, masakan Melayu dan juga masakan Korea.

#2 – Selain makanan, apakah servis lain yang ditawarkan?

Selain makanan, kita juga menyediakan servis penghantaran sehingga ke depan pintu rumah para pelanggan. Bagi memudahkan dan membantu para pelanggan yang tidak berkelapangan untuk keluar membeli makanan.

Selain menyediakan khidmat penghantaran ke rumah, kami juga beroperasi di gerai- gerai sekitar Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Kami juga menerima tempahan untuk majlis seperti majlis hari jadi, majlis kesyukuran dan lain-lain majlis.

#3 – Apakah pencapaian terbaik setakat ini?

Sepanjang tiga tahun beroperasi, kita pernah berjaya menjual sebanyak 120 bungkusan makanan dalam masa 1 jam 30 minit di karnival bersama pelanggan pada tahun lalu. Ini sangat membanggakan kami.

#4 – Bagaimana reaksi pelanggan?

Masakan yang mempunyai rasa bertaraf lima bintang menjadikan kami sebagai pilihan utama dalam masakan Barat oleh para pelanggan. Para pelanggan sentiasa memberikan maklum balas positif disebabkan kualiti makanan yang disediakan sentiasa menepati citarasa dan kuantiti makanan yang diperolehi juga sama seperti apa yang diiklankan oleh kami.

Syawfaz Food Delivery Enterprise

Syawfaz Food Delivery Enterprise

#5 – Apakah menu pilihan pelanggan?

Salmon Carbonara dan Salmon Grill adalah dua menu pilihan yang sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan kerana rasa yang sedap dan harga yang berbaloi.

#6 – Apakah perancangan dalam masa 5 tahun akan datang?

Kami mempunyai perancangan untuk mengeluarkan produk sejuk beku bagi memudahkan para pelanggan untuk menikmati hidangan yang disediakan walau di mana mereka berada. Jadi, saya berharap agar pada masa akan datang, kita mampu untuk memperbesarkan lagi ruang operasi iaitu dapur.

Kami ucapkan semoga berjaya kepada Syawfaz Food Delivery untuk tahun 2020 ini. Semoga lebih banyak pencapaian untuk tahun 2020 dan tahun tahun mendatang. Jika anda berada di Kota Bharu dan ingin mencuba perkhidmatan mereka, bolehlah melayari website mereka di syawfaz.com

Syawfaz Food Delivery

Syawfaz Food Delivery


Artikel ditulis oleh Tuan Faridzul Asyraf Mat Arifin

Untuk penajaan artikel, Editor SME Niaga boleh dihubungi melalui laman Hubungi


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen