Celcom Teroka Teknologi 5G, Berpontensi Di Langkawi

Celcom Teroka Teknologi 5G, Berpontensi Di Langkawi

KUALA LUMPUR — Celcom Axiata Bhd telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP) bagi pemasangan sistem Keselamatan 5G & Sekuriti Bandar Pintar yang terbaharu.

Syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan berkata, teknologi 5G tersebut menawarkan keselamatan dan keberkesanan pemantauan melalui kamera pengawasan 4k 360 darjah definisi tinggi ultra (UHD) yang dipasang di Pantai Cenang, Langkawi.

Sekarang ini, sistem berkenaan turut dipasang di empat lokasi lain di sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi lagi di Dataran Cenang.

Penyelesaian Keselamatan 5G & Sekuriti Bandar Pintar Celcom dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) serta analisis video yang memanfaatkan keupayaan 5G kependaman rendah dan kelajuan data yang tinggi, yang membolehkan pemantauan masa nyata serta kualiti gambar yang lebih jelas.

Tambahan pula, ia akan memperluaskan kes-kes penggunaan 5G untuk meliputi Pertahanan Digital bagi Kawasan Pantai, Pemantauan Kawalan Orang Ramai, Kawalan Digital Kargo Masuk dan Keluar, Sistem Pengurusan Armada, Pagar Geo & Perimeter Pintar termasuk Akses Tanpa Wayar Tetap 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Idham Nawawi berkata syarikat telekomunikasi itu amat teruja untuk bekerjasama dengan pihak PDRM Langkawi dan pihak berkuasa tempatan seperti MPLPB bagi menerajui pembangunan dan penggunaan 5G di Malaysia.

“Kerjasama Celcom dengan PDRM serta MPLPB di Langkawi akan membolehkan kami untuk mewujudkan bandar yang lebih selamat melalui penggunaan teknologi 5G. Penyelesaian Keselamatan 5G & Sekuriti Bandar Pintar kami, membolehkan sistem pengawasan keselamatan yang ditingkatkan untuk kegunaan unit penguatkuasaan disamping menjadikan Langkawi sebagai destinasi yang lebih selamat” katanya.

 


Sumber: BERNAMA
Featured Image: Technology photo created by freepik – www.freepik.com


 

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen