Beliau menceburi dunia perniagaan ketika usia yang muda, bermula dengan membuat website permainan kesukaan, dan melalui proses awal seperti usahawan teknologi yang lain. Pengalaman mencari dana dan memperkenalkan aplikasi yang dibina sedikit sebanyak memberikan pengalaman berharga dan bermakna untuk beliau merangka perancangan perniagaan yang seterusnya.
Dikenali sebagai pendiri syarikat Terato Tech yang mahir membina aplikasi mobile, dan dikenali juga sebagai pelabur awal kepada beberapa syarikat startup. Kini beliau bersama rakan yang lain telah menubuhkan syarikat Silentmode Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang memfokuskan kepada aplikasi berteraskan awan Slurp!, sebuah aplikasi Point Of Sale untuk kegunaan restoran dan kafe bermodelkan Software as a Service.
Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada Tuan Haji Reza Razali.
#1 – Antara aplikasi yang lain, mengapa Point Of Sale? dan mengapa memilih sektor makanan?
Slurp! bermula sebagai sebuah aplikasi pesanan makanan. Idea kami pada awalnya, menempatkan sebuah iPad pada setiap meja di restoran. Untuk melaksanakan idea seperti ini kosnya tentulah mahal. Kami cuba mencari pelanggan dalam tempoh 6 bulan dengan konsep awal ini, tetapi tidak berjaya.
Percubaan kedua kami pula, memperkenalkan sistem pesanan menggunakan pengimbas QR. Pelanggan awal kami merasakan ianya suatu idea yang baik. Tetapi mereka berpendapat, jika mereka perlu mengeluarkan kos membeli sebuah komputer untuk digunakan dikedai, mereka merasakan lebih baik jika sistem ini lengkap seperti sistem POS. Daripada maklumbalas tersebut, kami fokus mengembangkannya menjadi sistem POS untuk kegunaan restoran.
Menjawab mengapa memilih sektor makanan pula, secara jujur, ia kerana saya suka makan.
#2 – Anda juga asalnya seorang teknikal, siapa anda yang umum perlu tahu?
Saya telah berkecimpung di dalam bidang IT ini agak lama juga. Bermula dengan web permotoran dan komuniti terato.com sekitar tahun 2000. CMS website tersebut saya bina sendiri menggunakan teknologi ASP 2.0, agak canggih jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang ada.
Pernah menjadi powerseller dalam pelbagai platform jualan atas talian seperti eBay dan Amazon, menjual buku dan aksesori kereta sehingga tahun 2007. Kemudian, dalam tahun yang sama saya telah mengasaskan syarikat pembangunan aplikasi Terato Tech Sdn Bhd. Syarikat yang memfokuskan pembangunan aplikasi mobile dan web.
#3 – Syarikat bumiputera terlalu bergantung dengan dana dan projek kerajaan, apa pandangan anda?
Tidak perlu malu dan tiada salahnya jika bermula dengan mendapat projek-projek kerajaan. Ianya satu batu loncatan untuk mengembangkan bisnes kepada sektor-sektor yg lain. Jika dilihat di dalam Universe Marvel sendiri Stark Industries bermula dengan kontrak kerajaan sebelum berjaya membangunkan iron-man.
Mengenai dana kerajaan untuk usahawan bumiputera pula, terdapat sedikit permasalahan dari segi supply and demand dan mismatch of expectation di antara usahawan dan agensi pembiaya, seperti agensi yang dilantik oleh kerajaan, bank, venture capital dan sebagainya. Ia boleh digambarkan seperti berikut:
Dari kacamata usahawan
1 – Idea ini akan merubah dunia.
2 – Idea ni pasti berjaya.
3 – Pasukan kami hebat.
4 – Give us the money today.
Dari kacamata Agensi Pembiaya
1 – Idea-idea terlalu awal untuk dibiayai.
2 – Terlalu berisiko.
3 – Pasukan tiada pengalaman.
4 – Bukan mandat kami.
Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengatasinya ialah, usahawan perlu memahami pembiayaan yang sesuai bagi peringkat perniagaan mereka. Dapatkan juga financial advice daripada mereka yang lebih awal pernah melalui proses pembiayaan.
#4 – Sebagai pendiri syarikat, bagaimana anda menghadapi kritikan dan kekal bermotivasi?
Saya akan membaca dan mendengar sebarang kritikan, sama ada melalui media sosial, perseorangan atau berkumpulan. Selepas itu saya akan decide jika saya mahu unfriend, unfollow atau ban sahaja dengan gembira.
#5 – Impian dan perancangan Slurp! seterusnya
Mewakili tim yang lain, kami berharap Slurp boleh terus membangunkan lebih banyak solusi yang bermanfaat kepada pelanggan-pelanggan kami.
Baca: Borak Tepi yang lain
Website: getslurp.com
Also visit my web blog … venture capital (Lin)