Laman web atau website adalah medium yang lama dan masih relevan dalam era digital ini. Selain menjadi perantara perniagaan anda dengan pelanggan, ia juga menjadi penanda aras kredibiliti yang telah dibina.
Ibarat ejen pemasaran yang produktif, laman web bukan sahaja perlu memaparkan kandungan yang terkini, ia juga perlu merangkumi reka bentuk, susun atur, kelajuan maklumat dan strategi dalam penyampaian misi dan visi yang syarikat anda bawa.
Menyedari kepentingan tersebut, Tuan Muhammad Edwin Masripan melalui Laman7.com , menawarkan servis pembinaan dan konsultasi laman web yang merangkumi pendekatan pemasaran, penjenamaan, kandungan sasaran dan design yang berkesan.
Berikut 5 soalan borak tepi yang diajukan kepada beliau.
#1 – Ada yang berkata website tidak perlu laju, apa pandangan anda?
Perlu. Statistik menyatakan bahawa pelawat sanggup tunggu sehingga 5 saat untuk sesebuah website load. Hakikatnya kita tidak boleh biar orang menunggu. Apabila website lambat load, bounce rate (kadar pelawat tinggalkan website) meningkat. Tetapi, jika kontennya sangat menarik, mempu menyelesaikan masalah, orang sanggup tunggu.
Contoh ketika 11.11, Shoppee sangat slow dan selalu load salah page. Disebabkan mahu juga dapat harga diskaun, pelawat akan tunggu.
Sela masa yang baik adalah di bawah 3 saat. Jika tidak dapat capai, tukar hosting, kecilkan saiz fail gambar dan gunakan teknik caching.
#2 – Siapa anda yang umum perlu tahu, dan kenapa laman7? Bukan 6?
Saya Edwin, nama betul dalam IC, bukan orang Sarawak (Sarawak cool ok), berasal dari Kuala Lumpur. Hobi membaca manga (komik Jepun) dan sangat suka selesaikan masalah (puzzle dan pattern spotting).
7 dalam Laman7 merujuk kepada tahun mula bersungguh dengan bisnes, iaitu pada tahun 2007. Masa ini sudah mula terima kerja bikin website secara serius, sebelum ini hanya part-time sahaja, walaupun sudah mula pengaturcaraan dari tahun 1999 lagi.
#3 – Mengapa website? Adakah ia lebih mudah untuk dijual?
Perkhidmatan membina Website sangat susah untuk dijual kerana “barrier of entry” sangat rendah, dan mudah untuk dipelajari. Maka berlaku over supply dan permintaan menurun, menjadikan harga sangat murah untuk agensi pembinaan website.
Apa yang bisnes mahukan daripada website bukan “online brochure” tetapi untuk mendapatkan leads atau jualan.
Niche yang saya pilih lebih berat kepada redesign (bisnes sedia ada) daripada membina website baru (untuk bisnes baru mula), kerana peluang untuk selesaikan masalah yang ada lebih besar. Lagi besar masalah perlu diselesaikan, lebih besar skop dan tinggi kos pembikinan website.
Saya memilih menyediakan perkhidmatan website kerana minat dengan Design, Marketing dan Teknikal. Apabila ketiga-tiga bidang ini dalam harmoni, baru kita dapat hasilkan website yang membawa kepada keuntungan.
Tidak guna kalau website cantik, tetapi bahasa tunggang langgang dan lambat hendak dibuka.
#4 – Tips untuk membezakan antara pembikin website berkualiti dan hit-and-run?
Cara untuk membezakan mudah sahaja. Saya beri 7.
1 – Portfolio
Tengok hasil kerja dan dengan siapa pembikin website pernah berkerja, seperti syarikat Sdn Bhd, Berhad, agensi kerajaan atau SME.
2 – Komunikasi
Cuba bercakap dalam telefon, rasakan sama ada mudah atau tidak mereka hendak sampaikan info, dan berkongsi idea.
3 – Pengalaman
Berapa tahun dah belajar koding atau design tidak penting, yang penting cara mengatasi atau selesaikan masalah.
4 – Contribution
Apakah sumbangan pembikin website tersebut kepada masyarakat?. Adakah banyak berkongsi ilmu di FB, IG dan sebagainya. Pernah diwawancara di TV, Universiti, acara IT?
5 – Bukti Sosial
Lakukan carian di Facebook atau Google, berapa star dan apa review daripada pelanggan sedia ada.
6 – SOP
Mempunyai SOP, sama ada dalam bentuk checklist, roadmap atau proses.
7 – Pekerja
Sama ada bergerak secara solo atau mengupah pekerja. Bekerja secara solo akan mengurangkan fokus kepada pelanggan apabila mempunyai projek yang lain dalam masa yang sama.
#5 – Pendekatan yang anda gunakan untuk mendapatkan pelanggan?
Ada beberapa cara yang saya gunakan. Berikut, 7 pendekatan yang saya buat.
1 – Network
Beritahu semua kenalan apa yang saya buat. Jangan malu buat perkara halal.
2 – Beri Nilai
Ajarkan apa yang saya tahu di media sosial, tidak rugi jika ajar orang lain.
3 – Selesaikan Masalah
Lawati website bisnes dan tunjukkan masalah dan cara peyelesaian yang ada (ini cara susah).
4 – Buat Iklan
sama ada di Facebook, Google atau offline.
5 – SEO
Sangat susah untuk menang keyword “Web design” tetapi gagahkan juga.
6 – Bina Kredibiliti
Bila ada peluang untuk menjadi speaker, saya akan cepat angkat tangan.
7 – Email
Hantar email bertalu-talu untuk selesaikan masalah pelanggan.
Baca: Borak Tepi yang lain
Website: Laman7
FB Page: EdwinMasripan7