POS UrusNiaga Melancarkan Perniagaan Runcit

Putrajaya — Syarikat pembekal dan pembangun perisian Rutweb Technology Sdn. Bhd. berpendapat sistem yang baik adalah sistem yang mampu melancarkan operasi perniagaan. Dengan kos yang berpatutan berserta sokongan selepas jualan adalah rahsia sistem atas talian yang mereka tawarkan.

System UrusNiaga adalah sistem perniagaan yang mempunyai beberapa fungsi yang memfokuskan operasi perniagaan. Dari penyediaan invois dan sebut harga (quotation) ia didatangkan juga dengan pengurusan pekerja dan sistem mesin tunai (Point Of Sale).

Pengarah Operasi Perniagaan En Nizam Adnan berkata “Perniagaan runcit bukan sahaja memerlukan Point Of Sale, mereka juga memerlukan sistem yang boleh mengurus perkara berkaitan pekerja dan menghantar invois dan purchase order kepada pembekal”.

“Buat masa ini, kami aktif menerima langganan dan pemasangan perkakasan Point Of Sale dari syarikat yang menawarkan penjualan alat elektronik, percetakan dan juga cafe makanan, antaranya perniagaan alat elektronik nanostix. Ia terbukti melancarkan urusan runcit dengan pelanggan dan juga urusan memesan barang dengan pihak supplier dan juga stokis mereka” katanya lagi.

Nanostix Port Dickson


Nanostix Taman Melawati
Nanostix Taman Melawati


Layari laman web system urusniaga https://urusniaga.my untuk mencuba live-demo dan percubaan 14-hari percuma. Untuk sebarang pertanyaan En Nizam Adnan boleh dihubungi terus melalui talian 0126469496.

Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen