Memulakan Perniagaan: Perniagaan Milikan Tunggal

Perniagaan Milikan Tunggal

Perniagaan Milikan Tunggal adalah satu bentuk perniagaan yang ditubuhkan semata-mata untuk dijalankan oleh satu orang sahaja. Semua aktiviti di dalam perniagaan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik.

Bagi perniagaan ini, liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Tanggungan tidak berhad bermakna bahawa pemilik akan menanggung sendiri segala hutang perniagaan yang ada.

Penjelasan lanjut perihal liabiliti

Penjelasan lanjut mengenai liabiliti yang tidak terhad seperti berikut.

Jika perniagaan Milikan Tunggal gagal atau dia tidak berupaya untuk membayar balik hutang, pemiutang mempunyai hak untuk mendakwa dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut hutang yang terhutang oleh perniagaan, terhadap aset peribadinya.

Aset peribadi bermakna simpanan wang tunai, rumah, kereta dan lain-lain ‘barang persendirian yang boleh dijadikan tunai’ untuk membayar balik hutang yang dibuat oleh pemilik perniagaan.

Kelebihan

1 – Bentuk perniagaan ini murah dan mudah untuk ditubuhkan, dan ia hanya memerlukan dokumentasi dan kertas kerja yang minima.
2 – Tidak banyak garis panduan dan formaliti di mana tidak ada keperluan untuk melantik juruaudit, setiausaha syarikat atau ejen cukai.
3 – Pemilik tidak perlu mendedahkan penyata kewangan kepada orang ramai.
4 – Mudah untuk mengubah struktur perniagaan jika perniagaan berkembang, atau jika ingin menutup perniagaan.

Kelemahan

1 – Liabiliti yang tidak terhad, bermakna semua aset peribadi pemilik menghadapi risiko sekiranya keadaan menjadi buruk.
2 – Peluang untuk merancang keperluan cukai adalah terhad kerana tidak boleh mengasingkan keuntungan atau kerugian perniagaan yang dibuat dengan ahli keluarga.
3 – Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk membayar cukai ke atas semua pendapatan yang diperolehi.

 


Disusun semula dari penulisan asal yang ditulis di laman web SMECorp.

Featured Image: pixabay.com


Kongsikan Artikel Ini

Tinggalkan Komen